THAA || P R O L O G

31.4K 1.1K 14
                                    

Tawanan Hati Afeef Anaqi
kembali membuka tirai.

"Kemewahan tak menjamin kebahagian,"

"Kemewahan tak menjamin kebahagian,"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

|| || ||
Prolog ;

       ANAQI senyum memandang Alva.

Tuhan, lelaki seperti ini wujud rupanya...

Dia hadir ibarat penenang. Jujur, hanya dia yang dapat tenangkan insan seperti Alva Areeya.

"Alva sakit... tangan Alva, kaki," telapak tangan yang terhiris ditiup-tiup oleh Anaqi setelah pelukan dileraikan.

"Kita pergi hospital. Kemudian, saya belikan awak makanan ya sayang Anaqi?"

Anggukan sebagai jawapan.

Memandangkan satu hari ini langsung tak makan, perut terasa menucuk.

Tubuh kecil sang isteri dicempung sehingga ke dalam bilik lalu diletakkan di atas katil. Adib pula hanya mengikut sahaja langkah Anaqi. Sekuat mana pun Adib, Alva tetap akan kalah dengan Anaqi. Hanya Anaqi yang bisa memujuk.

Darah yang mengalir dibersihkan menggunakan ubat yang ada dalam kotak pertolongan cemas yang ada. Buat sementara waktu sahaja sebelum tiba di hospital.

"Alva? Alva? Sayang?" Tiada sahutan menjadi respon.

Suara dia samar-samar kedengaran.

Tolong! Ada bayang-bayang besar di hadapan. Bayangan itu sedang memerhatikan diri seraya tersenyum jahat. Nafas Alva sukar diatur, tubuh mula terkulai lemah di baringan.

Tak nak mati! Takut! Lagi, langkah dia mendekat. Tubuh seakan mengeras secara tiba-tiba.

Takut...

Malang, mata makin rapat. Suara si suami juga antara dengar tak dengar olehnya.

Selamat tinggal Anaqi, selamat tinggal sayang mummy. Semoga kita berjumpa kembali di lain semesta.

Anaqi, tolong jaga diri. Benar, kehadiran Alva cuma sementara. Suasana gelap secara total. Kelopak mata tertutup rapat.

Anaqi pandang Adib.

"Adib, tolong aku," faham dengan pemintaan Anaqi terus berlari membuka pintu kereta.

Tubuh Alva dicempung lalu diriba semasa di dalam kereta. Jantung Anaqi jadi tak tentu arah. Takut akan segala yang Alva katakan menjadi kenyataan.

Alva Areeya, dia adalah tawanan hati Afeef Anaqi.
Afeef Anaqi, lelaki teragung Alva Areeya.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now