THAA || 34

11.1K 962 104
                                    

BADAN disandarkan pada pintu bahagian dapur. Telapak kaki yang berdarah dibiarkan kesakitan. Sakit kaki, sakit lagi hati. Gembira hati melihat darah yang terpercik akibat memijak serpihan-serpihan kaca daripada beberapa buah pinggan yang dicampak. Serpihan-serpihan kaca dipandang seraya bibir terjongket sedikit ke tepi.

Menderitanya hati, hanya diri yang tanggung.

Tudung yang membaluti kepala juga sudah terlerai. Entah ke mana dicampak tidak peduli lagi. Rambut ditarik sekuat hati menggunakan tangan kanan manakala tangan sebelah lagi memegang pisau yang sangat tajam. Sekarang, pisau bewarna hitam kelabu ditilik dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Otak pula sudah beberapa kali menahan supaya tidak melakukan perkara luar jangkaan.

Mati.

Mati.

Mati.

"Anaqi tak akan terima kau!"

Alva senyum sinis. Begini rupanya permainan otak.

Memang sengaja Alva menjawab panggilan daripada Anaqi beberapa minit lalu untuk memberitahu bahawa sudah sampai di rumah. Miskipun dalam keadaan terhuyung-hayang, digagahkan jua untuk memandu hingga ke rumah. Bagi Alva, itulah satu-satunya destinasi yang selamat untuk dituju. Mungkin ini kali terakhir Anaqi melihat diri sebelum Alva menutupkan mata sampai bila-bila.

Akibat terlalu jijik dengan diri sendiri, Alva sanggup jadi sebegini.

Alva Areeya, seorang yang mempunyai masa lampau yang amat sukar untuk dicerita. Hidupnya tidak seindah yang dilihat oleh mata masyarakat. Dari kecil, jarang memperoleh kasih sayang daripada seorang lelaki atau lebih terperinci, seorang ayah. Walaupun semua benda yang diminta akan dapat, percayalah kasih sayang daripada sang ayah terlalu mahal untuk diperoleh. Masanya terhad. Semua ini disebabkan oleh kerana Dato' Sri Amran terlalu leka dengan bidang kerjaya yang digenggam. Perkara ini telah menjadikan Alva terlalu sedih dan bertambah menyakitkan bila menyaksikan keakraban kawan-kawannya dengan ayah mereka.

Alva sedar Dato' Sri Amran sayang dirinya. Tapi... bukan duit yang Alva mahu. Salah ke untuk Alva rapat dengan dia? Salah ke untuk Alva peluk dan lepaskan lelah diri? Selalu terfikir kenapa ayah jarang rapat dengan anak perempuan.

Pun begitu, meskipun kasih sayang Dato' Sri Amran tidak mencukupi tetapi Adib selalu ada untuk melengkapinya. Tapi... iya tak sama seperti kasih sayang seorang ayah.Terlalu banyak benda yang dibuat oleh Alva untuk melindungi rasa sedih yang menggunung dalam diri. Beranggapan bahawa diri boleh hidup seperti manusia normal tanpa perasaan sedih yang melampau. Namun hakikatnya hanya Alva yang salah.

Ditambah pula dengan kehadiran Tengku Adam dalam hidup. Lelaki itu lagi kucar kacirkan keadaan. Tak cukup dengan kesakitan selama ini, Tengku Adam hadir bagai pil untuk meransang kesakitan dalam diri. Impak yang dia beri, besar buat Alva.

Tanpa Alva sedar, diri sendiri mula dibenci. Alva hilang diri sendiri dan kehilangan yang paling hebat adalah bila mana dia hilang siapa dirinya. Ya masih bernafas namun apa tujuan hidup. Ke mana mahu pergi? Apa hala tuju? Setakat fokus dengan kerja, itu semua orang boleh lakukan. Termasuk Alva. Semata demi menutup perasaan sendiri.

"Aku. Benci. Diri. Aku." Kata Alva satu persatu. Bebola mata sudah berubah menjadi warna merah bersama mata yang terbeliak.

Tatkala Alva mendengar pintu rumah dibuka, percakapannya terhenti. Mulut ditekup sekuat hati. Menundukkan kepalanya ke bawah beserta rambut ikal mayangnya terjuntai ke depan.

"Alva Areeya! Awak buat apa?" Suara Anaqi!

Huh... mari kita mulakan. Aku harus menempuh realiti aku untuk hari ini. Hati bersuara.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now