THAA || 32

10.8K 892 39
                                    

"TAK perlu ikut saya pergi. Duduk dekat rumah," risau.

Alva lihat wajah di balik pantulan cermin. Urgh... pucatnya muka. Tak permaya langsung. Mata kuyu, bibir pun tak serupa bibir. Tebal semacam. Hidung tak payah, cakap. Kembang!

Itu Alva ke??? Macam lain sangat je...

Uwerk!

Oh tidak... lagi selagi.

Ish, lagi sekali Alva muntahkan segala isi perut. Bukannya keluar apapun. Cuma air. Sampai satu tahap Alva rasa nak tarik tilam, tidur sebelah singki. Rasa nak muntah terus bangun.

"Sayang, tak perlu ikut. Boleh? Tinggal dekat rumah aje,"

Alva geleng. Tak nak!

"Alva nak ikut."

"Betul ni? Kalau awak nak saya tinggal dengan awak dekat rumah, saya pun tak pergi,"

Alva geleng lagi.

"Alva boleh. Jangan risau, tak ada apa-apa yang serius," Alva senyum payah terhadap Anaqi. Meyakinkan Anaqi bahawa diri sedang  berada di dalam keadaan terkawal.

Sejak pulang dari rumah Dato' Sri Amran  dan Datin Sri Ameelia  tempoh hari, Alva langsung menjejakkan kaki ke A's Bakery. Masuk hari ini saja hampir beberapa minggu duduk di rumah. Tak ada buat apa benda, cuma muntah dan muntah.

Alva biarkan Anaqi pergi ke kafe seorang diri sewaktu tempoh begitu. Acap kali jugalah Anaqi pulang awal. Tak sampai petang, pasti sudah pulang.

Jadi hari ini Alva tekad, walau macam mana pun keadaanya, tetap mahu pergi. Alva mahu melihat bagaimana rupa kafe kesayangan mereka.

"Cabut tudung awak," arah Anaqi.

Alva akur. Selendang  yang basah terkena air ditukar kepada tudung sarung.

"Tolong," pinta Alva lemah. Tangan dihulur ke arah Anaqi supaya menolongnya untuk dipimpin ke kereta.

Lalu, tangan Alva dicapai. Langkah mereka atur bersama, menuju ke arah kereta. 

"Saya cakap, duduk rumah. Jangan pergi. Kenapa degil sangat ni."

"Tak nak.  Nak ikut jugak!" Alva berkeras. Bosan rasanya duduk rumah lama-lama. Cerita hagemaru pun habis semua dah dilayan. Siap boleh hafal dialog.

Apa lagi yang dia mahu? Otak mahu juga rasa suasana luar.

"Iyalah, iylah. Awak ikut,"

Alva senyum pula.

Sepanjang perjalanan, mereka berdua hanya mendiamkan diri. Hanya bertemankan lagu yang bermain di corong radio. Alva pula lebih berminat untuk melemparkan pandangan ke arah luar tingkap. Di dahi dititikkan dengan beberapa titik minyak angin bagi menghilangkan rasa mual yang ada.

Mata dipejam serapat yang mungkin. Rasa yang tidak diingini datang secara mengejut. Riak mukanya bertukar menjadi merah. Jari jemari naik mengcengkam peha Anaqi disebelah. Makin lama, genggaman makin kuat. Bibir dikemam supaya tidak termuntah. Air mata sudah menitis beberapa titik.

Sekarang bukan masanya, jangan bual hal.

Tahan Alva!

"Kalau nak muntah, muntah je. Tak perlu tahan-tahan. Saya tak suka tengok muka awak tahan muntah. Saya terseksa sayang," kata Anaqi walaupun matanya masih fokus dengan pemanduan.

Tak mahu. Alva geleng perlahan.

Jangan suruh buat perkara yang Alva tak mahu. Biar terseksa sekarang.  Bukannya tak mahu,tapi Alva tak mahu kereta kotor. Nanti mengusahkan Anaqi. Cukuplah Alva sudah  susahkan Anaqi selama ini untuk jaga dirinya. Itupun sudah memeritkan.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now