THAA || 24

10.4K 1K 167
                                    

   HINGGA ke titik ini, mereka berjaya lagi untuk sekali lagi. Sambutan untuk kafe terlalu meriah dari hari ke hari. Pekerja makin terlatih. Nafas lega juga sudah boleh diambil oleh pasangan itu.

Hari demi hari, pasangan itu bangkit bersama. Bermula dengan kosong, berakhir dengan kejayaan. Tidak disangka, begini rupanya tahap untuk menuju kejayaan. Keringat sentiasa ada di badan. Setiap masa, hanya masa depan menjadi tujuan.

Alva, Anaqi, kafe ini dibangunkan bersama. Penuh memori. Masih ingat lagi, hari pelancaran di buka. Alva adalah orang yang paling tak boleh tidur pada malam hari. Takut akan persepsi orang. Takut andainya apa yang dilakukan tidak ada sesiapa yang datang. Macam mana pula kalau diserang orang yang mereka tak mahu.

Begitu sekali tahap pemikiran Alva. Gelisah setiap masa. Berkali cuba untuk tidur namun tetap gagal. Alva bangun lalu duduk seorang diri. Termenung hingga pagi hari.

Tidak disangka, hari itu tiba. Alva dan Anaqi bersebelah, merasmikan kedai mereka. Tahu, ini bukan melalui duit merekea sendiri, mereka juga tahu ini hanya secebis bantuan yang dihulurkan oleh Datin Sri Ameelia. Tapi tak pernah sekali diambil peduli. Berkali Datin Sri Ameelia pesan bahawa Alva dan Anaqi adalah keutamaannya. Kedai ini dihadiahkan atas usaha yang Datin Sri Ameelia perhatikan tanpa Alva sedar.

Datin Sri Ameelia, wanita itu... terlalu istimewa.

Tatkala di hari pelancaran lagi, pelanggan mula hadir, detik demi detik berjalan. Alva mula tak senang duduk. Kegembiraan terserlah indah tatkala kata positif melingkari pendengaran.

Oh ada satu lagi. Alva sangka cuma ini hadiahnya. Lupa lupa, tadi kata berkaitan perkerja, mereka adalah orang suruhan Datin Sri Ameelia. Wanita separuh abad itu  hantar mereka untuk belajar dalam bidang ini. Ingat juga, sebelum hari pelancaran, Alva dan Anaqi ada jumpa mereka.

Baik semuanya. Patut arahan. Mereka dengar arahan majukan, segala yang mahu diikutkan. Sekarang, Alva dan Anaqi cuma perhati langkah mereka. Ada yang tak kena, barulah datang menegur. Kalau tidak, semunya berjalan seperti biasa.

Peduli tentang kualiti kek yang dibuat. Pantang amat andai ada yang tak kena di tekak.

Alva dan Anaqi, mereka orang besar di siini. Hihihi... bos besarlah katakan.

Amin. Siapa ingat Amin? Budak yang suka jaga tepi kain orang, merangkapnkawan baik Anaqi. Dia juga telah menjadi salah seorang pekerja di kafe  tersebut ini. Jawatan manager diberikan buat dia.  Melalui sinar matanya, Alva lihat persahabatan antara Anaqi dan Amin ikhlas.

Ada tatkala saling memerlukan. Alva tumpang gembira. Setidaknya suaminya masih ada kawan.

Alva, tak ada.

Kawan, jika pandai dipilih ianya akan jadi baik. Jika salah pilihan, diri turut terjerumus dalam lembah kesalahan yang dilakukan. Umpaman cermin, pantulan diri. Siapa kawan yang ada kerana ada mengatakan bahawa kawan adalah pantulan diri. Elok di mata orang, eloklah sendiri. Sebab itulah pemilihan kawan teramat penting. Ada yang mula-mula kawan, lama-lama jadi lawan. Mengambil kesempatan dalam kesulitan itu ramai. Datang di kala senang dan pergi di kala susah. Bersepah! Cukup dengan pesanan hidmat masyarakat berkaitan kawan.

Rata-rata pelanggan lebih gemar untuk mengambil tempahan yang telah dipesan melalui apklikasi kedai berbanding makan di kafe. Kalau ada yang datang pun ramainya pelajar kolej. Buat assigment. Datang lepak dengan member. Ataupun buat majlis. Paling tidak pun datang untuk dating.

Yang selalu dating, itu Adib. Setiap hari nak datang. Mentang makan percuma.  Licik!

"Assalamualikum sayang Anaqi,"

Lamunan Alva terhenti. Segera menoleh ke arah empunya suara.

"Awak buat apa, sayang?" Alva disoalnya.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now