THAA || 16

11K 1K 114
                                    

"PUAN Alva jatuh!" Mahu terjatuh talefon Adib.

"Ameera, kau dekat mana sayang?" Balas Adib. Datin Sri Ameelia dan Tengku Adam yang memperhatikan tingkahnya diabaikan.

"Aku dekat pejabat. Aku ada telefon Puan Alva sebab ada barang dia tertinggal tapi suami dia yang angkat,"  terang Ameera satu persatu. Termengah-mengah nafasnya di kala itu.

"Kau tahu dekat mana rumah Puan Alva?"

"Tak."

"Kau tunggu situ, aku dengan bonda datang dalam masa lima minit lagi," panggilan segara dimatikan Adib.

Mukanya serius memandang Datin Sri Ameelia yang tidak jauh dari tempatnya duduk. Cemas wajah si bonda menanti berita daripada Adib.

"Bonda, Eeya jatuh,"  beritahu Adib.

"Astagfirullah budak ini. Macam mana boleh jatuh?" Datin Sri Ameelia menggelengkan kepalanya. Sorotan mata di bawa ke arah Tengku Adam. Sibuk melutut di hadapannya sekarang.

"Adam, kau  balik sekarang. Aku tak ada masa nak layan kau. Anak aku lagi penting," arah Datin Sri Ameelia dengan nada suara yang dingin. Mukanya langsung tidak memandang Tengku Adam.

"Adam nak ikut."

Mata Datin Sri Ameelia menjegil. Tengku Adam ni memang berani betul tempah maut ya.

Adib  merengus kasar.

Apa  yang dikatakan Tengku Adam?! Nak ikut? Huh.  Memang tak akan sama sekali mahu bawa sama. Memang tak padan dengan situasi, ada saja benda yang ingin dia mencelah. Kalau dengan Dato' Sri Amran mungkin Tengku Adam lepas untuk ikut.  Tapi dengan Adib, tidak sama sekali.

"Baliklah!" Arah Adib dengan suara yang agak meninggi. Kan sudah keluar amarahnya.

"Aku nak ikut. Alva sakit," tokok Tengku Adam bersama suara dengar tak dengar. Bibir mengajuk percakapan Adib tadi. Tak beradab langsung. Sudah kena penampar pun masih cuba untuk bersuara. Spesis bernama Adam memang tak pernah dengar kata atau bagaimana.

Adib ketap gigi. Penumbuk yang digempal tinggal tunggu masa sahaja untuk melayang. Dasar biadab! Adab langsung tak ada. Harap pangkat saja tinggi dalam dunia korporat tetapi adab kosong. Kacam tak pernah belajar ilmu agama.

"Baliklah! Dia adik aku, tak perlu sibuk. Pergilah meyundal dengan perempuan lain. Bukan itu ke kerja kau?" Marah Adib. Mukanya yang putih sudah merubah menjadi merah. Segala urat urat juga timbul. Peluh yang menitik dibiarkan sahaja.

"Adam. Balik. Sekarang." Senada Datin Sri Ameelia menyuruh bersama tangannya yang disilangkan ke dada. Satu persatu perkataan disebut dengan jelas. Ini kalau tak faham lagi, memang makan penampar sekali lagi.

"Okey, Adam balik!" Tengku Adam mengalah. Dalam mengalah pun masih ada lagi nada biadapnya.

Ini tak boleh jadi ni. Tengku Adam harus merancang rancangan dengan Dato' Sri Amran  untuk dapatkan Alva kembali. Alva adalah miliknya. Selamanya milik Tengku aadam Akhtar.

Tengku Adam melajukan langkah ke arah kereta. Pintu kereta dibuka dan dihempas kuat sebelum dia meninggalkan kawasan rumah Dato' Sri Amran sekeluarga. Dalam otak mula merangka satu demi satu rancangan untuk dijalankan.

Huh... penat. Bayang Tengku Adam diperhatikan dari jauh. Nafas mula diambil, posisi mereka berubah. Dari duduk menegak, kini badan berubah kendur.

"Bersayang dengan siapa tadi?" Usik Datin Sri Ameelia. Jari telunjuknya menolak bahu anak teruna. Sesekali, sisa air mata dilap.

Adib tayang sengih.

"Bonda  ni. Pecah rahsia Afreen ," muka merah padam menahan malu. Gara-gara Ameera, langsung tak dapat menyembunyikan lagi perhubungan mereka.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now