SPECIAL CHAPTER 2️⃣✨❤️

1.1K 50 2
                                    

P/s:(tarikh yang aku tulis ni, mungkin tk sma dgn kiraan korang. So, ak nasihatkan, bca je, jgn kira.. sbb klau korg kira, sakit otak korang nnti.. enjoy your read!)

"Ben, pergi check CCTV. Cuba tengok diorang ada keluar ke tak." Arah Tengku Laila.

"Yang lain, kita berpecah cari seluruh kawasan rumah rehat ni." Arahnya lagi.

Tengku Hamdan mula cuak melihat tingkah isterinya yang lagak seperti tentera yang memegang jawatan Komander.

"Abang!" Seru Tengku Laila apabila melihat si suami ingin pergi tanpa jejak melalui ekor mata.

"Apa - apa jadi dekat budak tu--" perlahan dia berpusing menghadap suaminya.

"--jaga abang." Gumamnya perlahan dan berlalu pergi.

Gulp! Tengku Hamdan menelan liurnya sendiri.

Dato' Afzan dah tersengih - sengih melihat kawan karibnya yang bagaikan tertelan tahi ayam. Tanpa dia sedar ada sesuatu yang melingkari di lehernya. Apabila objek itu bergeseran dengan lehernya, terus dia menjadi kaku.

"Jangan nak gelakkan orang. Abang akan kena lagi teruk dengan saya." Bisik Datin Zahara seraya mencucuk sebatang sudu besi pada leher suaminya.

"Faham?" Soalnya apabila Dato' Afzan diam tidak berkutik. Lalu lingkaran itu terlerai setelah Dato' Afzan menganggukkan kepalanya. Datin Zahara terus melangkah pergi mengekori Tengku Laila.

Kemudian, mereka semua berpecah mencari tiga orang si kecil tadi. Tiba di satu bilik bacaan Tengku Laila memulaskan tombol pintu lalu terus merempuh masuk diikuti oleh Datin Zahara.

Setiap sudut bilik bacaan yang sama luas dengan perpustakaan sekolah itu diterjah mereka berdua sehingga hati Tengku Laila terdetik untuk mengambil satu buku nota bersaiz buku latihan sekolah rendah berkulit hitam metalik yang berjaya menarik perhatian matanya.

Apabila tangan berjaya menarik buku tersebut, tiba - tiba ada lagi satu buku merah maroon yang jatuh. Bagaikan ada tali yang menghubungkan dua buku itu.

Dibelek - beleknya buku tersebut sehingga matanya tertancap pada kulit buku hitam metalik kerana ada satu tulisan yang agak dia kenal terserlah disitu.

𝓢𝓾𝓪𝓶𝓲𝓚𝓾 𝓔𝓷𝓬𝓲𝓴 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪

𝓡𝓐𝓩 ❤️

"Suamiku.. Encik Bunga?" Gumamnya perlahan. Mata beralih pula pada buku merah maroon lagi satu.

𝓘𝓼𝓽𝓮𝓻𝓲𝓚𝓾 𝓒𝓲𝓴 𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪

𝓣𝓛𝓐 ❤️

Buku yang berwarna hitam itu dibuka lalu dibelek satu persatu helaian yang ada di depan mata. Sudah banyak catatan yang telah ditulis si pemilik buku. Tersenyum - senyum Tengku Laila membaca luahan dari buku tersebut.

5.6.2008

Mommy, hari ni kitorang semua main bola beracun. Know what, mommy? Zafran bengap tu dia baling bola kuat nak mati dekat Laura. Luckily, Laura sempat elak. Bongok betul. Tapi takpe, ada ubi, ada batas, esok lusa, Laura balas. MUAHAHAHAHAHAHA!

Tersungging sebuah senyuman dibibirnya. Setelah itu dia membelek lagi helaian yang lain kemudian terhenti pada helaian yang bertarikh 10.12.2014.

10.12.2014

Selama 2 tahun aku hilang dari daddy, siapa tahu aku akan bertemu kembali dengan perempuan yang pernah mengandungkan aku selama sembilan bulan sepuluh hari? Ditambah lagi dengan kehadiran dua orang kanak - kanak comel sebagai anak angkat kepada wanita itu untuk mengisi rasa sunyinya. Ahli keluargaku kini semakin bertambah. Betapa aku gembira Ya Allah.

