S.E.B.I.C.M.1️⃣0️⃣

1.3K 83 13
                                    

Tok tok tok.

Untuk kali yang entah keberapa juta dia mengetuk pintu bilik anak gadisnya.

"Laura! Bangun la Tengku Laura Adriana bt. Tengku Hamdan Bakhtiar!" Tengku Hamdan memanggil anak daranya dengan nama penuh. Suaranya sedikit meninggi dari tadi.

KLAK

Terjegul kepala Laura dari celah pintu bilik yang terbuka. Matanya sedikit menyepet. Rambutnya pula mengurai di seluruh wajahnya.

#halfKOALAandhalfLION.

Tergeleng geleng kepala Tengku Hamdan memandang wajah anaknya.

"Apa daddy? Laura mengantuk la. Nak tidur." Rengek Laura dengan mata yang masih terpejam. Kepalanya di kepit di celahan pintu.

"Dah la duk membuta wahai anak daddy. Sekarang dah pukul 8 pagi. Pergi siap siap sekarang, daddy tunggu kat bawah lepastu kuta pergi office sama sama."

"Mmmmm daddy!! Laura off day hari ni boleh?"

"No."

"Yes."

"No."

"Yes."

"No."

"Yes."

"No, Laura. No means no!" Balas Tengku Hamdan dengan nada yang tegas.

Laura mencebikkan bibir. Mata mula berkaca kaca seperti hendak menangis.

"Mmm orang ngantuk la daddy." Rengek Laura.

"Pergi bersiap sekarang. Daddy tunggu dekat bawah."

Tengku Hamdan terus meninggalkan Laura yang tercebik cebik bibirnya seperti hendak menangis.

"Tanak kawan daddy!!" Jerit Laura dari pintu bilik.

BAM

Pintu bilik dihempas kuat.

Tengku Hamdan menggeleng perlahan.

"Haih, macam budak kecik." Gumamnya perlahan.

🌞🌞🌞🌞🌞

Tengku Hamdan memandang sisi wajah anaknya yang ralit memerhati keluar tingkap.

Entah apa yang diperhatikan, dia pun tak tahu.

Sepanjang perjalanan ke office, Laura hanya mendiamkan diri di dalam kereta. Begitu juga dengan Tengku Hamdan. Malas melayan perangai manja tak bertempat Laura.

Sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh pekerjanya berhenti di hadapan pintu utama syarikat mereka, Laura pantas menghayunkan kakinya ke ruangan pejabatnya di dalam bangunan itu.

Tengku Hamdan mengeluh perlahan sambil menggeleng.

"Tak habis habis nak merajuk." Gumamnya perlahan kemudian membolos masuk ke dalam lift.

💫💫💫💫💫

Beg tangan mewah milik Laura, dicampakkan keatas sofa di dalam biliknya. Punggung pula dihempas malas keatas kerusi kerjanya.

Sebaik saja menyandarkan belakangnya ke penyandar belakang, pintu bilik itu diketuk dari luar.

"Masuk."

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now