THAA || 18

10.2K 984 256
                                    

   "SIAPA tu sayang?" Soal Anaqi sebaik sahaja pulang dari dapur, membuang serpihan talefon milik Alva.

"Tak tahu," Alva angkat bahu.

Siapa pula yang datang magrib-magrib ni. Nak minta sedekah ke? Tak tahu ke orang nak bermanja dengan suami. Tak belajar adab menziarahi tetamu agaknya waktu sekolah dulu.

Anaqi berjalan mendekati pintu. Pintu rumah dibuka dari dalam. Alva kekal duduk bersandar sambil bermain game 'cooking mama' yang baru didownload. Tidak diendahkan langsung siapa yang datang.

Ada Alva kisah? Game lagi penting. Baik main game.

"Kau lagi?" Dingin Anaqi bersuara setelah pintu rumah dibuka sedikit dari dalam. Perkara ini tidak mendapatkan orang yang berada di luar untuk melihat keadaan di dalam.

"Siapa datang tu sayang?" Soal Alva. Jari jemari lincah di atas papan kekunci. Banyak pelanggan ni. Tolong jangan kacau.

"Tunggu sekejap," nada Anaqi keras

Pintu rumah ditutupnya kembali kemudian Anaqi mendekati Alva. Pelik, siapa pula yang datang di waktu sebegini. Tak pernah dibuat orang.

Dan... fuh. Lega.

Next level. Okey sekarang Alva boleh beri perhatian kepada Anaqi.

"Siapa tu?" Sekali lagi Alva bertanya.

"Tengku Adam."

Ternganga mulut Alva dibuanya. Macam tak percaya pula bila dengar Anaqi cakap macam itu. Tengku Adam, datang? Memang bala. Lepas satu, satu yang datang. Tak makan arahan agaknya si budak Tengku ni.

Sah. Memang betul tak belajar adab menziarahi tetamu. Itulah ustazah ajar, pergi tidur dekat belakang kelas. Bila dah dewasa, semua tak ada. Adab untuk ziarah tetamu pun tak tahu. Waktu magrib bukanlah waktu yang sesuai untuk melawat. Jika tak percaya, pergi selak balik buku pendidikan islam. Barbakul makian diberikan buat Tengku Adam.

"Sayang, pakai tudung ni," tudung sarung bewarna hitam dilemparkan ke Alva.

Dengan perasaan yang malas bercampur geram, Alva menyarungkan tudung tersebut di kepala. Fokusnya kembali pada telefon Anaqi. Kalau tak menyemak, bukan Tengku Adam jawabnya.

Anaqi membuka pintu semula. Dibuka seluas-luasnya. Tengku Adam jatuh tersungkur ke lantai sebaik sahaja pintu dibuka. Jelaslah wajah Tengku Adam yang tak begitu kacak. Sudahlah tak kacak, menyemak pula tu. Tak semena-mena dah cium lantai.

Padan muka!

"Alva, you okey tak? Sumpah I risau," Tengku Adam cemas sebaik sahaja dia berdiri. Kini pintu rumah Anaqi pula digayut.

Anaqi sudah bercekak pinggang. Melebihnya perangai.

Alva angkat muka. Pandang Tengku Adam yang sudah bergayut pada pintu kayu rumah. Mahu roboh nanti ada yang kena hempuk dengan televisyen gamaknya nanti. Sudahlah pintu rumah itupun tak sekukuh mana. Boleh pula dia bergayut. Ingat ringan sangat ke. Semut lagi ringan!

"Yang kau bergayut dekat pintu rumah aku tu kenapa?" Mendatar Alva bersuara.

"I rindu you sayang,"

Buat muka jengkel. Boleh pergi mampus dengan rindu dan sayang dia. Alva tak faham kenapa lelaki itu perlu datang ke mari. Tunjukkan muka depan Alva, buat macam mereka berdua tak pernah ada masalah.

Menyampah, geram. Tak suka tengok kehadiran Tengku Adam dekat sini.

Alva alihkan pandangan ke arah Anaqi.

"Tolong halau dia balik. Alva tak suka," Alva bersuara seraya kaki digoyang-goyangkan.

Kemudian, telefon Anaqi tadi diambil semula. Game cooking mama dibuka. Tanpa rasa bersalah Alva teruskan permainan. Lantak dialah nak buat apapun, Alva tak kisah.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now