F.I.N.A.L.6️⃣4️⃣

2.8K 107 63
                                    

7 tahun kemudian...

2.5.2022

Hari ini merupakan hari raya aidilfitri yang ke-7 bagi semua ahli keluarga mafia tersebut. Sambutan hari raya mereka diadakan di sebuah resort yang pernah ditempah untuk meraikan empat pasangan pengantin dahulu.

Del Fedlamar Resort. Seluruh dewan diresort tersebut, sekali lagi telah ditempah oleh Tengku Hamdan dan Dato' Afzan bagi memenuhi hampir 5000 orang kerana mereka menjemput ahli mafia mereka.

Selama 7 tahun tersebut, pelbagai peristiwa yang pernah berlaku. Siapa sangka, beberapa tahun selepas pemergian Laura, mereka semua mendapat beberapa orang ahli baharu dalam keluarga besar tersebut. 

Inara Hadeeya ialah anak perempuan pertama hasil dari perkahwinan Bella dan Fariqi manakala Idara Hafeeya ialah anak perempuan kedua dari hasil perkahwinan mereka. Pasangan adik - beradik itu memilik rambut yang sedikit keperangan bagi mewakili ayah mereka manakala hidung mancung dan mata berwarna coklat cair itu mewakili ibu mereka.

Masing - masing berumur 6 tahun untuk Inara dan 4 tahun untuk Idara.

Sewaktu Bella mengandungkan Idara, Lourist turut membawa berita gembira bahawa dia juga mengandungkan seorang cahaya mata dari hasil perkahwinannya dengan Ben. Lelaki yang bermuka beku itu terus menangis seraya bersujud syukur diatas kurniaan ilahi.

Melihat Ben yang tidak pernah menangis lalu mengeluarkan air mata pada waktu itu, membuat seisi keluarga mereka bergenang air mata. Terharu.

Nama yang diberi untuk si comel tersebut adalah Damriz Zaqree. Hampir keseluruhan wajahnya memilik ciri - ciri Lourist sehinggakan Ben mula merasa cemburu dengan isteri sendiri. Namun, nasib baik bentuk bibir Damriz memiliki ciri - ciri bentuk bibirnya.

Selain itu, Zamri juga telah menamatkan zaman bujangnya bersama wanita yang telah berjaya mencuri hatinya. Tak lain tak bukan isterinya adalah Felissa. Seorang wanita yang pernah diselamatkannya dahulu.

Akibat dari misi menyelamatkan wanita tersebut, perasaan cinta mula hadir dalam diri kedua insan manusia itu. Termasuk tahun ini, perkahwinan yang didirikan ini telah memasuki tahun yang ke-4 dan Felissa telah selamat melahirkan seorang anak bersama kakaknya Melissa dan Austin.

Adrian Miqael anak kepada Melissa dan Austin yang berusia 1 tahun manakala Zack Farish yang turut berusia 1 tahun.

Tengku Laila dan Datin Zahara adalah manusia yang paling bangga kerana mempunyai cucu yang ramai. Seronok mereka berdua 'mengshow-offkan' cucu - cucu mereka di hadapan kawan Dato' Datin yang lain.

Masing - masing sibuk menyiapkan diri dengan busana hari perayaan. Ada biru, purple, hijau dan lain - lain. Malahan, dua keluarga itu telah membubarkan kumpulan The Dark Rise dan The Black Rose.

Mereka semua yang pernah bekerja sebagai mafia, telah diberikan pekerjaan yang baru, bersih dan yang penting halal. Halal dari segala darah dan perbuatan seperti membunuh dan menyeksa orang lain.

"Woii! Mak singa!! Samping raya yang aku punya kat mana?!" Soal Fariqi dari dalam bilik seraya menjerit.

"Atas katil!" Sahut Bella dari bilik anak mereka.

"Takde pun!" Jerit Fariqi bagi membalas ucapan Bella. Dia sudah bercekak pinggan di hadapan pintu bilik.

"Kalau aku pergi lepastu tiba - tiba ada atas katil, siap kau!" Bella telah keluar seraya bercekak pinggang.

Fariqi terus berlari masuk semula ke dalam bilik. Katil tidur mereka dituju lalu mata terus dapat melihat samping yang berwarna maroon diatas katil.

"Dah jumpa!! Thank you mak singa!!" Bella yang baru ingin menapak masuk ke dalam bilik tidur mereka, terus berpatah balik masuk ke bilik Inara dan Idara.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now