THAA || 4

11K 1K 207
                                    

DUDUK melutut di atas lantai bilik air. Pancuran air dibiarkan mengalir di tubuh. Setiap titisan yang mengalir,  ia mengalir sekali bersama air mata. Tatkala kolam mata mula penuh, mata dipejam seraya wajah diangkat. Biar seluruh wajah menjadi santapan utama buat pancuran air.  Tangisan dilepaskan sepuas-puasnya. Mahu mencerakan diri, Adib sudah rampas pisau lipat kesayangan. Jadi, ini sajalah satu-satunya cara. Walaupun tak seberkesan cara yang lama.

Keadaan di ruang tamu langsung tidak diambil kisah.  Sudah pulang mungkin. Buat apa duduk lama-lama dekat rumah orang. Buat semak saja. Kali ini Alva memang betul-betul tak hairan dengan pandangan orang. Hati sendiri sedang sakit, harus dirawat sebelum lebih teruk. Perbuatan Tengku Adam memang melampau. Lelaki itu hilang  tatkala peristiwa habis. Langsung membiarkan  Alva di sini melawan segala sakit seorang diri. 

Lantas, berani munculkan diri semula setelah lama menghilang. Muncul dengan harapan bahawa mereka akan kembali bersama. Sememangnya, mereka mana pernah bersama biarpun di masa lampau?

Seorang manusia pengecut. Tak fikirkan tentang orang lain. Dek disebabkan pengaruh yang kuat, fikir bahawa dirinya hebat. Tapi sebenarnya... cuma berselindung di balik topeng penipuan hidup.

Lebih kurang satu jam setengah Alva dalam keadaan sebegitu, akhirnya diri keluar. Mata yang sembab cuba disorok dengan menggunakan sahap noda. Setelah pastikan semuanya selesai, Alva tekad untuk turun ke ruang makan. Mengisi perut yang kosong dengan makanan. Alva mula berjalan perlahan-lahan, menuruni anak tangga. Sudah Alva pastikan bahawa mereka tidak ada lagi di  posisi tadi.

Setibanya di ruang makan,  duduk dilabuhkan di sebelah abang kembarnya. Mujur, semuanya ada di meja makan. Mata mereka tertumpu ke arah Alva yang berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Kami dah bincang,"  Dato' Sri Amran memecahkan kesunyian yang ada antara mereka berempat.

"Bincang apa?" Lemah Alva bersuara. Jarinya menguis-nguis nasi yang berada dipinggan. Tidak selera rasanya.

"Kami nak Eeya dengan Adam teruskan pertunangan. Ayahanda bagi masa tiga hari untuk Eeya fikir baik-baik,"  balas Dato' Sri Amran. Langsung tak ada perbincangan, mahu meneruskan pertunangan.

Tidak memberikan sebarang respon. Angguk tidak, geleng pun tidak.

"Eeya dengar tak apa ayahanda cakap!" Dato' Sri Amran mula meninggikan suara. Berang apabila sang anak  langsung tidak memberikan respon.

Kalau iyapun tak suka, jawablah. Jangan buat dia seperti tunggul.

"Awak, depan rezeki,"   Datin Sri Ameelia menenangkan suaminya. Salah suaminya juga. Siapa suruh berkata mengenai ini tak kira tempat. Melihat keadaan anaknya itupun, sudah tahu bahawa jawapannya tetap negetif.

Alva masih sama.  Diam tak berkutik. Nasi di dalam pinggan dikuis-kuis. Dato' Sri Amran memandang tajam anak mata. Alva buat tidak mengerti akan pandangan tersebut. Tak ada perasaan  untuk bertengkar dengan si ayah di kala ini.

"Adam cerita tak dia buat apa dekat Eeya?"

"Tak," Adib membalas.

Haih... kan sudah dibilang. Lelaki itu tak akan pernah sama sekali bongkar kisah gelap dirinya. Sebaliknya, dia akan terus tutup kesalahan itu menggunakan taktik lama.

"Lepas Eeya naik atas, mereka semua balik," celah Datin Sri Ameelia

Alva membuat mulut berbentuk 'o'. Sudah cakap Tengku Adam tak akan berani. Tengku Adam bukan yang seperti mereka sangka. Kebaikan yang dia tayangkan hanya sekadar mahu menutup cela di badan.

"Eeya tak nak teruskan,"  bersahaja. Hati tak mahu buat apa nak halang.

Terbeliak mata Dato' Sri Amran. Memang benar pada awalnya dirinya langsung tak kisah tetapi sekarang... Entah. Diri hanya mahu Adam sahaja sebagai menantu. Segala serba serbinya baik. Tak ada nak melenting macam anaknya itu. Adam kekal tenang di setiap perkara.

