S.E.B.I.C.M.6️⃣3️⃣

2K 71 42
                                    

Erdiel melangkah mendekati mereka berdua bersama secebis senyuman yang amat sukar digambarkan. Setelah berdiri tepat di hadapan pasangan itu, dia melutut dihadapan mereka.

"Aunty, uncle." Panggil Erdiel. Kepala menunduk menekur lantai.

"Er-Erdiel? Kenapa ni, hmm?" Soal Tengku Laila. Hatinya mula berdetak cemas.

"Erdiel minta maaf. Erdiel dah cuba tapi Allah lebih sayangkan dia, aunty." Tuturnya sambil mengangkat kepala.

ZAP

Terasa seperti ada yang menghiris jantungnya, Tengku Laila memegang dada di sebelah kiri. Dia mengerang kesakitan. Mata dipejamkan erat untuk mengurangkan rasa sakit itu.

"Apa? Jangan gurau la, Erdiel!" Bentak Tengku Hamdan.

Melihat Erdiel diam tidak berkutik membuatkan dia terus bangun meninggalkan Tengku Laila yang kesakitan di luar wad. Kaki melangkah mendekati katil pesakit yang di duduki anaknya secara perlahan.

Dia memandang susuk tubuh yang terbaring kaku itu dilitupi oleh sehelai kain putih. Doktor Izzue dan para jururawat lain, keluar meninggalkan Tengku Hamdan. Setelah itu, Tengku Hamdan membuka litupan kain putih tadi.

Wajah pucat anaknya itu diusap perlahan. Berkecai air mata tuanya itu tumpah melihat keadaan Laura. Kulitnya sejuk dan pucat, bibirnya biru, matanya juga terpejam kemas. Namun, wajah itu kelihatan seperti sedang tidur.

"Laura?" Panggilnya.

"Sayang, bangun. Ni kenapa asyik tidur je ni, hmm?" Bebelnya.

"Bangun, jom. Kita balik. Laura sambung tidur dekat rumah, ye nak?" Pujuknya seeolah - olah Laura sedang mendengar.

"Bilik Laura tu, mommy dengan adik - adik Laura dah kemaskan. Cantik dah. Mesti selesa. So, daddy nak Laura bangun sekarang. Lepastu daddy bawak Laura balik. Kalau nak tidur lepastu tak nak pergi kerja pun daddy tak kesah dah, asalkan Laura bangun dan ikut daddy balik. Dekat sini bukan tempat kita. Bangun sayang." Rayunya. Walhal dia tahu, anak tunggalnya itu takkan membuka matanya lagi.

Tengku Laila yang dipapah oleh Erdiel itu, berpegang teguh pada lelaki itu untuk mengelakkan dia jatuh menyembah lantai. Mata tertancap pada wajah Laura.

"Laura." Terus terjelupuk tubuhnya kerana jatuh. Tidak mampu dia ungkapkan apa - apa, hanya air mata yang mengalir.

Tengku Hamdan meraung sekuat mungkin disisi kanan anaknya. Dia mencium seluruh wajah Laura. Dari dahi, mata, hidung, pipi dan akhirnya ke kekura sejuk tangan milik Laura.

"A-abang. Anak saya, abang!" Akibat tidak mampu untuk bangun, Tengku Laila merangkak perlahan - lahan mendekati katil itu.

Erdiel hanya menundukkan pandangannya kerana tidak mampu untuk melihat situasi itu. Lelah juga dia rasakan ketika berada diruangan itu. Sakit turut dia rasakan melihat kesedihan pasangan itu.

Sedih? Usahkan disoal lagi apabila satu - satunya wanita yang dicintai telah mencintai orang lain dan meninggalkan mereka semua tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.

Setelah Tengku Laila mampu untuk berdiri, Tengku Hamdan memeluk bahu isterinya supaya teguh berdiri bersebelahan dengannya.

"Laura. Anak mommy." Diusapnya pipi mulus Laura.

"Semoga syurga tempat mu, nak." Doanya.

"Sekarang, Laura dah terlepas dari rasa sakit." Mereka cuba mengukirkan senyuman. Buat kali terakhir. Untuk, Laura.

"Laura dah jadi anak yang baik untuk mommy dengan daddy." Sambung Tengku Hamdan.

"Kami ikhlaskan pemergian Laura." Sahut Tengku Laila pula.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now