S.E.B.I.C.M.3️⃣0️⃣

931 56 26
                                    

Berdenyut kepala Zafran sebaik saja dia mula sedarkan diri. Dia cuba untuk mengingat kembali apa yang terjadi menyebabkan kepalanya semakin sakit. Lelaki itu berdesis perlahan.

"Argh." Tangan cuba untuk naik menyentuh kepala namun pergerakannya terbatas. Terasa seperti ada sesuatu yang menghalang pergerakannya.

Zafran memerhati keadaan sekelilingnya yang hanya ditemani oleh satu cahaya dari lampu kecil yang agak malap. Sekali lagi dia memaksa otaknya untuk mengingati bagaimana dia boleh berada disini.

Flashback.

The Florist Empire.

Zafran memperlahankan keretanya untuk memasuki parkir kereta dihadapan kedainya. Sebaii sahaja kereta dimasukkan elok ke dalam petak parkir, lelaki itu berjalan keluar menuju ke kedai.

Baru sahaja ingin berjalan meninggalkan kawasan itu, ada sesuatu yang keras menghentak kepalanya dengan kuat. Menyebabkan dia pengsan tidak sedarkan diri.

End Flashback.

"Woi! Lepaskan aku lah! Kenapa pulak korang ikat aku ni ha?!" Jeritnya geram. Berombak dada lelaki itu menahan amarah.

Tidak lama kemudian, pintu bilik yang menempatkan Zafran itu dibuka perlahan dari luar. Masuk seorang lelaki yang agak dikenali oleh Zafran.

Terbuntang mata Zafran. Lelaki itu tersenyum sinis. Zafran yang sedang diikat diatas kerusi, didekatinya.

"Remember me?" Soalnya berbisik. Zafran tidak menjawab, dia hanya memandang tajam kearah Ray. Ray berjalan kebelakang Zafran, matanya menangkap cecair merah yang mengalir dari belakang kepala lelaki dihadapannya.

"Nampak macam kau ingat aku. Lepas setahun Zafran, lepas setahun kau masuk ke bilik ni lagi." Senyuman sinis masih setia terukir diwajahnya.

"Apa kau nak?"

Ray berjalan kehadapan Zafran. Wajahnya kini menghadap wajah Zafran. Jelas kebencian buatnya melalui anak mata kecil Zafran.

"Laura." Ringkasnya. Cukup untuk membuat Zafran ketawa.

Ray hanya beriak tenang. Sudah diagak memang ini tindak balas Zafran. Dengan sisa ketawa yang masih ada, Zafran memberanikan diri untuk menyoal.

"Kau gila? Laura dah mati. 2 tahun dia dah takde. Korang jugak yang bunuh dia." Katanya sinis.

Giliran Ray pula mengetwakan Zafran.

"Bodoh!" Jeritnya lalu mencengkam kuat rambut Zafran menyebabkan lelaki itu terdongak keatas. Berkerut dahi Zafran menahan perit dikepala.

"Laura masih hidup, sebab tu aku perlukan korang berdua." Bisiknya.

"Berdua?" Serentak dengan itu, Ray melepaskan cengkamannya dalam kepala Zafran.

"Приведи его. ( Bawa dia. )" arah Ray kepada seorang lelaki yang menjaga pintu.

Lelaki itu menganggukan kepalanya dan berlalu pergi. Kemudian datang pula dengan mengheret seorang lelaki yang berlumuran darah. Lelaki itu dihumbankan kehadapan Zafran.

Zafran terkedu.

"Dia kawan kau, kenapa kau buat macam ni? Kau gila ke?!" Marah Zafran. Walaupun lelaki itu menjadi musuh mereka, dia masih lagi manusia yang mempunyai belas kasihan. Wajah Jay yang bengkak dan lebam dipandang kesian.

"Dia bukan kawan aku. Dia adik kepada Lourist Angela. Louis Austin." Wajah Austin dipandangnya.

Austin mengengsot perlahan mendekati Zafran. Sungguh dia tidak larat untuk melawan Ray dengan keadaannya sekarang.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now