THAA || 23

10.3K 1K 83
                                    

   BONDA tersayang

Anaqi, esok datang sini ya.
Jangan lupa bawa Eeya sekali.
Lokasi langsung turut diberikan di akhir pesanan.

Okey bonda.
Jumpa esok.

Hantar.

Telefon dipegang erat. Anaqi terus masuk ke dalam rumah. Lokasi yang diberi dilihat sekali imbas. Melalui pandnagan mata kasar, rasanya jalan yang selalu lalu.

Pintu dibuka. Hari ini sedikit aneh. Selalunya bayang si isteri akan ada di muka pintu. Membuka pintu dan menyambut indah kepulangannya. Tidak di masa sekarang.

Meliar mata semata mahu mencari kelibat isteri. Habis seluruh ruangan di cari. Bermula dari ruang tamu, hingga ke dapur. Rumah ini bukannya besar mana. Rumah teres kecil. Dilengkapi satu ruang tamu, bahagian dapur dan satu bilik tidur.

Mustahil untuk lihat Alva hilang.

Ke mana pula hilangnya Alva.

"Sayang Anaqi?" Tombol  pintu bilik cuba untuk Anaqi buka.

Kunci.

Mandi mungkin. Tebaknya bersahaja.


   

   ALVA keluar dari bilik air secepat mungkin lalu menyarungkan baju. Hari ini terlepas! Mahu sambut kehadiran Anaqi tapi entah macam mana boleh fikir untuk mandi di petang hari. Masuk ke tandas tanpa melihat jam.

Elok  tengah tuang sabun, deruman enjin motor kedengaran.

Terkabur niat.

Pertama kali pula itu.

Kecewanya rasa!

Rambut yang basah digulung bersama tuala. Mula berjalan anak, menuju ke arah pintu.

Pintu dibuka,cepat-cepat Alva buat buat comel.

Hehe... jangan marah ya. Harini tak sempat.

"Anaqi dah balik?"  Alva menyoal.

Tangan Anaqi segera diraih lalu disalam.

Diam.

Ini yang Alva tak suka. Kenapa Anaqi diam?

"Penat?" Soal Alva lembut.

Anaqi tidak menjawab sebaliknya dia terus mengeluarkan telefon dari dalam poketnya. Pesanan yang dikirimkan oleh Datin Sri Ameelia dibaca satu persatu oleh Alva. Tekun sekali iris coklat gelap miliknya meneliti baris-baris ayat yang dikirimkan.

"Esok kita pergi," ujar Anaqi setelah Alva habis membaca.

"Tapi itu location apa?" Soal Alva penuh kehairanan.

Tak pernah Datin Sri Ameelia beri apa-apa  lokasi, hari ini  dia bagi. Sudahlah arahannya cuma  sekali. Kalau begini, jangan kata Anaqi, Alva pun pelik.

"Saya pun tak tahu  tapi rasanya macam  selalu lalu situ,"

Alva  angguk mengerti.

Aduhai... mengeluh dalam hati. Kenapa hati tak gembira ni?

"Tak nak bagi saya masuk ke? Penat ni berdiri lama-lama," Alva menayangkan sengih lagi. Lupa pula. Tak pasal-pasal dah jadi mesyuarat depan pintu.

Beri  laluan untuk Anaqi masuk. Bahagian pinggang Anaqi dipegang kemudian mengekori langkahnya dari belakang. Lagak seperti sedang bermain kereta api.  Cuma Alva yang gembira, Anaqi masih dengan nada biasa.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now