S.E.B.I.C.M.6️⃣2️⃣

1.7K 73 18
                                    

Zafran menghentikan keretanya di sebuah tempat yang sunyi. Itu adalah kawasan taman rekreasi yang disedikan kerajaan untuk melakukan aktiviti keluarga.

Untuk beberapa saat dia termenung. Masih terngiang - ngiang suara Erdiel, Datin Zahara dan Tengku Laila dalam kepalanya.

"Kau teruk, Zafran! Teruk!"

"Kau pergi dari sini!"

"Kau bukan anak aku lagi!"

Dia meramas rambut hitam pekatnya bersama linangan air mata.

"Apa aku dah buat?"

"Kenapa Zaf, kenapa?! Kenapa?!"

Dia mula menjerit seorang diri. Tangan dihentak - hentakkan ke stereng kereta berkali - kali sebelum menghentakkan kepalanya pula dicermin tingkap kereta.

Berkali - kali sehingga menyebab kepalanya mula mengalirkan darah. Akan tetapi, dia masih lagi menghentakkan kepalanya. Lagi dan lagi. Tanpa henti.

"Sa-sayang." Panggil perlahan setelah berhenti.

"A-abang minta maaf." Mohonnya bersama air mata. Sakit kepalanya langsung tidak diendahkan.

"Diorang semua cakap abang dayus." Rengeknya.

"Abang minta maaf." Kemudian dia menangis semahu - mahunya.

"Nanti, kalau kita ada anak, sayang nak anak kita panggil ummi dengan baba. Comel kan?"

Suara riang Laura terngiang - ngiang dalam kepalanya.

"An--." Lidahnya kelu.

"An-anak baba." Selepas itu terus dia meraung - raung.

"Ba-baba minta maaf. Maafkan baba." Tangannya mengenggam stereng sekuat mungkin.

"Anak aku, isteri aku! Ya Allah, aku dayus! Dayusnya aku sebagai suami!" Jeritannya bergema di dalam kereta.

"Kau selamatkan lah Laura dan sebagai ganti ambil nyawa aku!" Jeritnya lagi.

"Bodoh! Bodoh kau, Zafran! Bodoh!" Kepala yang berdarah itu dipukul dengan tangan sebanyak yang boleh.

"Aku bodoh! Aku dayus! Aku tak layak untuk hidup! Aku suami tak guna!" Tangan itu masih lagi memukul kepala sendiri.

Setelah itu, dia bersandar pada seat pemandu. Mata melilau ke luar lalu beberapa saat kemudian, matanya tertancap pada satu pasang suami isteri yang sedang melayan anak - anak mereka.

Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Mempunyai wajah seiras tapi berlainan jantina. Kembar tak seiras. Detik hati Zafran.

"Ummi! Sini la kejar Khaulah!" Jerit budak perempuan itu kepada seorang wanita yang sedang mencuba untuk menangkapnya.

"Walid! Cepat la!" Jerit anak lelakinya seorang lagi.

"Sabar la Khalid, Khaulah. Ummi dengan Walid dah tua la, tak larat nak main kejar - kejar dah. Kamu ni pun, bukannya budak - budak lagi, dah masuk sekolah menengah dah. Tu pun nak main kejar - kejar." Bebel seorang wanita yang sedikit berumur.

Terus pasangan kembar itu mencebik. Lalu pasangan suami isteri itu ketawa melihat wajah masam anak mereka. Zafran tersenyum nipis.

"Bahagianya diorang." Gumamnya.

"Kalau aku tak pukul Laura, mesti aku tengah jaga dia sekarang." Gumamnya lagi. Sekali lagi air matanya berlinang dan membasahi pipi.

"Maafkan abang, maafkan baba." Rengeknya.

"Ya Allah, aku nak undurkan masa. Aku nak baiki semuanya."

Dia kemudian menyentuh bahagian abdomen berdekatan hati.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now