THAA || 5

11.8K 1.1K 145
                                    

   "AKU nak jumpa, boleh?" Masuk kali yang ini, dah hampir sepuluh kali Alva berlatih ayat yang sama. Empat perkataan, sama seperti empat puluh banyaknnya. Telefon diambil oleh Alva kemudian nombor Anaqi ditekan.

Tolonglah cakap yang lelaki itu tak ada apa-apa hal hari ini. Janji dengan ayahanda mahu bawa si dia ke rumah lusa hari. Dan lusa itu adalah hari esok! Semalam Alva cuba telefon Anaqi tapi tak diangkat. Hari ini awal pagi lagi Alva bangun, semata untuk menelefon Anaqi. Seraya duduk di birai katil, alat penghubung alam maya ditenung.

Satu.
Dua.
Tiga.

Tut...tut...



   DERINGAN talefon yang memecah masuk gegendang telinga Anaqi membuatkan dia terjaga dari lenanya. Segera panggilan dijawab tanpa melihat siapa gerangan si pemanggil.

"Hello," kata Anaqi bersama suara serak basahnya.

"Hello, ini Anaqi ke?" Soal Alva dihujung talian. Hati gementar apabila bercakap dengan lelaki tersebut.

"Ya saya," sahut Anaqi. Pelik betul dengan si pemanggil.

Alva mula menggigit bibir. Percakapan terbantut. Otak ligat memikirkan cara untuk berterus terang dengan lelaki tersebut. Ayat demi ayat yang diatur dalam otak tadi hilang secara tiba-tiba. Tak fasal-fasal tergagap pula.

"Hello?" Panggil Anaqi di hujung talian. Eh, senyap pula.

Talefon dialihkan menghadap muka. Unknown. Anaqi angkat bahu. Sungguh matanya terasa berat. Rasa nak tidur tapi takut panggil tersebut merupakan panggilan yang penting.

Suara ni macam selalu sengat berlegar dalam fikiran.

"Aku ni, Alva," bebola Anaqi membulat sebaik sahaja Alva mengenalkan dirinya.

Alamak, crush telefon... malunya kita. Segera Anaqi bangun dari baringan.

"Kenapa awak call saya? Ada benda penting ke?" Lembut Anaqi bertanya. Bibirnya tersimpul senyuman yang amat manis. Girang sungguh perasaan di kala ini. Siapa sangka wanita itu akan menghubunginya pada hari ini. Memang tersenyum lebar sampai ke malam jawabnya.

Penting yang teramat! Sebab tu kena telefon. Alva tahan senyum sendiri. Alva rasa Anaqi memang jenis yang lemah lembut. Cakap pun sopan semedang. Setiap perkara yang Anaqi lontarkan tak pernah dalam nada keras.

"Aku nak jumpa, boleh?" terus memberi tahu perkara sebenar. Lagi sekali Anaqi terkejut.

"Untuk apa ni?" Soal Anaqi lagi. Dahinya berkerut seribu.

Terima sajalah! Banyak soal pula. Dalam hati sepura orang gila menjeritnya. Suka sangat. Sabar otak, bagi aku tanya dulu. Engkau ni kalau dah suka bukan boleh dikawal. Nanti semua benda bodoh nak dibuat. Anaqi berlawan dengan otak sendiri. Sabar dulu, satu persatu.

"Tolonglah aku," dengan nada merayu, Alva lontarkan bicara. Tak apalah sekali sekali kelihatan terdesak. Bukannya selalu.

"Kita jumpa jam tiga petang nanti. Boleh? Saya kena selesaikan beberapa kerja sekejap. Nanti awak lagi location,"

"Okey, boleh. Bye bakal imam," panggilan segera dimatikan sebaik sahaja perkataan bakal imam dikatakan.

Alva engkau memang gila. Muka merah menahan malu. Ish, malunya! Kenapalah sanggup mengambil keputusan sebegini rupa.

Gila! Alva Areeya sudah gila. Alva gilakan Afeef Anaqi. Tergolek-golek tubuh di atas katil. Mudah andai begini. Tak ada perkara nak dirumitkan. Semuanya terus dengan maklumat. Sekarang bolehlah Alva sambung tidur.

Anaqi tersenyum hairan mendengar ayat yang dilontarkan Alva. Ada-ada saja. Pelik betullah. Tapi yang penting sekarang,Alva nak jumpa. Atas tujuan apa,itu semua tak penting. Hatinya tersangatlah gembira. Dunia seakan-akan dia yang punya.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now