S.E.B.I.C.M.9️⃣

1.3K 81 19
                                    

Leonard menunggu kepulangan Laura dan Rizal sambil berjalan mundar mandir. Langkahnya terhenti apabila kereta lamborgini milik Laura memasuki satu ruang garaj yang dikhaskan untuknya.

"Kau pergi kubur ke gali kubur?" Sindur Leonard sebaik saja Laura dan Rizal tegak berdiri di hadapannya.

Serentak mereka berdua tersengih menayangkan gigi putih.

"Abang Leo kena marah kak Laura sebab dia shopping baju banyak sangat. Tengok tangan Rizal ni, berlambak. Membazir je." Kata Rizal sambil mengangkat beg kertas dan beg plastik yang berisi baju.

"Eh eh budak ni. Orang dah belanja bukan nak cakap terima kasih. Hempuk juga budak ni kang." Sikunya diangkat sedikit. Lagak seperti hendak menyiku kepala Rizal.

"Dah dah dah. Rizal pergi masuk lepastu salin baju teakwondo dan pergi hall. Aku nak cakap dengan kak Laura kau ni."

"Abang Leo. Bye." Rizal hanya mampu melambaikan jari telunjuknya sahaj kepada Laura sebab tangan dia dah penuh dengan baju yang baru beli.

Laura hanya tersenyum dan melambai. Sebaik sahaja kelibat Rizal hilang, wajah kembali serius memandang Leonard.

"Kenapa?"

"Aku dah dapat maklumat pasal kes yang kau suruh aku siasat hari tu."

"So? How?"

"Aku tak rasa tu kes langgar lari." Ringkas Leonard sambil menatap tajam anak mata Laura. Dahi Laura berkerut.

"Maksud kau, memang diorang dah niat nak bunuh ibu Rizal?"

Leonard mengangguk perlahan.

"Boleh dikatakan macam tu. Sebab hasil maklumat aku dan kod 002 dapat cuma kereta yang langgar ibu Rizal tu ialah kereta sewa dan kereta tu disewa atas nama sebuah syarikat. Tapi syarikat mana, kitorang masih tengah usahakan." Jelas Leonard.

Laura mengangguk faham.

"Kau dah tahu siapa ayah kandung Rizal?"

"Pasal hal tu, aku masih belum sempat nak selidik lagi, tapi insyaAllah lepas aku dah siasat hal tu, aku akan siasat pasal ayah kandung dia pulak."

"Okay, aku cuma nak tau, apa jenis ayah dia tu sampai sanggup tinggalkan anak dengan bini sara diri sendiri." Laura mengepal tangannya sendiri. Menahan amarah yang menyelubungi diri.

"Sabar, Ace. Kita tak tahu apa sebab sebenar dia buat macam tu. Mungkin ada sebab munasabah yang buat dia terpaksa tinggalkan anak bini dia. Takkan ada suami yang sanggup nak tinggalkan anak bini dan biarkan mereka sara diri sendiri."

"Aku harap apa yang cakap tu betul, Leo. Aku cuma terkilan sebab dia sanggup tinggalkan Rizal. Bayangkan sampai budak tu tak pernah kenal bapak sendiri, kau rasa?"

Leonard senyum terkilan.

"Aku faham. Aku faham perasaan tu. Perasaan bila kita tak pernah jumpa dan kenal mak ayah kita sendiri. Kau lupa? Aku dan Light salah seorang dari mereka semua, termasuk la arwah Adrus."

Laura terkedu. "Sorry, Leo. Aku tak berniat nak--"

Leonard menggelengkan kepalanya dengan senyuman.

"Tolong biarkan aku luah Laura. Dah lama sangat aku pendam."

Laura mengangguk faham. Leonard, Light dan Falco a.k.a. Adrus merupakan sahabatnya sejak berusia 8 tahun. Mereka bertiga merupakan adik beradik angkat Laura. Sejak kehadiran mereka, hidup Laura sentiasa dipenuhi tawa dan bahagia.

"Nasib baik mommy kutip kitorang bertiga dari terus merempat dekat tengah lorong tu."

Setitis air matanya jatuh ke lantai. Walaupun begitu, dia masih tersenyum sambil bercerita.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now