S.E.B.I.C.M.2️⃣1️⃣

900 69 37
                                    

"eh? Are you Bella Armanda?"

Serentak Fariqi dan Bella menoleh kearah empunya suara itu. Bersinar sinar mata Bella melihat figura itu dihadapan matanya.

"Doktor Mikael? Doktor buat apa kat sini?" Soalnya teruja.

Fariqi menjeling menyampah. Ceh.. soalan klise. Ni kan cafe, mesti la nak makan. Dia kembali memerhati melalui ekor mata. Badak kambing badak kambing je dia tengok doktor Mikael tu.

"Breakfast. Tak sempat nak makan tadi. Boyfriend ke?" Soalnya sambil berbisik kepada Bella.

Hek eleh! Ingat aku tak dengar la tu. Doktor Mikael dijeling geram. Bibir juga diketap kuat.

Bella tergelak mendengar soalan. Boyfriend? Lambert lagi nak buat dia ni boyfriend.

"Tak la, kawan je. Sorang je ke? Kalau sorang meh la join kitorang?" Pelawa Bella.

"Takpe ke?"

"Takpe. Kan Fariqi kan?" Matanya dikerdipkan beberapa kali kepada Fariqi.

Fariqi memandang Bella sebelum mengerdipkan matanya ke bawah sebagai tanda setuju. Bella terus senyum sampai ke telinga.

"Terima kasih." Pantas dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Bella. Fariqi hanya menghiraukan Doktor Mikael dan terus memerhati keluar tingkap itu.

Sejak kedatangan doktor Mikael, Fariqi ibarat halimunan apabila pasangan itu hanya berbual tanpa mengendahkan dirinya. Tangannya terus menarik keluar iPhone 11 promax miliknya dan memasuki akaun media sosial miliknya.

Hampir setengah jam mereka berdua berbual sehingga la Fariqi membuat keputusan untuk menyampuk.

"Bella, jom balik. Saya kena hantar awak dekat abang awak ni."

Bella memandang Fariqi sebelum menoleh jam tangan rolex miliknya.

"Awak nak balik dah ke? Takpe kalau macam tu awak balik la, saya boleh balik dengan doktor Mikael. Ben pun ada dekat hospital lagi, sebab Lourist kan masih tak sedarkan diri."

"Kau nak aku balik sendiri? Kau lupa ke aku datang debgan kau tadi?" Soal Fariqi dingin sambil memandang tajam kearah doktor Mikael.

Doktor Mikael hanya makan tanpa bersuara apabila menyedari pandangan maut Fariqi kearahnya.

"Okay okay. Tak payah la marah sampai nak bercakap aku kau bagai. Doktor, Bella pergi dulu, nanti kita jumpa lagi. Bye." Pamit Bella sambil melambaikan tangan.

Fariqi pula sudah lama meninggalkan mereka berdua. Lantak arhh. Meluat je tengok innocent doktor tu.

Sebaik sahaja kereta Bella berbunyi menandakan kunci kereta telah dibuka, Fariqi terus masuk tanpa berbicara dengan Bella. Sepanjang perjalanan pulang ke hospital, Fariqi hanya memandang keluar jendela. Apa sahaja yang disoal Bella akan di jawab dengan angukkan, gelengan dan 'hmm' sahaja.

Apabila tiba di parkir lot hospital, Fariqi terus berjalan masuk ke dalam perut kereta milik Zamri, dan kereta itu terus melucur pergi meninggalkan kereta Bella yang terparkir di sebelah kereta mereka.

Bella hanya membiarkan. Fikirnya mungkin Fariqi tengah... 'Uzur syari'e' kot? Dia menjongketkan kedua belah bahunya dan terus masuk menuju ke wad yang menempatkan Lourist.

🍂🍂🍂🍂🍂

Tok tok tok

Ben yang termanggu sambil memerhatikan Lourist yang sedang lena, tersentak. Pantas dia berpaling kearah pintu. Terpampang wajah manis adik perempuannya.

"So?" Soal Ben.

Bella yang memahami soalan Ben terus menceritakan dari A sampai Z.

Selama Bella bercerita Ben hanya diam dan mendengar. Langsung tidak menyoal apatah lagi mencelah.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now