"Tapi kenapa sayang? Eeya tahukan keluarga Adam dah banyak tolong kita?" Datin Sri Ameelia cuba memujuk anak perempuannya.

"Bonda dengan ayahanda akan tahu nanti," tenang sekali Alva membalas. Mahu menjerit-jerit pun tiada gunanya lagi.

"Ayahanda kata tak kisah kalau Eeya tolak sekali pun. Ini pilihan Eeya dan  Eeya dah ada pilihan hati,"  sambung Alva. Tiba-tiba!

Adib terus alihkan pandangan buat Alva. Tak percaya barangkali.

Melalui pandangan Adib, Alva dapat meneka bahawa dia sedang dalam keadaan  pelik. Sejak bila Alva pandai bercinta? Kata trauma dengan peristiwa lama? Ini yang pelik ni. Itulah maksud yang Alva nampak.

"Siapa dia? Peguam? Doktor? CEO syarikat mana? Siapa nama bapa dia? Dia ada syer dengan AA Holding, Amran's Empayar atau Adib Legacy?" Soal Dato' Sri Amran bertalu-talu. Pandanganya fokus memandang Alva.

Keluarga mereka mempunyai tiga syarikat dan ketiga-tiga mereka merupakan orang tertinggi did alam  syarikat perniagaan keluarga mereka. Dato' Sri Amran merupakan sorang yang berpengaruh hebat di dalam dunia korporat. Syarikat diberi nama Amran's Empayar. Mempunyai beberapa buah syarikat lain termasuklah  AA Holding dan Adib' Legacy. Syarikat mereka menyeluarkan ataupun menjadi pengedar untuk pelbagai jenis barangan. Oleh sebab itu, setiap syarikat didominasi oleh orang yang berbeza namun masih di bawah satu naungan.  Bonda Alva ataupun Datin Sri Ameelia pula merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Bergiat aktif dalam ahli persatuan dan juga memegang jawatan president bagi persatuan tersebut.

"Bukan." Sepatah Alva membalas

"Habistu siapa dia?" Soal Datin Sri Ameelia.

"Afeef Anaqi."

Orang tanya dia kerja apa bukannya siapa nama dia, Alva.

Ya! Alva  sudah jatuh cinta dengan lelaki tersebut. Waktu pulamg kerja, asyik terbayang wajah Anaqi. Tiada orang lain lagi. Hati Alva umpama  terpaut dengan seorang lelaki bernama Afeef Anaqi.

"Siapa dia? Ayahanda tak pernah tahu kewujudan dia!"' Bentak Dato' Sri Amran.

"Lusa Eeya bawa dia datang rumah,"

"Kau ni kenapa Eeya? Gila? Kau sedar tak kau cakap apa?" Adib sedikit berbisik kepada Alva.

"Okay je,"  juga Alva membalas dengan bisikan ditelinga Adib.

"Jom makan. Tak mahu fikir pasal jantan tak guna tu," perkataan jantan tak guna, Alva rendahkan  sedikit nada suara. Maklumlah Tengku Adam anak kesayangan bonda dengan ayahanda.

"Jangan cuba jatuhkan air muka ayahanda Eeya!" Dato' Sri Amran memberikan amaran. Tak habis-habis dengan air mukanya. Habistu, air muka Alva siapa mahu jaga?

"Ayahanda macam inilah, Eeya tak nak bergaduh. Nanti kita bincang boleh? Eeya penatlah. Pergi mana-mana mesti ada nama Tengku Adam. Kalau nak sangat Tengku Adam tu jadi menantu,apa kata kahwinkan dia dengan Adib," Alva berikan cadangannya.

Susah sangat nak terima keputusan yang Alva berikan. Jadi, andai Adib dengan Tengku Adam pasti Dato' Sri Amean gembira. Yeay!

"Kepala otak kau!" Kepala Alva diketuk perlahan. Alva mengusap kepalanya yang diketuk abangnya sebentar tadi.

"Kamu suka Adam ke Afreen?" Datin Sri Ameelia mula cuak. Entah entah anak bujangnya seorang ini seorang yang gay. Ini tak boleh jadi.

"Apa bonda ni? Gila ke Afreen nak minat sesama jenis? Afreen rela bujang sampai mati,"  Adib mempertahankan dirinya.

Tak semena-mena dicop gay. Alvalah punca semuanya. Berdekah semua dibuatnya. Riak  Dato' Sri Amran juga sudah kembali seperti asal. Cepat betul lelaki tua tu berubah perasaan.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now