S.E.B.I.C.M.1️⃣7️⃣

962 67 65
                                    

"Wait, what?! M-maksud abang, ibu Rizal tu bukan mati sebab kes langgar lari, tapi kes bunuh?" Soal Bella.

"Kereta yang diorang guna tu kereta sewa, tapi disewa dengan nama syarikat dan syarikat tu ialah syarikat penjualan tanah. Aku dah selidik pasal syarikat tu. Nama dia Estate Company, tapi takde pulak nama company tu dalam sistem berdaftar. Dan yang peliknya, lepas dari kes bunuh ibu Rizal, syarikat tu boleh lesap macam tu je. Hilang. Ghaib. Entah, aku pun tak tau nak describe macam mana." Terang Ben.

"Lourist apa kau dapat?"

"Kalau nak diikutkan syarikat Bryant ni baru je ditubuhkan di Malaysia. Pemilik dia bernama David Nicolas Hermes, anak tunggal kepada Bryant Hermes. Berdarah kacukan Itali, Rusia dan menetap di Austria. Mengambil alih syarikat seawal umur 20 tahun sehingga sekarang. Sekarang berada di Malaysia sebab nak uruskan company diorang yang jat sini." Kata Lourist sambil menatap macbook ditangannya.

Bilik wad milik Bella sunyi sepi. Hanya kedengaran penghawa dingin saja.

"Aku tak tahu kenapa tapi naluri kewanitaan aku dapat rasa yang syarikat Bryant ni ada kaitan dengan syarikat yang hilang tu." Luah Bella.

"Aku pun rasa macam tu." Sokong Lourist.

"I think, kita kena selidik lebih lagi pasal syarikat Bryant ni. Macam ada something yang tak kena." Kata Ben sambil memicit menggaru keningnya yang terukir cantik.

"Eh jap."

Ben dan Lourist serentak menumpukkan perhatian kepada Bella.

"Abang cakap tadi, ibu Rizal pernah kerja dengan majikan dia nama Olivia kan?"

Ben mengangguk.

"Apa nama family dia?"

"Kalau tak silap Hermes."

TING!

Ben tercegang. Macam mana dia boleh terlepas benda ni?

"Is that means Bryant Hermes?" Soal Bella.

"We can say so but i don't think so."

Mereka berpaling pula kearah wajah dingin Lourist.

"Why?"

"Tak semestinya majikan dia Bryant Hermes. Come on la. Hermes ialah nama. Dalam dunia ni ada berbillion manusia dan berkemungkinan majikan dia mempunyai nama keluarga yang sama."

"Tapi tak mustahil jugak Bryant ni majikan dia and kalau betul la, Bryant majikan dia, apa motif dia bunuh ibu Rizal?" Soal Ben.

"Dan persoalannya, betul ke majikan dia yang bunuh?" Soal Bella.

Ketiga tiga mereka terdiam. Buntu untuk mencari jawapan. Semakin mencari jawapan semakin berbelit petunjuk yang mereka dapat.

"So, kau dah dapat jejak kerata yang culik Laura?"

"Aku ada curi video rakaman kamera litar tertutup yang ada dekat jalan raya. So kau tengok la sendiri."

Lourist membelek macbooknya sebelum menghulurkan kepada Bella. Bella menyambit dan memerhatikan rakam video dari kamera litar tertutup yang terpasang di jalan raya.

Bermula dari parking lot bawah tanah di hospital, kelihatan beberapa orang lelaki mengangkat Laura memasuki sebuah vellfire hitam lalu memecut laju meninggalkan pusat perubatan tersebut.

Vellfire tersebut bergerak melalui laluan toll shah alam ke Melaka, namun kereta tersebut langsung tidak kelihatan melalui toll tersebut.

Ben dan Bella yang memerhatikan video itu, mula berkerut seribu. Mana pergi kereta tu? Hilang? Guna ilmu ayah pin ke apa? Terbang ke? Sejak bila kereta Malaysia ada sayap?

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now