THAA || 22

10.4K 1K 67
                                    

   "TERIMA kasih akak. Saya jual ya," kotak kek cawan terakhir diletakkan di dalam tempat duduk bahagian belakang penumpang sebelum pintu tersebut ditutup olehnya.

"Sama-sama. Nanti akak beli lagi," Alva tayang senyum sambil menganggukkan kepala.

Akhirnya, datang pun orang yang menempah satu ratus biji cupcake dengan satu biji kek red velvet semalam. Kata dia, ini tempahan untuk sambutan hari lahir anak tersayang. Sempat juga Alva ucapkan selamat ulang tahun buat anak akak di depan ini. Sebelum si dia, melangkah masuk lalu meninggalkan Alva seorang diri di luar rumah.

Tarik, lepas. Fuh, penat betul badan. Sakit segala sendi yang ada. Semalam, Alva nak duduk pun rasa tak tenang. Oven pun kecil aje, mujurlah sekarang ada dua. Adib belanja lagi satu tempoh hari. Tak adalah kena guna oven yang sama sepanjang masa. Risau kalau tiba-tiba meletup. Buatnya terbakar rumah, naya!

Nak cerita lagi, Alva tak menang tangan. Ditambah pula dengan keadaan Anaqi yang sikit terusik, penat Alva jadi dua kali ganda. Bukan bermaksud mahu salahkan Anaqi sebab tak bantu. Itu hak Anaqi mahu berehat. Lagi pun, Alva yang beria dalam perniagaan ini.

Dada langit dipandang seketika. Cerah amat cuaca. Alva harap akan berkekalan hingga petang. Kerana apa? Hehe... kerana Alva nak ronda-ronda keliling taman rumah. Sambil itu bolehlah ambil angin petang.

Alva mula berjalan masuk.

Usai menutup pintu rumah, langkah diaturkan dekati televisyen. Saluran kegemaran dibuka.

Hagemaru. Lagi dan lagi. Seraya kepala Alva sandarkan pada dinding. Mata terkatup untuk setika. Melepaskan penat yang tersisa. Sesekali, ada Alva dengar suara watak utama sedang berhujah.

Nak main telefon, telefon pecah. Nak tunggu suami balik, sekarang baru jam tiga petang. Mahu keluar berjalan kaki, Alva bukannya arif mana tentang kawasan perumahan di sini. Kalau keluar berdua, mungkin bijak. Tapi kalau seorang, benak jadinya.

Silap hari bulan jalan nak balik rumah sendiri pun Alva boleh lupa.

Alva terus tengok cerita yang sedia terpasang. Keluarga Hageda yang penuh dengan agenda. Mereka bahagia dengan cara sendiri. Bila dilihat lagi, sebenarnya mereka bukan kedekut tapi lebih kepada berjimat. Hanya guna apa yang ada dengan teliti. Mahu kata tak kaya, mereka kaya.

Deruman kereta jelas kedengaran tepat dihadapan rumah. Bayang kereta juga samar-samar terlihat disebalik tingkap rumah. Alva bangun lalu mengintai kereta itu di sebalik langsir.

Tatkala langsir di selak, tubuh yang amat dikenali keluar dari tempat pemandu. Alva yakin kenal dengan gerangan yang keluar dari tempat duduk pemandu itu.

"Sayang!" Laung Anaqi dari luar rumah.

Ya, itu Anaqi. Baju yang lelaki itu pakai pagi tadi sudah diganti. Tidak lagi memakai baju merah jambu bercampur kelabu. Logo panda pun sudah tak ada. Yang ada Cuma baju t berkolar. Dipadankan dengan seluar berwarna sedikit coklat.

Segera pintu rumah dibuka, berlari anak Alva menuju ke arah Anaqi. Tubuh sasa suami dipeluk erat tanpa segan silu. Seerat yang mungkin. Agak terkejut. Namun, pelukan Alva juga dibalas. Seperti biasa, melabuhkan kucupannya merupakan hobi.

Alva fikir, ini kereta siapa? Dari mana Anaqi pinjam kereta yang ada di hadapan. Sekali imbas, biar Alva teka. Ini kereta Myvi keluaran terbaru. Warna hitam matelik lagi. Bersinar!

"Ini baju siapa? Kenapa tak pernah nampak?"

Segera Alva lepaskan pelukan setelah soalan diujar.

Melihat Anaqi dengan pandangan tajam. Ada seketika, Alva jongket kening. Ini apa kes? Diam semedang. Ada hal ke yang Alva tak tahu.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now