THAA || 20

11.2K 1.1K 93
                                    

   PANDANGAN maut diberikan buat Adib. Soal adik beradik kenapa kena heret sekali? Lain yang disuruh lain yang dibuat Adib ni. Setahu dia, Puan Alva suruh bawa kereta bukan bawa bakal kakak ipar. Adib dikerling buat seketika, masih fokus dengan pemanduannya. Langsung tidak menghiraukan dengan pandangan Ameera.

Adib tertawa riang Biarlah nak bawa Ameera keluar. Di mana salahnya? Alva sudah menerangkan kesemua perancangannya dan Anaqi melalui panggilan talefon semalam. Selalu abang yang baik abang yang lahir sepuluh minit awal, hanya menyokong.

Pin! Pin!

Disebabkan malas untuk keluar dari kereta Adib hanya membunyikan hon sahaja.

Malas betul.

Ameera dikerling lagi.

"Ameera sayang, kau marah aku ke?"

Ameera tidak membalas. Biar soalan itu dibawa angin sebaliknya.

"Ameera, aku tanya ni," soal Adib sekali lagi.

Sementara menunggu dua pasangan sehati dan sejiwa itu bersiap, marilah mulakan sesi memujuk Ameera.

Ameera kekal diamkan diri.

Oh tak nak balas balik pertanyaan Adib ya? Baiklah. Ada banyak lagi cara untuk buat Ameera tertarik dengan soalan yang berlaku. Sekali lagi, Ameera dikerling. Sama posisinya, duduk tegak seraya sorotan mata di bawa ke depan. Siap pakej dengan tangan disilangkan ke dada.

Pin..... ! Hon panjang diberi.

Ameera pantas menoleh.

"Woi, apa masalah engkau? Aku banyak kerja tahu tak? Suka hati aje nak heret aku sekali," bentak Ameera.

Kerja di pejabat bukan main bertimbun, boleh pula Adib heret ke mari. Suka hati bawa keluar. Kalau iyapun surah berpunya, tak perlulah tunjuk yang diri tu ada hubungan dengan pembantu peribadi adik sendiri. Buat malu! Mana tidaknya, sampai saja pejabat terus Ameera ditarik keluar oleh Adib. Katanya ada kerja di luar tapi bila diminta penerangan bukan kerja berkaitan pejabat. Mana tak mengamuk si Ameera.

Ini lagi satu hal, mujur saja jiran tentang di kawasan sini tak keluar.

Adib dijeling.

Terkekek Adib ketawa. Rancangan berjaya!

"Kecoh betul kau ni. Tak sedar ke gaji kau pun aku yang bayar," tak mahu kalah, Adib balas balik ucapan Ameera.

Mata mereka bersatu.

Menyampah betul ada orang macam ini. Fikir dia saja yang tepat. Semua benda perlu ikut cakap. Senanglah, Adib orang atasan bukan macam Ameera. Kerja, nak duit. Nak sara kelangsungan diri. Kalau waktu kerja pun diambil sebagai waktu peribadi, susah nanti.

"Aku tak sukalah Adib. Kau tak boleh buat macam ni,"

"Nanti lepas kahwin kau tak payahlah kerja," selamba Adib membalas.

Jari jemari diketuk pada tingkap. Buat tak endah dengan ayat kekasih di sebelah sebentar tadi. Sibuk sangat kerja banyak. Rileks, bawa bertenang.

Alahai Adib Afreen, orang tengah bercakap kau buat main.

Ameera terdiam lagi. Tak habis nak minta dia berhenti kerja selepas mereka kahwin. Kalau tak mahu, nak suruh Adib buat apa? Tak jadi kahwin? Macam itu?

"Suka hati engkaulah. Aku nak duduk belakang," belum sempat Ameera keluar dari tempat duduk pemandu Adib awal-awal sudah mengunci pintu kereta kembali.

Makin begang Ameera dibuatnya.

"Adib Afreen!"

Adib meledakkan tawa.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now