THAA || 21

10.3K 1.1K 44
                                    

   MINGGU demi minggu perniagaan berjalan lancar. Setiap hari pasti ada saja pesanan yang masuk walaupun tak banyak dan setiap malam jugalah Alva dan suami akan bersama menyiapkan tempahan-tempahan yang ditempah sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Penat memang penat, kerja apa je yang kita buat tak penat kan? Nak jadi kaya pun penat. Cuba cakap kerja apa yang tak penat. Kerja nak pikat hati suami pun penat. Ceh!

Kena ingat, usaha tak pernah khianat hasil. Cepat atau lambat. Usaha yang diletakkan pula banyak mana. Hasilnya bukan sekarang tapi di masa hadapan. Jika diusahakan pastinya akan berhasil. Cuma tinggal mahu atau tidak. Hendak seribu daya dan tak hendak seribu dalih. Banyak alasan tak akan mendatangkan hasil.

Letih Alva, letih lagi Anaqi. Siang bekerja malam pun bekerja. Tak kira masa demi menyara keluarga kecil ini. Perniagaan juga sudah mempunyai pelanggan tetap. Hampir setiap hari pasti ada orang yang sama menempah.

Anaqi hanya mempromosikan jualannya. Lama-kelamaan, ada orang mula tertarik. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Rasanya juga dapat mengalahkan kedai kek yang lain. Selesai membuat tempahan, pelanggan akan datang mengambil tempahan mereka dirumah. Sama mengikut rancangan tempoh hari.

Sejujurnya Alva gembira dengan keadaan sekarang. Dapat lakukan aktiviti kegemaran sendiri. Ingat lagi sewaktu di rumah dahulu, Alva ada ruangan khas untuk luahkan rasa melalui aktiviti ini.

Alva susun cupcake dengan teratur. Bibir tak henti senyum, suka dengan hasil tangan sendiri.

"Awak buat apa tu?" Soal Anaqi dengan suara serak basahnya.

Baru lepas mandi barangkali. Alva menoleh, melihat Anaqi yang sedang bermain dengan rambut yang separa basah.

Bau maskulin yang memasuki rongga hidung. Hidu penuh asyik. Wangi sangat! Bau apalah yang dia guna sampai Alva sendiri tak mampu nak teka.

Seketika, Alva dipeluknya.

"Anaqi baru aje lepas mandi, habis terkena tepung balik,"

Memang buat hal. Sedaya upaya Alva ingin keluar dari pelukan Anaqi, makin diketatkan lagi. Tubuh Alva dipeluk erat. Habis tepung di apron berubah tempat. Terkena baju milik dia.

"Sayang Anaqi..." meleret suara Anaqi memanggil Alva.

"Iya, kenapa?"

"Sampai hati awak tak layan saya. Asyik dengan kerja baharu awak. Inilah sebab saya tak suka awak kerja. Berilah masa pada saya pula," nadanya juga berubah seakan akan merajuk tapi pelukan masih tidak dilepaskan. Rambut Alva dihidu pula.

Pantas, Alva meleraikan pelukan antara mereka.

Hiasan bunga plastik diletakkan ke tepi. Alva pandang Anaqi dalam. Tumpuanmya adalah untuk Anaqj di tika ini.

Pipi bahagian kirinya Alva cium sekilas.

"Anaqi merajuk?" Soal Alva.

Bodohnya kau ni! Tadi dia dah kata nak perhatian dari engkau. Mestilah dia merajuk. Dia nak perhatian. Faham tak apa itu perhatian Alva Areeya? Maksudnya dia nak engkau layan dia.

Jangan tanya soalan yang emgkau dah tahu jawapannya.

"Tak," Anaqi menjulingkan bebola mata. Dia kini berdiri dalam keadaan berpeluk tubuh.

Alva betul. Anaqi merajuk. Jawapan Anaqi terbalas melaui perbuatannya.

"Suka tipu orang. Tak sukalah!" Alva balas kembali. Nada dirajukkan kemudian badan dipusing menghadap belakang.

Alva tak reti pujuk orang. Jadi kalau nak memujuk, Alva akan merajuk sekali.

"Okey tak merajuk dah. Kenapa sayang saya ni? Merajuk pula dia. Sekali sekala bagilah saya pula merajuk,"

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now