S.E.B.I.C.M.4️⃣0️⃣

1K 53 20
                                    

Fariqi dengan malas berjalan kearah Ben dan Austin yang menunggunya diruangan resort. Sebaik saja sampai di kawasan lobi matanya menangkap dua susuk tubuh yang dikenalinya.

Dia mengeluh perlahan. Belum sempat dia ingin memulakan langkah untuk menuju kearah dua lelaki itu, pantas badannya terundur ke belakang apabila tangannya disambar seseorang.

DUKK

Dia mengerang perlahan apabila badannya dihentakkan pada dinding. Mata yang tadi tertutup kerana menahan sakit kini terbuka perlahan lahan. Terbuntang matanya melihat wajah itu dihadapan mata.

"Hai sayang!" Sapa suara itu dengan ceria.

Fariqi terkedu. Tidak tahu mahu melakukan apa. Jantungnya berdebar. Tangannya menolak perlahan tubuh kecil itu dari menahannya ke dinding.

Tetapi tolakannya terhenti apabila tangan empunya suara itu lebih pantas menggengam erat tangan miliknya.

"Apa you buat kat sini?" Soal Fariqi.

Klise? Sangat.

Empunya suara itu tergelak kecil.

"Dah terang terang kat sini resort sayang. Mesti la I holiday. By the way, I miss you so much, Baby." Rengeknya manja dengan tangan yang ligat bermain di dada bidang Fariqi.

Fariqi menelan liurnya kesat apabila terasa aura dingin disitu. Kepalanya menoleh kearah pintu lobi. Terbuntang matanya melihat susuk tubuh Bella, Laura, Lourist dan Melissa yang merenung tajam kearah mereka berdua.

Tangannya yang masih berada di dalam genggaman gadis itu direntap kasar sehingga menyebabkan salah satu jari gadis itu berbunyi--

KRAKK

"Auww!" Pantas jarinya digenggam kuat. Dia turut menoleh perlahan kearah yang dipandang Fariqi.

Senyuman sinis terukir. Ohh wau, cik isteri nampak adegan panas encik suami ke tu? Ejeknya dalam sambul memandang sekumpulan gadis itu berjalan kearah mereka.

Bella mengukir senyuman yang sangat manis lalu menempel pada badan Fariqi. Tangan kanan lelaki itu diletakkan pada pinggangnya sementara tangan kirinya memeluk erat pinggang Fariqi. Tangan kanan pula diletakkan pada dada bidang lelaki itu.

Dia tersenyum menang kearah perempuan di hadapannya sambil memandang dari atas ke bawah.

"Bae? Apa you buat kat sini? Puas I cari you tahu tak? Pinggang I ni, sakit tahu? Semua sebab you, ganas sangat semalam." Rengeknya manja pada Fariqi sambil menarik kolar tshirt polo suaminya supaya menoleh kearahnya.

Terlopong mulut Fariqi mendengar rengekan dari Bella. Otaknya memproses kejadian semalam. Bukan ke semalam main ML pastu aku merajuk pastu dia tidur dalam tab mandi, ke semalam? Omelnya sendiri.

Tiga gadis bertudung itu hanya memandang sinis kearah perempuan dihadapan mereka. Bukan mereka tak tahu bahawa Bella hanya mereka cerita, padahal dari awal lagi Bell sudah memberitahu bahawa gadis itu merajuk dengan si suami.

Perempuan itu mengetap kuat bibirnya menahan marah. Dia berdehem kuat apabila Fariqi tidak lagi memandangnya.

"Ehem! Kalau ye pun, nak bercerita hal dalam kelambu, tak payah la nak cerita dekat public. Bukan korang berdua je yang ada kat sini." Bidasnya selamba.

Bella memandang wanita itu dari atas ke bawah.

"Excuse me? Who are you? I'm sorry sebab tadi nampak macam ada anak babi nak sondol my husband. And you what? Selalunya babi hutan yang suka menyodol ni ada empat kaki tapi tak sangka dapat jumpa yang dua kaki. Spesies yang limited edition ke? Ohh waw, ada kat shopee tak?" Balasnya sinis.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now