S.E.B.I.C.M.1️⃣9️⃣

897 63 33
                                    

Zafan yang berlari dibelakang Fariqi dan Laura terhenti apabila ada susuk tubuh yang menarik lengannya kebelakang.

Sebaik sahaja tubuh kekar miliknya berpaling ke belakang, dia tergamam.

"Ray." Gumamnya perlahan sebelum penumbuk sulung milik Ray mendarat di rahang kiri miliknya.

BUKK

Zafran jatuh tersungkur ke atas lantai hutan.

"Zaf!!" Jerit Fariqi. Sebaik sahaja dia ingin mendekati Zafran, kepalanya terteleng ke tepi selepas ditumbuk oleh seseorang.

DUKK

"Sakit la bongok!" Sumpah Fariqi kepada figura yang menumbuknya.

"Hi." Kata Jay sambil tersenyum sinis.

"Ni hi kau!" Terus Fariqi menghayunkan tumbukannya.

Di satu sudut yang lain...

Laura kini berhadapan dengan Scarlet di hujung tebing sungai. Scarlet yang sedia memegang pisau dengan tangan kiri dipandang tenang oleh Laura.

Tanpa sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Scarlet, Laura terus diserang olehnya. Sebaik mungkin Laura mengelak sebelum melibaskan tangan Scarlet ke belakang agar pisau ditangan gadis terlepas ke bawah.

KRAKK

"Argh!" Jerit Scarlet apabila bahunya terasa seperti terkehel.

"Sakit?" Soal Laura sinis.

Scarlet mendekati sebatang pokok sebelum mengehentakkan bahunya ke batang pokok itu dengan kuat untuk membetulkan tulangnya yang terkehel.

DUKK

KRAK

"Ergh!" Scarlet terjerit kecil kemudian berpaling ke belakang.

Matanya memandang wajah Laura yang terkedu melihat perbuatannya tadi. Dia tersenyum menyenget dengan kepala yang turut disengetkan.

KRAKK

KRAKK

Sekali lagi Laura terkedu apabila terdengar bunyi yang terhasil dari tulang leher Scarlet.

"Kau nak bunuh diri ke?" Soal Laura.

"Tak la, aku nak bunuh kau. Come, our game just start." Lembut dan sinis suara itu menerobos masuk ke dalam gegendang teling Laura.

"Okay."

Scarlet melemparkan sebilah pisau rambo kearah Laura. Laura mengambil pisau itu dan bersedia untuk berlawan.

Scarlet membuka langkah apabila Laura sudah sedia.

Scarlet menunduk apabila Laura melibaskan sepakannya 360 darjah ke udara. Peluang itu diambil untuk mengelar kaki Laura.

ZAPP

"Argh!"

"Sedap?"

"Sedap sangat. Meh sini aku nak share dengan kau, tak elok makan sensorang, nanti jadi haji bakhil."

Laura melibaskan pisau secara rawak kearah Scarlet sebelum lengan miliknya digengam kemas oleh Scarlet. Peluang yang ada diambil sebaik mungkin lalu dengan pantas perut Laura ditusuk sebanyak dua kali.

TSUKK

TSUKK

Tangan Laura yang digenggam dilepaskan lalu dia menjarakkan sedikit badannya dari Laura.

Laura jatuh secara melutut dengan sebelah tangan miliknya menahan keatas tanah. Manakala sebelah lagi menekan perut yang mengeluarkan darah membuak buak. Dia mula batuk mengeluarkan darah.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now