S.E.B.I.C.M.5️⃣4️⃣

815 46 22
                                    

Laura menolak batang pemegang IV drip...

Ehh? IV drip ke, IV drop?

Argh, lantak la. Bantai je, kesah pulak aku.

Sekali lagi - sekali lagi.

Laura menolak batang IV drip yang sedang digantungi oleh sebuah jenis beg yang berisi air. Wayar dari beg itu telah berakhir pada hujung kekura tangan kecil milik Laura.

Hari ini dia berjalan keluar wad memandangkan Zafran keluar untuk ke pejabat sambil kedatangan anak - anak landak yang tak sedar diri tu datang menjengukkan kepala untuk melawatnya di hospital.

Sedang leka dia berjalan sambil mata merenung kearah luar tingkap. Seorang lelaki datang merempuhnya dari suatu arah kanan yang jelas baru sahaja keluar dari lorong kanan tadi.

BUK !!

GEDEBUK !!

Laura jatuh terlentang keatas lantai. Batang pemegang IV drip nya juga jatuh akibat tertarik dengan wayar yang tersambung pada tangannya.

"Auchh!" Jerit Laura.

Lelaki yang terlanggar Laura tadi berpatah balik apabila menyedari dia telah terlanggar seseorang. Dia duduk mencangkung di hadapan Laura. Hoodie dan cap yang menutupi kepalanya diletakkan ke tepi.

"Sorry miss. I didn't reali--." Terhenti kata kata lelaki itu apabila matanya dan mata Laura tertancap antara satu sama lain.

"Rian?!"

"Diel?!"

Sebut mereka serentak. Jelas riak terkejut terpancar diwajah masing - masing.

"Apa kau buat dekat sini? Kau sakit ke?" Soal Erdiel.

Lah bodoh rupanya jantan ni. Ko tak nampak ke Laura pakai baju hospital tu?

"Nothing much. Kau buat apa dekat sini? Seorang aje ke? Erena mana?" Soal Laura ketika bangun sambil ditolongi Erdiel.

Erdiel ingin memegang tangan Laura untuk membantu wanita itu berjalan, namun pantas tangan itu ditarik Laura.

"I'm married Erdiel Istifan. Don't ever dare to touch me again." Kata Laura mendatar tanpa memandang Erdiel.

Tegas. Jelas. Padat.

Ia menerobos masuk ke dalam gegendang telinga Erdiel. Cukup dengan dua perkataan awal sahaja, sudah cukup membuatkan hati lelakinya bagaikan disiat - siat.

Erdiel tersenyum nipis. "I know." Balasnya seraya menunduk.

Kedengaran beberapa derap langkah yang mendekati mereka berdua. Laura segera berpaling apabila namanya diseru oleh seseorang.

Kelihatan Bella, Fariqi, Ben dan Lourist datang menghampiri mereka. Dalam sekelip mata sahaja dirinya berada dalam pelukan Bella.

"Kau buat apa dekat luar ni? Kau kan tengah sakit, tak payah la nak jalan - jalan bagai." Bebel Bella kemudian berpaling kearah Erdiel.

"Ehh? Sejak bila kau ada dekat sini? Kau buat apa dekat hospital ni? Sakit ke? Adik kau mana?" Soalnya direct.

Erdiel tersenyum nipis memandang Bella kemudian beralih kepada Fariqi. Fariqi menghadiahkan sebuah senyuman untuknya lalu dibalas oleh Erdiel.

"Is that your husband?" Soal Erdiel kepada Bella kembali. Soalan yang diajukan Bella kepadanya dibiarkan bagai angin berlalu.

Bella mengangguk dengan senyuman seraya merangkul erat lengan Fariqi.

"Meet my handsomeness husband, Raja Ahmad Fariqi." Kepalanya dilentokkan keatas bahu suaminya.

Erdiel sempat tergelak kecil melihat Bella yang manja dengan Fariqi. Okay la tu, agak comel. Omelnya.

Buat pertama kali, Fariqi dan Erdiel berjabat tangan sambil memperkenalkan nama masing - masing.

"Fariqi."

"Erdiel."

Mata Erdiel beralih pula kepada Ben dan Lourist yang hanya senyap sedari tadi.

"Your wife?" Soal Erdiel kepada Ben.

Ben mengangguk tanda mengiakan lalu memperkenalkan Lourist kepada Erdiel.

"Isteri aku, Lourist Angela." Lourist hanya tersenyum apabila namanya meniti di bibir Ben.

Erdiel mengangguk faham lalu berpaling karah Laura yang hanya menjadi pemerhati.

"Mana suami kau? Tak nak kenalkan dekat aku ke?" Soal Erdiel kepada Laura.

"Dia tak ada. Dia kelu--."

"I'm her husband. Raja Amir Zafran." Sampuk satu suara seraya merangkul erat bahu Laura.

-----------

Allah berfirman dalam surah Al - Ahzab dalam ayat 56 yang bermaksud :

- " Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ( memberi segala penghormatan dan kebaikan ) kepada Nabi ( Muhammad SAW ) ; wahai orang - orang yang beriman berselwatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. "

Dah selawat ke belum? Belum? Selawat cepat. 3 kali je, tk banyak pun 😂 . Dah? Ya Allah bagusnya korang ni.

ENJOY YOUR READS !!

JANGAN LUPA UNTUK VOTE DAN KOMEN !!

SEE YOU NEXT CHAPTER !!

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now