Daddy, Laura janji, Laura akan bawa mommy jumpa dengan daddy. Tak sabar nak tengok senyuman korang berdua. Tak sabar nak tengok keluarga kita yang complete.

Ada Ben, Bella, Laura, daddy and mommy. Also our little babies, Aidda dan Aisya.

Love by : TLA

Berderai air mata yang mengalir di pipinya. Dada yang terasa sesak, ditumbuk perlahan. Pelbagai rasa yang datang mengunjungi hati kecilnya. Digagahkan tangan untuk melihat helaian yang masih banyak tersisa.

30.1.2015

Dengan bersaksikan buku diary ni, aku sebagai Tengku Laura Adriana ingin mengangkat sumpah bahawa tidak akan ada lagi pertumpahan darah! Aku dah tak nak ada yang mati. Aku pernah hilang Darus. Sahabat baik aku, Bella dan Ben.

Sakit melihat sahabat sendiri terlentang diatas tanah dalam keadaan yang tidak bernyawa sangatlah tidak terungkap.

Hari pengebumian Darus dulu, adalah kali pertama seumur hidup aku, aku melihat Ben mengalirkan air mata. Itu menunjukkan betapa ikhlasnya dia menyayangi Darus sebagai seorang sahabat.

Melihat bagaimana dia menahan sakit apabila Darus mati didalam pelukannya sendiri tanpa berpeluang melakukan apapun membuatkan hati ini luka tapi tidak berdarah.

Luka tidak berdarah? Ada lagikah sakit yang lebih sakit dari luka itu?

Tengku Laila menyentuh pada kesan titisan air mata pada kertas yang sedikit berkedut itu. Dia yakin, anak perempuannya itu menangis ketika menulis luahan ini.

28.7.2015

Damn! Macam mimpi je, hari ni aku nak kahwin! Yang kena salam kadi tu, Zafran. Tapi kenapa pulak dada aku yang macam nak pecah ni? Agak - agak, macam mana la muka dia bila dia tahu hari ni adalah majlis akad nikah empat pasangan pengantin? OMG!! Aku nak tengok muka bengang dia wehh.. AHAHAHAHAHAH.

"Tch. Budak ni tak pernah serius la." Gumam Tengku Laila dalam setelah berdecit kecil. Sedikit tercuit hati kemudian dia menyelak helaian sebelah.

Dihalaman itu, ada sekeping gambar hitam putih. Tengku Laila memandang sayu terhadap gambar itu. Diusap lalu dibawa ke bibir untuk menghadiahkan sebuah ciuman.

"Cucu aku." Gumamnya lagi. Air mata yang telah berhenti, sekali lagi memenuhi tubir matanya.

15.1.2016

OMG!!!! I'M GONNA BE A MOTHER!!!! MY HUSBAND GONNA BE A FATHER!!!! WE GONNA HAVE A SMALL AND CUTE FAMILY EVER!!!

Dan itu adalah tulisan terakhir Laura. Tiada lagi isi hati anak perempuan tunggalnya yang dapat dibaca.

Tengku Laila merenung kearah gambar ultrasound itu. Sekeping gambar yang menunjukkan seketul daging yang akan membesar dalam tempoh sembilan bulan sepuluh hari.

Dia menangus semahu - mahunya. Sedih kerana keluarga kecil yang diidamkan anaknya, tidak tercapai seperti yang diharapkan. Semua hancur sekelip mata.

Namun dia redo, semuanya telah tertulis dan takdir tidak dapat diubah oleh manusia hina sepertinya. Siapa dia untuk mengubah takdir Allah? Sesungguh Allah adalah sebaik - baik perancang.

Mata yang semakin sembab itu, dipejam rapat. Cuba untuk menenangkan diri sendiri.

-----------

Bygone be bygone.. melepaskan walau sesakit apapu ia. Selepas hujan pasti ada pelangi. Setiap buruk yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Hanya sentiasa bersangka baik dengan setiap dugaan yang Allah beri.

Enjoy your reads!! ❤️

See you on last special chapter!! ✨

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now