THAA || 28

10.4K 980 184
                                    

   "ANAQI!  Phone Anaqi berbunyi. Abang Adib call. Alva angkat boleh?" berdering dering Iphone 13 milik Anaqi. Naik bingit lama-lama.

Pancuran di dalam bilik air diperlahankan supaya dapat mendengar suara si isteri dengan lebih jelas. Apa lagi yang abang iparnya mahu itu. Mesti ada datang kafe sepanjang ketiadaan mereka.

"Angkatlah. Kalau dia tanya cakap kita dekat Krabi ada hal," balas Anaqi sebelum membuka kembali pancuran air.

Alva ambil telefon tersebut, butang berwarna hijau digeser.

"Apa kau nak?" soal Alva sebaik sahaja panggilan diangkat.

"Kau dekat mana?" Adib menyoal.

"Aku dekat Krabi. Kenapa ni?"

"Saja nak beritahu, ayahanda dah tahu,"

Oh tidak... Alva terdiam untuk seketika. Terkejut. Telefon yang hampir jatuh tadi Alva betulkan semula posisinya. Dato' Sri Amran dah tahu, maksudnya segala tingkah laku Alva di masa lampau juga lelaki tua itu lihat.

Argh! Kenapa Alva tak boleh bercakap ni! Lidah jadi kebas tanpa dipinta. Alva tak menangis cuma tak tahu nak balas apa.

Ayahanda boleh ke terima aku?

... Kosong.

Alva  merenung depan. Panggilan dari Adib di hujung talian ibarat tak  didengar. Berkali-kali Adib memanggil. Alva buat tak mengerti. Pelapis berkerut perlahan, menelan liur payah.

"Ayahanda dah tahu,"

Ya Adib, Alva dengar. Tak pekak lagi untuk tak dengar ayat  tadi.

"Eeya..." nama sang adik diseru.

"Eeya..."

Alva diam lagi.

"Alva Areeya, jangan risau. Semuanya okey. Aku dengan bonda yang ururskan. Kau jangan ingat semua benda tu. Aku cuma nak beritahu. Bergembiralah dengan percutian kau," Alva dipujuknya.

Entah kenapa, sekarang baru Alva rasa nak nangis. Pujukan Adib berjaya buat Alva tenang untuk seketika.

Betul. Tak perlu fikir lagi. Alva harus bergembira di hari ini. Kejutan terbesar bakal dilakukan sebentar lagi.

"Okey," balas Alva senada.

Nafas ditarik, kemudian lepaskan.

"Honeymoon ke dekat Krabi? " Soal Adib hairan. Barangkali dia cuba untuk menaturalkan keadaan.

Sebab dialah Alva jadi begini. Perasaan hilang dibawa realiti secara mengejut.

"Iya, tolong jangan kacau. Pergi makan dekat kafe puas-puas,"  jerit Anaqi sebaik sahaja keluar dari bilik air.

Terkejut Alva dengar suara Anaqi. Selamba menjerit. Menoleh ke arah dia.

Senyum Anaqi, berjaya juga merawat perasaan Alva sekarang.

Macam mana Anaqi boleh jawab soalan Adib... alamak!

Alva buka pembesar suara. Mampuslah... Harapnya Anaqi tak dengarlah apa yang Adib katakan tadi. Alva tak mahu Anaqi mendengar sejarah silamnya. Cukup, hanya Alva yang alami. Sejarah buat diri sendiri di masa lampau.

Anqi ambil baju kameja putih.  Disarungkam ke badan sebelum langkahnya diatur ke arah Alva yang berada di birai katil.

Kawal perasaan, Alva!

Posisi sebelah isterinya diambil. Fokus mereka hanya untuk telefon di hadapan ini.

"Bila nak balik sini?" Agak lama masa yang diambil Adib untuk aturkan soalan kedua.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now