SPECIAL CHAPTER 1️⃣✨❤️

1.5K 73 11
                                    

2 bulan kemudian...

"Jangan lari!" Jerit Tengku Laila kepada Inara dan Idara yang seronok berlari sambil bergelak ketawa.

Riuh - rendah suasana rumah rehat milik Tengku Hamdan kerana cucu - cucu mereka.

"Ya Allah. Boleh mati kejung aku macam ni." Keluh Datin Zahara apabila melihat rumah yang baru sahaja dikemas, kembali bersepah.

"Rawr! Dragon! Rawr!" Jerit Damriz sambil menarik telinga Tengku Hamdan dari atas belakang lelaki itu.

Tengku Hamdan hanya mampu menurut setelah itu mengaum.

"Rawr." Ngaumnya lemah. Sungguh dia penat melayan kerenah budak - budak hyperactive ni.

"Louder! Dragon! Louder!" Semakin kuat Damriz menarik telinga sehingga menampakkan kesan merah.

"RAWR!!!!!" Jeritnya sekuat hati sehingga mengakibatkan Adrian dan Zack yang lena di pangkuan Dato' Afzan terkejut.

Serentak dua bayi itu menangis sebaik sahaja tersedar dari lena.

"HUWARGH!!"

Dato' Afzan menepuk kuat dahinya yang sudah berkedut seribu.

"Ya Allah, aku baru je tidurkan diorang." Keluhnya.

PRANGG

"YA ALLAH!! PASU BUNGA AKU!! INARA!! IDARA!!" Jerit Tengku Laila sekuat hati akibat terkejut.

Tersebik - sebik muka dua beradik itu menahan tangis. Juga terkejut, namun terkejut kuasa 2.

Terkejut sebab pasu pecah. Terkejut sebab Tengku Laila menjerit.

Kan aku dah cakap, diorang ni spesies tarzan. Suka jerit sana sini.

"T-Tok mommy tak sayang kitorang!" Pantas mereka berdua berlari masuk ke dalam bilik.

BAM

Bunyi pintu bilik dihempaskan. Terhinjut bahu Tengku Laila seraya menutup mata.

"Astagfirullahalazim. Tebalkan kesabaranku, Ya Allah." Tangannya yang diangkat tinggi keatas itu, diturunkan ke bawah lalu diraupkan pada wajah.

"Baby shark do do do do. Baby shark do do do do. Baby shark do do do do. Baby shark!" Nyanyi Tengku Hamdan dan Dato' Afzan.

Sedari tadi, dua jejaka tua itu mencuba pelbagai cara untuk menidurkan kembali Adrian Miqael dan Zack Farish. Namun, tiada satu pun cara yang dapat menidurkan mereka.

Damriz yang melihat, hanya mampu mendiamkan diri sambil memeluk tubuh.

"Aih, bodohnya orang tua ni." Gumamnya sendiri.

Dia berjalan mendekati dua jejaka itu, lalu tangan kiri dan kanannya menarik lengan kanan Tengku Hamdan dan tangan kiri Dato' Afzan.

Diapers milik Adrian dan Zack itu ditepuk - tepuk sedikit sebelum melekatkan hidungnya pada punggung kanak - kanak berusia hampir 2 tahun itu.

Setelah itu, dia memandang wajah Tengku Hamdan dan Dato' Afzan yang terpinga - pinga dengan tingkah lakunya tadi.

"Kau buat apa tadi, Damriz?" Soal Tengku Hamdan.

"Tok daddy dengan tok papa ni bodoh ke?" Soalnya tidak berlapik.

Terkedu mereka berdua.

"Diorang punya pampers dah penuh kot, memang tak la diorang nak tidur dengan pampers macam yang busuk tu. Cuba kalau Damriz yang pujuk tok daddy dan tok papa tidur bila pampers dah penuh, agak - agak korang berdua boleh tidur tak?" Soalnya lagi.

Tengku Hamdan dan Dato' Afzan mula memeriksa sendiri keadaan diapers Adrian dan Zack.

PAP

Satu tamparan hinggap di kepala tua milik Dato' Afzan. Muka lelaki itu berkerut menahan sakit lalu memandang wajah Tengku Hamdan.

"Kau dah kenapa?!"

"Kau tu yang kenapa! Tak check benda alah ni kenapa?!"

"Mana la aku tau! Kau pun tak check juga!"

PAP

Satu tamparan dari Dato' Afzan hinggap di kepala tua Tengku Hamdan.

Maka mereka pun berbalas tamparan demi tamparan kepada kepala tua masing - masing. Mereka berdua telah pun meletakkan Adrian dan Zack keatas lantai yang telah bersepah dengan mainan.

Semakin kuat mereka bergaduh, semakin kuat tangisan dua bayi itu.

Damriz mengeluh seraya menggelengkan kepalanya. Dia berjalan mendekati Adrian dan Zack lalu diangkat ke pangkuan kecilnya. Walaupun tubuhnya agak kecil, tapi kudratnya dapat menampung berat dua babi tersebut.

Perlahan - lahan dia berjalan memasuki lif, meninggalkan dua orang tua tak sedari diri tadi. Sampai sahaja di biliknya, dia menyeludup masuk ke dalam bilik ibu bapa dua bayi tadi untuk mengambil diapers dan baju persalinan.

Setelah itu, dia meletakkan diapers diatas tilam sebelum berlalu ke dalam tandas dan mengisi air bersama sabun ke dalam sebuah baldi.

Satu persatu pakaian milik Adrian dan Zack dibuang ketika dia berada di dalam tandas. Dicucinya dahulu tempat - tempat yang sepatutnya kemudian dia memandikan Adrian dan Zack dengan air suam yang bercampur sabun tadi.

Terkekek - kekek dua bayi itu ketawa apabila digeletek oleh Damriz.

Selesai memandikan Adrian dan Zack, Damriz memakaikan diapers sebelum memakaikan baju. Kemudian berlalu turun ke ruang tamu untuk mengisi susu ke dalam botol.

Masih jelas kedengaran suara Tengku Hamdan dan Dato' Afzan yang bertelingkah sesama sendiri. Entah sedar entah tidak, cucu mereka tiada bersama. Damriz hanya membiarkan dan berlalu ke dapur untuk mengisi air.

Mesin penapis air cuckoo itu didekati lalu lock untuk air panas ditekan. Setelah itu, dia mengisi air sejuk sehingga air panas di dalam botol susu tersebut bertukar kepada suam.

Dititiskan sedikit keatas tangannya setelah digoncang dan terus berlalu naik keatas sebaik sahaja urusannya selesai menggunakan lif.

Adrian dan Zack terus menerpa kearah Damriz apabila melihat susu yang berada di tangan lelaki itu. Damriz menggunakan susu tersebut untuk memancing Adrian dan Zack merangkak bergerak ke katil, sampai sahaja berdekatan katil, tubuh kecil dua bayi itu diangkat dan diletakkan diatas tilam lembut.

Damriz menepuk - nepuk sedikit punggung Adrian dan Zack ketika mereka berdua sedang enak menyedut susu masing - masing. Dengan sedikit nyanyian dari mulutnya, dia berjaya menidurkan Adrian dan Zack. Tanpa sedar, dia juga turut terlena ditengah - tengah Adrian dan Zack.

Sementara itu, Tengku Laila, Datin Zahara, Tengku Hamdan dan Dato' Afzan sedang kecoh mencari mereka bertiga. Damriz yang mendengar namanya dipanggil hanya mendiamkan diri kerana rasa mengantuk yang mula menguasai diri.

-----------

Enjoy your reads!!

✨❤️

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now