THAA || 26

10.3K 975 246
                                    

   "SAYANG Anaqi ni kenapa? Asyik menangis aje?" Soal Anaqi. Muka Alva yang sedang tidur di sebelahnya ditatap seolah tidak mahu lepas.

"Jangan seksa saya, sayang. Air mata awak ibarat bisa. Saya dah cukup gagal untuk selamatkan awak satu tika dahulu," rambut Alva diselitkan di tepi telinga. Kucupannya dilabuhkan buat si isteri pada bahagian ubun-ubun.

Selepas itu, Anaqi mengatur langkah ke bilik air.

Setelah tiba di bumi Krabi sebentar tadi kira-kira pukul 3:30 petang, mereka terus merehatkan diri di hotel sehingga kini. Cadangnya, di petang hari nanti barulah mahu keluar. Jalan bersama di persisiran pantai.



   BERJALAN berpegangan semestinya seronok. Begitulah apa yang dirasa oleh pasangan kekasih itu. Percutian yang tidak diketahui orang. Hanya mereka yang tahu kemana mereka pergi. Tidak dihebohkan.

Sungguh cantik pemandangan pantai di Krabi ini. Alva lepaskan helaan nafas. Begini rasanya hirup udara segar di bumi Krabi.

Pantai barat selatan, Negara Gajah Putih. Andai mahu olahkan kecantikan pemandangan ini, sampai esok tak habis. Ketengan alam di sini tiada tandingannya. Warna air laut ibarat kehijauan.

Terasa seperti pinggang di tarik rapat oleh si dia. Hijab yang Alva pakai beralur mengikut alur bayu.

Sesungguhnya, nikmat dunia ini terlalu luas. Kecantikan yang Maha Esa tiada tandingan.

Suasana petang di pantai sangat mendamaikan. Lagi lagi bila sudah mahu menjelang magrib. Boleh tengok matahari terbenam. Ramai pelancong asing sudah pulang ke hotel. Yang ada boleh dikira dengan jari dan hampir kesemuanya orang tempatan.

Kepala disandarkan pada dada si suami.

Anaqi tidak menyahut. Hanya kepala yang dianggukkan sebagai tanda setuju. Tenang rasanya bila keluar berdua. Telefon pula sengaja dia matikan dan ditinggalkan di dalam bilik. Apa salahnya sekali sekala lari dari kehidupannya yang terlalu membebankan itu.

"Sayang Anaqi," panggil Anaqi.

"Hurm?" Alva mengangkat wajah. Pandang Anaqi.

Sekarang posisi mereka berada di tengah-tengah pantai. Pandangan di hala ke lautan yang luas terbentang. Lautan yang tidak tahu di mana penghujungnya.

Alva lepas nafas lagi.

"Kalau satu hari awak tahu siapa saya, awak tinggalkan saya?" Soal Anaqi tiba-tiba. Mata tidak memandang Alva yang sedang memandangnya. Hanya mulut bergerak sebagai peranan utama.

Alva diam buat seketika. Motif Anaqi? Rahsia?

"Kenapa cakap macam tu? Itu semua masa lalu Anaqi. Tak akanlah sebab perkara lama, Alva nak runtuhkan rumah tangga kita. Mengarutlah Anaqi ni," bersahaja Alva membalas. Kemudian tawa hambar.

"Saja. Saya takut awak tinggalkan saya."

Jari jemari Alva naik mengusap lembut pipi Anaqi.

"Tak ada sebab untuk Alva tinggalkan Anaqi."

Sebenarnya Alva langsung tidak kisah dengan kisah silam Anaqi. Namun hati sering membentak ingin tahu. Mahu tahu siapa dia di masa silam. Kenapa bila Alva tanya latar belakang Anaqi, lelaki itu hanya jawab dengan renungan.

Siapa Anaqi? Alva menanti dengan sabar. Alva tahu satu hari nanti jawapan itu akan terbongkar dengan sendirinya.

Perkara yang lama tak usah dikenang. Bukannya boleh berubah pun. Tanpa sedar sebenarnya perkara lama itulah yang menguatkan diri sekarang.

Terasa resah untuk tiba-tiba. Hati mula tak tenang. Berkali Alva cuba untuk mengawal namun gagal. Alva diam, biarkan Anaqi menikmati pemandangan senja bumi Krabi.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now