S.E.B.I.C.M.4️⃣2️⃣

860 48 31
                                    

Berkerut dahi Laura menahan rasa yang mula menyengat pada kepalanya. Mata pula pejam kemas bagi menghilangkan rasa sakit itu sebelum kembali terbuka secara perlahan.

Rasa berat pada tangan kanannya membuatkan kepalanya beralih ke kanan. Senyuman nipis terukir di bibir pucat merekahnya.

"Hubby." Panggilnya seraya tangan kiri menepuk lembut kepala Zafran.

Asal tak hempuk je kuat kuat? Halah halah.

"Mmm." Gumam Zafran seraya mengangkat kepala.

"Eh sayang? Nak air?" Soalnya kepada Laura. Laura hanya membalas dengan anggukan.

Zafran pula menuangkan air ke dalam gelas putih lalu membangunkan katil supaya mudah untuk si isterinya duduk.

Laura meneguk perlahan air yang disuakan kepada oleh Zafran. Setelah selesai, gelas tadi diletakkan keatas meja di sebepah katil lalu katil milik Laura kembali dibaringkan.

"Kenapa tidur kat sini? Kenapa tak tidur dekat sofa? Tak sakit ke pinggang tu?" Soal Laura bertubi tubi. Dah sakit sakit, masih nak risaukan orang.

"It's okay sayang. Hubby nak dekat dengan sayang je--"

"Ehh hubby! Bukan ke petang nanti kita kena bersanding? Habis, macam mana ni?" Potong Laura. Riak wajahnya kelihatan sedikit gelabah.

"Takpe, diorang dah cancel. Kita buat nanti bila sayang dah keluar dari hospital. Hari ni pun semua orang dah balik ke rumah." Terang Zafran. Jelas riak lega pada wajah Laura.

Baru sahaja gadis itu ingin membuka mulut, mereka disapa dengan suara seseorang memberi salam dari pintu wad.

Apabila berpaling ke belakang, terjengul kepala tiga pasangan penangantin baru yang tersenyum manis kearah mereka sambil memegang buah tangan.

"Assalamualaikum kak Laura." Sapa Melissa ceria.

"Waalaikumsalam." Jawab Laura.

"Laura!!!" Sekelip mata Laura berada dalam pelukan suara itu.

"Woi woi woi, lemas bini aku!" Kata Zafran seraya menarik kuat rambut perang milik Fariqi yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam wad itu.

Nasib baik wad VIP.

"Eh eh eh!! Apa ni sial! Sakit bodoh! LEPASKAN AKU LA SETAN!!!" Jerit Fariqi sambil memegang tangan Zafran.

"Suruh bini kau lepaskan bini aku dulu bodoh. Lemas bini aku nanti sebab bau ketiak masam bini kau!"

"Mana kau tahu ketiak bini aku masam?!"

BUKK

BUKK

Serentak Zafran dan Fariqi mengerang kesakitan apabila perut mereka berdua ditumbuk seseorang. Bella dengan bangganya membetulkan awning tudung yang terasa senget.

"Menyial je kerja korang kan?" Kata Bella dengan senyuman senget.

Mereka yang lain hanya membiarkan adegan itu tanpa terniat untuk masuk campur.

Melissa dengan berhati hati mengusap kulit epal yang dibawa lalu diletakkan ke dalam piring untuk dijamah Laura. Lourist, Ben dan Austin pula sedang menyiapkan meja yang disediakan ditengah sofa dengan dua jenis kek dan beberapa jenis makanan.

Laura hanya memerhati tanpa mahu menyoal. Malas mahu berfikir, makan lagi bagus. Omel Laura seraya menyuapkan epal yang telah siap dipotong.

"Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to Laura. Happy birthday to you." Nyanyi mereka serentak dengan tiba tiba.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now