S.E.B.I.C.M.4️⃣1️⃣

870 52 8
                                    

Zafran menoleh ke belakang apabila telinganya menangkap suara seseorang. Wajah bimbang milik Tengku Laila dan Tengku Hamdan menyapa penglihatan sebaik sahaja dia berpaling ke belakang.

"Apa jadi?" Soalnya bimbang. Mata pula setia menatap iris milik menantunya.

Zafran menggeleng kepalanya sebelum ditundukkan ke bawah.

"Zaf tak tahu mommy. Suddenly jadi macam ni, serious talk, semalam dia okay je." Jujur Zafran.

"Takpe, kita duduk dan tunggu je. InsyaAllah takde apa apa." Sampuk Tengku Hamdan seraya menepuk perlahan bahu lelaki itu dan menyuruh isterinya untuk duduk.

Mereka mengangguk setuju dan duduk bersama. Tidak lama kemudian, Datin Zahara dan Dato Afzan pula yang tiba diruangan itu.

"Zaf?" Datin Zahara memanggil anaknya.

Zafran memandang wajah Datin Zahara dengan mata merah yang berlinang. Pantas tubuh wanita yang agak berusia itu dipeluknya.

Datin Zahara turut membalas pelukan anak lelakinya yang sedikit teresak esak di dalam dakapan. Tangan kanannya menggosok perlahan tubuh lelaki itu supaya bertenang.

"Sabar Zaf."

"Zaf risau mama. Dah setengah jam dia kat dalam tu. Apa yang jadi pun Zaf tak tahu."

"Zaf, look into my eyes."

Pelukan antara ibu dan anak itu serta merta terungkai apabila Zafran melepaskan pelukan dan menatap mata wanita itu.

"She is a strong women ever. InsyaAllah, takde apa yang jadi. Kita ada Allah jadi doa dengan dia minta untuk mudahkan segala urusan."

Terangguk angguk kepala lelaki itu mendengar nasihat Datin Zahara. Datin Zahara pula tersenyum melihat anak lelakinya yang patuh akan nasihat itu.

"Okay mama."

KLAKK

Pintu wad kecemasan yang terbuka serta merta menarik perhatian mereka berlima. Zafran yang terlebih dahulu mendekati doktor Izzue yang berkot putih.

"Macam mana dengan dia?" Soalnya perlahan.

Doktor Izzue tersenyum dan mengangguk perlahan.

"Don't worry. Dia cuma demam je and just need some rest." Jelas doktor itu.

"Alhamdulillah." Ucap mereka semua.

"Tapi saya terpaksa tahan dia di wad untuk 2 hari sebab badan dia kekurangan air. InsyaAllah kalau takde apa apa, lusa dah boleh discharge." Jelasnya lagi.

"Boleh kami melawat sekarang?" Soal Zafran.

"Boleh tapi untuk waktu sekarang, saya hanya boleh benarkan seorang saja yang masuk sebab risau akan mengganggu pesakit, memandangkan saya baru je bagi dia ubat penenang." Jelasnya sekali lagi.

"Zaf masuk la, Laura lebih memerlukan Zaf." Kata Datin Zahara.

"Pergi la, Zafran." Usul Tengku Laila pula.

Dua lelaki merangkap kepada dua wanita itu hanya diam memerhati sebelum kepala mereka berdua dianggukkan perlahan apabila Zafran menoleh.

Setelah beberapa minit, baru la Zafran berjalan masuk ke dalam wad biasa yang menempatkan Laura. Wajah pucat isterinya ditatap sayu.

Sakit hatinya melihat Laura yang lesu tidak bermaya, sedang terlantar sakit dikatil hospital. Kalau nak dikira, petang ini adalah majlis bersanding mereka, malangnya tidak dapat la mereka berdua mengikut serta apabila Laura demam.

Tangan naik mengusap perlahan pipi pucat itu dan dielus lembut. Zafran tersenyum sekilas.

Cantik ciptaan Allah. Perfect. Desisnya.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now