S.E.B.I.C.M.2️⃣4️⃣

822 67 35
                                    

Perlahan lahan dia membuka mata ketika katil yang ditidurinya terasa seperti dihenyakkan berkali kali.

Katil besi yang berkarat itu menghasilkan bunyi yang berkeriuk, membuatkan dia terpaksa terjaga dari tidur yang lena.

NYAK

NYAK

NYAK

(ACTUALLY IQA TAK TAU NAK BUAT BUNYI KATIL TU MACAM MANA. SO ITU JLAH YG MAMPU🤣)

"Bangun! Pom pom pom! Bangun!" Jerit seorang kanak kanak perempuan sambil melompat diatas katil itu.

Manakala seorang lagi hanya terus melompat dan melompat.

Pantas dia bangun untuk menyambar kaki kanak kanak itu lalu dibaringkan ke atas ribanya untuk digeletek.

Berdekah kanak kanak itu ketawa.

"Jangan! Jangan! Geli!"

"Tolong! Geli la!"

"Lain kali nak buat lagi tak?" Soalnya kepada dua orang kanak kanak itu.

Serentak mereka menggeleng sebelum mereka pula yang menggeletek badannya.

Pantas mereka berdua membuka langkah untuk melarikan diri.

"Hei! Nak pergi mana tu? Korang tunggu eh, kalau dapat nanti, habis la korang." Ugutnya dalam gurauan.

Kaki mula berjalan keluar dari bilik untuk mencari kanak kanak itu. Tiba saja di luar rumah, selipar jepun yang tersusun elok di atas tangga, disarungkan di kaki.

"Game on." Gumamnya perlahan. Dia mula berjalan ke sekeliling rumah kayu itu untuk mencari kanak kanak tadi.

Tiba di satu batang pokok yang besar, dia melihat ada tangan yang memeluk pokok itu. Dia tersenyum lalu berjalan secara berjengket kearah pokok itu.

"Ha! Jumpa Aisya!" Tubuh kecil budak perempuan itu dipeluk dari belakang untuk mengelakkan dia berlari pergi. Tangannya sekali lagi menggeletek tubuh kecil itu.

"HAHAHAHA.. jangan! Jangan!" Tercungap cungap aisya menarik nafas selepas dia berhenti menggeletek.

"Mana Aidda?" Bisiknya.

Jari telunjuk Aisya naik menunjukkan kearah belakang reban ayam di belakang rumah. Lalu dia berjalan kearah itu.

"Aidda pun dah jumpa!"

Dengan selamba Aidda berpaling ke belakang seraya menjelingnya.

"Ingat Aidda terkejut ke? Main sergah sergah macam tu?"

"Ohh, tak terkejut ehh? Mana la tau." Balasnya.

Aidda mula berjalan meninggalkannya menuju ke sebuah pondok yang disediakan di bawah pokok yang bersa di hadapan rumah.

Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 50 tahun keatas sedang mendandan rambut ikal mayang milik Aisya. Pantas dia berlari kearah itu.

Dia pula hanya mengikut langkah budak kecil itu dari belakang sambil tersenyum. Nampak comel je bila budak pendek berlari. Omelnya.

"Mommy, Aidda nak jugak! Nak rambut macam Aisya." Kata Aidda dengan riang.

Wanita yang dipanggil 'mommy' itu berpaling lalu menganggu perlahan dan menyambung kerjanya.

Dia pula melabuhkan punggung disebelah wanita itu. Wajah wanita tadi ditatap penuh kasih. Walaupun wajah itu sudah berkedut kerana dimamah usia, kecantikkan pada wajah itu masih mampu menarik perhatian.

"Kenapa pandang mommy macam tu?" Soal wanita itu tiba tiba. Dia tersentak lalu tersenyum.

"Sebab mommy cantik. Dah tua pun masih cantik. Patut la daddy sayang." Balasnya.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now