THAA || 14

10.7K 1K 211
                                    

   KEADAAN rumah yang kosong dipandang. Cuba cari tempat untuk bersembunyi. Alva semakin resah. Apa yang dilakukan dua orang lelaki di luar. Semak betullah. Terlalu mengacau harinya.

Dalam hati berdoa semoga Anaqi cepat sampai. Alva terlalu takut dalam keadaan seorang sebegini. Tambahan pula, pernah diambil kesempatan bila berada seorang. Telapak tangan muka basah.

"Aduh Anaqi cepatlah balik. Alva takut ni," suara Alva muka bertukar menjadi serak. Teramat takut.

"Assalamualaikum Alva!" laung Tengku Adam dari luar.

Ha sudah! Bagi salam pula!

Makin tak tentu arah. Alva mundar-mandir di sebalik langsir tersebut. Aduh nak main bagi salam pula! Jangan bagi salam, balik terus. Rumah ni kosong, tak ada orang. Resah Alva.

"Mana Anaqi, Alva takut.." Alva mula teresak seraya memanggil nama Anaqi.

Walaupun tahu tiada siapa di dalam rumah melainkan Alva seorang.

"Asslaamualaikum Eeya!" Suara Dato' Sri Amran pula memberi salam. Apa lagi orang tua ini mahukan? Bukankah sudah dibuang. Sekarang mahu menagih simpati pula atau bagaimana.

Alva tak faham.

Dilemma. Sama ada mahu membuka pintu atau abai sahaja. Buat macam tak ada apa berlaku. Jika pintu dibuka, Alva akan berhadapan dengan Tengku Adam dan Dato' Sri Amran berseorangan. Tanpa Anaqi di sisi dan jika Alva mengabaikan, pasti dicop sebagai anak derhaka kerana membiarkan ayah sendiri di luar.

Ah, kisah apa Alva. Tak peduli akan semua perkara. Alva mahu berdiam diri saja.

Lebih kurang empat kali salam diberi tapi langsung tidak dijawab. Kini, suara itu tidak lagi kedengaran. Langsir diselak. Eh hilang? Mana pergi? Pintu dibuka dan kepala sedikit dijenguk ke luar. Betul tekaannya. Hilang. Menyerahkah mereka?

Alva berjalan lagi ke luar. Mahu menjenguk di luar.

"Kenapa ayahanda datang?" Telinga tertancap pada suara yang berbual disebalik tembok semasa berjalan tadi. Langkah diteruskan, mahu mencari tuan empunya suara.

Kenal itu suara siapa.

Anaqi! Suara itu milik dia dan Alva cukup kenal rentak juga nadanya.

Alva jalan mendekati satu tembok. Susuk tubuh lelaki itu dilihat dan diperhatikan dari belakang. Pasti! Itu Anaqi. Suami Alva.

"Anaqi! Anaqi pergi mana? Jangan tinggalkan Alva. Alva takut..." tanpa menoleh ke kiri atau kanan, lantas tubuh Anaqi dipeluk erat.

Seerat mungkin. Anaqi yang terkejut dengan tindakan Alva hanya membalas pelukan tersebut. Teresak-esak suara memberitahu Anaqi. Belakang badan diusap supaya dapat berikan ketenangan buat Alva.

Tengku Adam dan Dato' Sri Amran terkejut dengn tindakan Alva. Kehadiran mereka berdua tidak diperasan.

"Ehem," Tengku Adam berdehem. Pelukan Alva bersama Anaqi terungkai serta merta. Tuala yang menutupi rambut dibetulkan supaya tiada anak rambut yang terkeluar.

Alva berlindung dibelakang Anaqi.

Tengku Adam menyimpul senyum sinis. Belum pernah dia melihat Alva manja sebegitu.

Pada perspektif Tengku Adam, Alva terlihat comel. Alangkah indahnya jika Tengku Adam yang berada di tempat Anaqi. Sepatutnya dialah yang paling layak bergelar suami kepada Alva. Bukannya Anaqi! Bentak Tengku Adam. Hatinya kian membara.

Alva dapat menangkap senyum Tengku Adam. Bodoh! Gatal! Tak guna! Alva biarkan Tengku Adam perhatikan tingkah laku aku tadi.

Sisi manja Alva berubah menjadi biasa.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now