S.E.B.I.C.M.3️⃣1️⃣

842 66 49
                                    

Laura memandang sayu wajah tua milik Tengku Hamdan yang terbaring lesu diatas katil hospital. Berselirat wayar yang memasuki tubuh lelaki itu.

Kerana rasa untuk membalas dendam terhadap Bryant, keselamatan dirinya tergadai. Laura menoleh Tengku Laila yang berdiri di sebelah Tengku Hamdan.

Wanita itu tersedu sedan menangis sambil mengenggam erat tangan lelaki yang halal buatnya itu. Aidda dan Aisya hanya memerhati tanpa bersuara. Sesekali Aidda mengusap lembut belakang Tengku Laila untuk meredakan tangisan wanita itu.

"Abang, saya dah balik ni abang. Sedar la."

"Mommy, jangan la nangis." Kata Aidda sambil mengusap lembut belakang Tengku Laila.

Laura hanya sekadar memerhati. Tidak berniat untuk menenangkan insan bergelar ibu itu. Sesekali tangan naik mengesat air mata yang membasahi pipi.

Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar untuk mencapai telefon bimbit. Nama yang tertera pada skrin telefon, serta merta merubah riak wajah Laura.

Wad Tengku Hamdan ditinggalkan selepas memberitahu Tengku Laila untuk menjawab panggilan telefon. Butang hijau diseret ke kanan lalu panggilan bersambung.

"Aku dah sampai." Suara Lourist menceroboh masuk ke dalam telinga Laura.

"Kejap lagi aku sampai." Talian diputuskan.

Telefon bimbit digenggam kuat, mata dipejamkan dan nafas ditarik dalam. Jantungnya terasa berdebar debar.

Mata dibuka dan dia berjalan menuju ke kereta Lourist yang menunggunya di kawasan parkir kereta.

Pintu kereta Lamborgini Aventador itu dibuka, lalu punggung dilabuhkan dikerusi sebelah penumpang.

Mereka berdua saling berpandangan kemudian sama sama tersenyum senget dan ketawa.

"Jalan la." Kata Laura dengan sengihan.

"Nak jalan la ni." Balas Lourist selamba.

Bunyi deruman enjin kereta menandakan kereta mereka telah meninggalkan kawasan itu untuk ke tempat Ray.

Hampir 1 jam perjalanan mereka ke gudang ditempat Laura, Zafran dan Fariqi pernah dikurung akhirnya tiba juga.

Mereka berjalan keluar dari kereta dan mendekati pintu utama gudang yang berada agak jauh ke dalam hutan. Serta merta kaki mereka terhenti apabila dikelilingi oleh sekumpulan lelaki selaku orang bawahan David. Terdapat juga seorang wanita dikalangan mereka.

"Check." Arah wanita itu.

Baru sahaja seorang lelaki ingin meraba pinggang ramping milik Lourist, pantas tangan lelaki itu dipatahkan sekelip mata.

"ARGHH!!!" Jerit lelaki itu. Lourist tersenyum sinis apabila revolver diacu tepat pada kepalanya.

"Kau perempuan, kau jelah yang check, asal nak suruh lelaki yang check kitorang? Kau ingat kami takde maruah macam kau ke?" Bidas Laura sinis kepada perempuan simpanan David.

Perempuan itu hanya menjulingkan matanya sebelum dia berjalan mendekati Laura dan Lourist untuk memeriksa sama ada mereka berdua mengikut perjanjian untuk datang dengan tangan kosong ataupun tidak.

Setelah siap memeriksa, mereka berdua dibenarkan masuk ke dalam gudang tersebut. Sebaik sahaja memasuki gudang itu, kelibat David terus menyapa mata mereka.

David tersenyum penuh makna kearah mereka berdua.

"Akhirnya, bertemu juga kita." Kepalanya menoleh Zafran dan Austin yang tidak sedarkan diri diatas kerusi.

Seorang lelaki bertatu burung helang mengambil air sejuk didalam baldi lalu disimbah kepada dua lelaki itu setelah menerima arahan dari David.

Tercungap cungap Zafran dan Austin menarik nafas akibat terkejut kerana disimbah air sejuk. Laura dan Lourist mengepal tangan mereka.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now