SPECIAL CHAPTER 3️⃣✨❤️

1.2K 43 6
                                    

Datin Zahara yang melilau mencari keberadaan Tengku Laila, mula melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Sebaik melepasi pintu, suara seseorang menangis teresak - esak menceroboh masuk ke gegendang telinganya.

Bulu roma yang sedang lena, kian tegak berdiri kerana perasaan takut dan seram mula menguasai diri. Nafas ditarik dan dihembus perlahan bagi mengurangkan perasaan yang menghurung dirinya.

Setelah beberapa minit berdiri tegak dihadapan pintu itu, dia berlalu ke dalam dan mencari punca yang menghasilkan bunyi tangisan tersebut.

Maka terpampang sekujur tubuh Tengku Laila yang menahan esakkan sambil memeluk sesuatu yang berwarna hitam. Kepala wanita itu disandarkan pada lutut yang telah setia diangkat.

"Laila, kau kenapa? Diorang dah jumpa budak - budak tu." Katanya seraya mendekati sahabat dengan cemas. Wajah yang telah dimamah usia itu berkerut seribu melihat Tengku Laila seakan - akan tidak mampu bercakap selain menghamburkan tangisan.

"Laila, kau kenapa? Sakit ke?" Soalnya.

"Kau okay ke ni? Ya Allah, kau kenapa? Cuba bagi tahu aku." Pujuknya sambil menggosok belakang wanita itu.

Untuk beberapa detik, mata beralih kepada sebuah buku yang berwarna merah maroon. Lama dia memerhati kearah itu. Tangan mahu mengambil namun hati menegah tindakan tersebut. Otak masih membuat pertimbangan untuk mengambil mahupun tidak.

"Kau patut baca." Kata Tengku Laila.

Mereka saling memandang antara satu sama lain sebelum Datin Zahara mencapai buku tersebut setelah Tengku Laila menghulurkan buku itu kepadanya.

Saat buku itu terbuka, dahinya berkerut seribu.

"Seriously? Kau bagi aku buku yang dah berlubang kat tengah untuk baca? Aku nak baca apa?" Soal Datin Zahara.

"Hah? Berlubang?" Soal tengku Laila tidak faham.

"Haah, ni haa." Buku itu dihadapkan ke Tengku Laila.

Jelas kelihatan buku itu telah dilubangkan dengan sengaja. Ada kesan torehan pisau pada buku tersebut. Namun ada sekeping sampul surat yang terselit ditengah itu.

Tangan Datin Zahara pantas mencapai sampul tersebut. Dapat dirasakan oleh tanganya bahawa didalamnya ada sekeping surat. Pelekat Hello Kitty yang ada pada hujung sampul itu ditanggalkan lalu isi sampul itu dikeluarkan.

Sayang,

Abang minta maaf, abang bukan la seorang suami yang baik untuk sayang. Abang minta maaf, abang dah jadi seorang lelaki yang dayus. Abang minta maaf, abang tak dapat bimbing sayang. Abang minta maaf, abang dah sakitkan sayang. Abang minta maaf, abang dah sia - sia kan sayang. Abang minta maaf, abang tak jenguk sayang waktu sayang terlantar dihospital kerana abang. Abang minta maaf, abang dah hancurkan impian sayang. Abang minta maaf, abang musnahkan keluarga kecil kita. Abang minta maaf, abang tak berjaya untuk bahagiakan sayang. Abang minta maaf, abang tak bersama sayang sampai ke akhir hayat sayang. Abang minta maaf untuk segala - galanya sayang. Tolong maafkan abang. Abang bodoh dalam menilai. Abang terlalu tergesa - gesa dalam menuduh tanpa usul periksa dan akhirnya sayang menjadi mangsa. Abang butakan mata kerana cemburu. Abang butakan hati kerana marah. Abang pekakkan telinga untuk dengar penjelasan sayang. Abang bisukan mulut untuk bertanya tentang kebenaran dan akhirnya semua memakan diri abang sendiri.

Sayang,

Sumpah, abang rindu sayang. Berapa lama lagi sayang? Untuk abang tunggu transit abang bertolak ke tempat yang sama untuk abang. Hati abang sangat terseksa dengan semua ni. Abang hidup sekarang ni, hanya menyusahkan keluarga abang sebab kaki abang dah tak berguna, sayang. Abang terpaksa bergantung dengan diorang setiap kali pergerakan abang terbatas. Terang lagi bersuluh, semua ni adalah balasan dari Allah untuk abang. Abang tak sangka, hanya 7 bulan Allah beri tempoh untuk kita bersama dan sebulan yang terakhir abang rasa adalah yang paling teruk. Abang layan sayang seperti sampah. Abang hanya memikirkan tentang abang tanpa fikir perasaan sayang.

Kenapa? Kenapa abang baru tahu segala kebenaran selepas abang dah hilang sayang dari hidup abang? Kenapa sayang? Hati abang sakit sangat dengan kebodohan sendiri. Abang tak sangka betapa bodohnya abang waktu tu. Abang tak sangka abang sendiri dah buat sayang jadi macam tu. Abang sendiri tak sangka abang sanggup tuduh sayang perempuan murah dan paling abang tak sangka, abang yang akan jadi pembunuh sayang.

Sangkaan abang tersangat la meleset bila abang cakap sayang ada affair dengan Erdiel padahal dia hanya la seorang doktor yang merawat penyakit sayang dalam diam. Abang rasa tak berguna sebab langsung tak tahu yang sayang ada penyakit kanser hati. Saat abang tau tentang semua kebenaran ni, semuanya sangat pahit dan kelat untuk abang telan. Tanpa sedar, Erdiel yang sanggup mengorbankan hatinya untuk kita berdua. Sekarang Erdiel dah bertolak dengan transitnya sayang.

Abang cemburu. Cemburu sebab transit dia lebih awal dari abang. Dia pergi dalam keadaan bersujud selepas seminggu pemergian sayang dan waktu tu abang dalam koma selepas beberapa jam setelah pemergian sayang, abang terlibat kemalangan.

Bodohkan abang? Pasal benda tu pun nak cemburu bagai. Hahahahaha..

Untuk ahli keluarga kita,

Zaf nak minta maaf bagi pihak Zaf dan Laura kalau kitorang ada buat semua terasa. Tolong maafkan salah silap Zaf dan Laura. Halalkan makan, minum, pakaian dan segalanya yang pernah kitorang rasa sepangjang kehidupaan kitorang. Andai sesiapa baca surat ini setelah kematian Zaf, Zaf harap orang ni akan sampaikan salam maaf dari Zaf untuk senua orang. Terutama sekali, Tengku Laila dan Tengku Hamdan. Mommy, daddy, Zaf minta maaf sebab tak dapat menjadi seorang suami kepada anak perempuan mommy dan daddy. Sekali gus gagal untuk menjadi seorang menantu yang baik.

Sekali lagi, Zaf minta maaf.
Sekali lagi, abang minta maaf.

Yang Benar,
Raja Amir Zafran.

"Aku maafkan." Tengku Laila memberikan sebuah senyuman kepada Datifn Zahara yang sudah teresak.

"Terima kasih." Ucap Datin Zahara.

Mereka kemudian saling berpelukan antara satu sama lain. Masing - masing cuba untuk memenangkan diri setelah tewas di medan perasaan.

-Sekian penulisan saya dalam Suamiku Encik Bunga Isteriku Cik mafia-

-Terima kasih, kerana sudi membaca karya saya yang tidak seberapa-

-Bye ✨❤️-









C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now