THAA || 31

11K 900 95
                                    

    TENGKU Adam masih enggan untuk bangun. Kaki Dato' Sri Amran jadi tempat untuk dia bersujud. Sungguh hatinya dipaut rasa bersalah. Merosakkan anak dara orang tanpa sebab, sangat memalukan nama keluarga.

"Adam," Datin Sri Ameelia memanggil. Dengan wajah yang tak bermaya, Tengku Adam mengangkat wajahnya.

"Tak perlu sampai sujud di kaki kami, kami bukanlah sesiapa. Walaupun perkara yang Adam buat tu menyakitkan hati kami sebagai ibu bapa Eeya, tapi kami tetap maafkan Adam. Terpulang pada Adam nak beritahu Anaqi atau tidak. Terkadang, tak semua benda kita terangkan. Cukuplah dengan minta maaf tapi sebuah kemaafan perlukan keterangan ," sambung Dato' Sri Amran. Bahu tengku Adam ditepuk untuk beberapa kali.

Tubuh kerdil lelaki itu dipeluk. Ya, dia sudah maafkan Tengku Adam cuma masih terkilan kerana terlalu berpihakkan Tengku Adam suatu ketika dahulu.

Tengku Adam berjalan mendekati kedua ibu bapanya. Mata Tengku Adam memandang anak mata ibu bapanya bersilih ganti. Berharap agar kemaafan berpihak padanya walaupun kesalahan  yang dilakukan terlalu besar.

Telapak tangan Tengku Atheerah dan Tengku Ashraf Ali diraih oleh Tengku adam. Perlahan, air matanya kembali menitis, mengenangkan perkara yang dilakukan, bukan satu benda yang menyeronokkan. Hanya insan yang penuh dengan dosa. Dia bukanlah seorang yang begitu berani. Dan disebabkan itulah dia sering memilih untuk meniggalkan masalah dan lari membawa diri apabila berhadapan dengan sesuatu masalah yang tak boleh ditempuh.

Lemah seorang insan yang bernama Tengku Adam Akhtar. Hidupnya selalu bergantung harap pada orang lain. Orang lain buat kerja, dia dapat nama. Bak kata pepatah Melayu, lembuu  punya susu, sapi dapat nama.

"Adam...Ad...Adam...Adam minta maaf ma,pa... Adam anak tak guna. Adam rahsiakan perkahwinan adam. Adam anak yang pentingkan diri. Langsung tak fikir risiko yang akan datang. Adam malukan nama keluarga ," teresak Tengku Adam menangis. Persis anak kecil yang tak dapat beli gula-gula.

"Nasi dah jadi bubur Adam," Datin Sri Ameelia mencelah.

"Bubur mcd ke marrybrown bonda?" Sampuk Adib tiba-tiba. Dia ni sukalah buat lawak hambar. Keadaan tengah tegang pun fikir untuk melawak.

"Adib Afreen, tak lawak. Bonda tengah cakap jangan menyampuk. Atau kamu pun nak kena tampar dengan bonda?" Datin Sri Ameelia mula berang. Boleh pula Adib menyampuk percakapannya. Habis ayat tergantung.

"Maaflah bonda. Orang..orang gurau aje. Dari  tadi serius, apa kata kita lek lek pulak," Adib yang tadi dari berdiri mula mengambil tempat di salah sebuah kerusi yang ada.

"Betul tu Adam. Kamu dah kahwin dengan pilihan hati kamu. Mesti kamu cintakan dia kan? Kalau tak cinta, tak akan sampai dua orang anak. Tak sangka pula papa dah jadi atuk," Tengku Asharaf Ali berseloroh. Habis satu ruang tamu tertawa. Tengku Adam pula hanya tersenyum tawar.

Adib senyum hambar. Keluarga mereka bersatu. Lantas, apa pula reaksi Anaqi?

"Dah, tak perlu nangis,"  Tengku Atheerah memujuk anaknya. Air mata yang berbaki disapu menggunakan tisu yang ada dalam beg tangannya.

Dengan pujukan daripada Tengku Ashrah Ali, Tengku Atheerah berjaya menerima Nasreen sebagai menantu mereka dengan hati yang terbuka.

Mama sudah. Papa sudah. Keluarga Alva pun sudah. Sekarang ni, Nasreen. Isterinya sendiri. Mampukah dia terima suami sepertinya kembali. Tengku Adam melabuhkan punggungnya disebelah Nasreen. Pandangan dikalihkan menghadap si isteri yang menunduk dari tadi.

Keadaan diantara mereka sepi. Adib pula sudah leka dengan talefon bimbit. Pesanan dari Natasya dibaca satu persatu. Geli hatinya melihat apabila Natasya merajuk.  Dato' Sri Amran dan Datin Sri Ameelia perhatikan adegan itu.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now