THAA || 13

10.6K 1K 83
                                    

   "ALVA macam mana Anaqi?" Soal Amin.

Rindu rasanya dengan Anaqi. Masing-masing sibuk bekerja. Jujur katakan, sejak Anaqi pindah tempoh hari hidupnya kembali sunyi. Kembali sama seperti sebelum dia mengenali Anaqi.

"Dia demam."

Ternganga mulut Amin dibuatnya.

"Macam mana boleh demam?" Saja mahu jaga tepi kain orang betul Amin.

"Mandi hujan," Amin membentukkan mulut berbentu 'o'. Patutlah demam. Hujan ni kadang kala tak boleh dibawa main juga. Kadangnya elok, kadangnya tidak. Bergantung pada situasi.

"Dengar cerita Alva manja dekat rumah," tanpa basi-basi Amin bersuara. Amin kekal bersahaja tatkala melihat riak muka Anaqi.

Anaqi dah pelik. Macam mana Amin boleh tahu. Suka hatilah nak manja ke nak garang ke. Amin ni sibuk kenapa? Marah Anaqi dalam hati. Habis segala rahsianya terbongkar gara-gara Amin. Nasib sayang saja. Anak mata dikecilkan lagi, pandang Amin dengan perasaan tak puas hati.

"Tak payahlah buat muka macam tu. Macam tenuk!" Lalu Amin tertawa. Muka Anaqi waktu ni boleh dikatakan teruk betul. Terkejut mungkin.

"Macam mana tahu? Kau intai tingkap rumah aku eh?" Ujar Anaqi dengan nada suara yang cemburu. Mana tak cemburunya, kecomelan, kemanjaan dan kemesraan Alva hanya dia saja yang boleh lihat. Orang lain tak boleh.

"Aku teka aje. Tak ada maknanya aku nak skodeng tingkap rumah kau. Dahlah rumah kosong. Kalau orang tak tau tu rumah kau mesti dia orang ingat tu rumah yang tak ada orang sewa," Amin tergelak kuat setelah dia menghabiskan ayatnya. Hina habis ayatnya tapi sikit pun Anaqi tak terasa.

"Nasib aku sayang kau kalau tidak memang nahas," Anaqi membiarkan sahaja Amin ketawa seorang diri. Di mana lawaknya pun tak dapat untuk dikesan.

Mari kita cari, di tepi jalan mungkin. Ataupun di dalam raga motor.

"Haritu waktu aku lalu depan rumah kau aku ternampak kau dengan dia. Mungkin waktu tu kau tak perasan. Iyalah, tengah dilamun cintalah katakan. Tapi, tak sangka dia manja sampai tahap macam itu," kata Amin jujur. Tak habis lagi dengan sikap ingin tahunya itu. Panahan bujang agaknya si Amin ni.

"Yang kau sibuk sangat ni kenapa?" Anaqi mula naik bengang. Habis segala yang cuba untuk sembunyikan terbongkar.

Ting! Ting!

Bunyi notifikasi dari aplikasi food panda berbunyi. Ini menandakan ada tugas yang perlu diselesaikan Anaqi.

"Aku gerak dulu Jangan sibuk sangat," pesan Anaqi sebelum dia meninggalkan Amin seorang diri. Risau Amin terbawa sikap suka jaga tepi kain orang terhadap orang lain. Kalau dengan Anaqi tak apa. Tak berapa kisah kerana sedar nada Amin sekadar bergurau.

Harus pergi, ada pesanan yang perlu dihantar.

Usai mengambil pesanan yang dipesan,alamat si penerima dilihat. Macam kenal alamat ni.

"Ni alamat rumah akulah," senyuman terukir dibibirnya. Memang pintar Alva buat kerja. Mungkin lupa yang suaminya kerja sebagai penghantar makanan.

Siapa lagi yang order kalau bukan Alva.

Dengan perasaan yang gembira, Anaqi memecut laju di jalan raya. Dibuat jalan raya seperti dia yang punya. Motor diperlahankan setibanya di kawasan perumahan. Pintu rumah yang terkunci dipandang sebelum motornya diparkir betul-betul dihadapan pintu rumah. Kunci rumah diambil dan Anaqi mula jalan mendekati pintu.Bungkusan dalam plastik dipegang dengan rapi manakala tangannya lagi sebelah lincah membuka pintu yang terkunci.

"Assalamualaikum," laung Anaqi dari muka pintu. Matanya meliar mencari kelibat isteri.

"Aik, kenapa Anaqi balik?" Soal Alva pelik. Setahunya Anaqi pulang lewat petang. Kenapa harini pukul tiga dah ada dekat rumah?

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now