THAA || EPILOG

16.6K 1K 279
                                    

Bahagia itu wujud bila tiba masanya.

SETELAH hampir tiga hari dua malam betapa di hospital, hari  ini Alva dibenarkan pulang ke rumah. Walaup pun tiga hari dua malam, tapi rasa lama sangat.Rindu dengan rumah yang serba kosong tu. Teruja pun ada juga. Kali kini, mereka akan pulang ke rumah bukan berdua tapi berempat.

Yeay..! Serius kata hati gembira. Tak sabar ingin teruskan kehidupan sebagai seorang ibu. Akan dicurahkan segala kasih sayang yang ada demi si anak. Layan mereka seperti mana Datin Sri Ameelia melayan Alva.

"Awak dah siap?" Soal Anaqi sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam ward.

Sebuah anggukan diberikan kepada si dia.

Anaqi berjalan mendekati Alva yang sedang berdiri sambil mengemas barang. Keadaan fizikal Alva  beransur pulih sedikit demi sedikit. Berjalan pun dah boleh. Nasib tak berlari je. Sudah diberitahu untuk diam tapi, Puan Alva Areeya kan. Mana boleh halang nak buat apa pun.

Kalau dia kata aku mahu, bererti dia akan buat. Cuma cepat atau lambat saja.

"Sayang daddy nak balik rumah? Kita balik rumah ya?" Kata Anaqi sambil menggenggam erat jari kecil mereka. Elok sahaja mereka baring di dalam troli yang dikhaskan buat setiap seorang. Kedudukan troli  pula tak jauh dari kedudukan di mana mereka berada.

"Mummy dia tak ajak ke?" Soal Alva cemburu.

Ish, kata nak jadi ibu yang terbaik. Dengar macam itu pun dah cemburu.

Serius Alva Areeya? Kau cemburu dengan anak sendiri.  Seketika, Alva pusingkan badan ke arah lain.

Anaqi menguntum senyum. Alva duduk di birai katil, posisi di sebelah Alva diambil Anaqi. Terdengat Anaqi tawa halus!

"Sayang Anaqi cemburu?"  Soal Anaqi sambil mengelus lembut pipi Alva.

"Cemburulah. Nanti Anaqi dah ada princess baharu. Dua orang pula tu," Alva melepaskan kata.

Alva kalah sebenarnya. Takut tapi dalam masa yang sama sudah bersedia. Alva  takut andainya Anaqi mula berubah rasa. Nampaknya harapan untuk tak cemburu terkabur. Alva luahkan rasa ketidakpuasan hati.

"Dia orang  princess, tapi awak permaisuri. Kalau tak ada permaisuri, mana boleh ada princess,"

Pandai pula Anaqi mahu bermain kata.

"Anaqi sayang Alva tak?"

Anaqi hairan.

Soalan mungkin kedengaran bodoh tapi Alva benar memaksudkannya.

"Mestilah sayang. Kenapa tanya?" Anaqi jawab soalan Alva. Di akhir ayat, dia tanya soalan.

"Manalah tahu kalau Ara dengan Alin dapat kalahkan tempat Alva,"

Anaqi tertawa kecil.

Alva masih belum terbiasa dengan kehadiran si kecil baharu dalam hidup. Kekok buat seketika.

"Setinggi mana pun Ara dengan Alin dalam hati saya, tinggi lagi pangkat sayang Anaqi ni. Tak ada siapa boleh gantikan kedudukan awak. Hanya awak, Puan Alva Areeya," katanya penuh yakin.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now