THAA || 36

12.4K 979 284
                                    

    MELIHAT dalam keadaaan pelik. Jari telunjuk ditunjal perlahan bahu Anaqi yang sedang meletakkan kepala di katil hospital. Apa yang suaminya merepekkan tu. Sampai menangis-nangis. Teruk sangatkah mimpinya. Mengigau atau mimpi ngeri?

Alva perhatikan lagi. Air mata dia mengalir hebat, bahunya terhinjut perlahan.

Alva buntu. Tangan Anaqi cuba diraih. Sesekali, diusap perlahan.

"Argh, sayang!"

Tubuh Alva  dipeluk Anaqi. Erat, dapat Alva rasa di bahagian bahu terasa dengan kesan air mata Anaqi. Masih di posisi, Alva menyambut pelukan Anaqi. Walaupun hakikat yang sebenar masih tak tahu perkara apa yang sedang Anaqi hadapi.

Mimpi terukkah? Apa penyebabnya?

"Tolong... jangan tinggalkan saya. Jangan buat saya terseksa. Maafkan saya..."

Masih sama. Alva tak dapat mengerti apa yang cuba Anaqi sampaikan. Apa yang perlu diminta maaf? Otak tak dapat mentafsir maksud Anaqi.  Posisinya sama, masih dalam pelukan.

Beberapa saat, mereka terlerai.

Mata si isteri ditatap dalam.

"Jangan tinggalkan saya," ayat yang sama diulang kembali.

Alva tak faham!

Apa yang ditinggalkan. Alva ada di sini. Di hadapan Aanqi. Yang sedang dia peluk, ini tubuh Alva. Alva nyata. Masih kekal bernafas di alam realiti.

Andainya semalam nyawanya terbang, andai saja Alva direntap oleh malaikat maut. Andainya permintaan di mulut seorang pendosa ini termakbul. Jujur, takut. Alva sedar ada suara berkata bahawa mati itu bakal menyelesaikam segala perihal. Namun tetap takut. Takut sekiranya sebenarya diri sendiri yang meminta untuk mati. Bagaimana pula dengan jawapan di alam sana.

Akan berseorang, menjawab soalan malaikat dengan penuh ketakutan. Bagaimana jika gagal menjawab?

"Tak nak!"  Anaqi menjerit pula.

Alva terkejut. Dia ini apa hal? Apa yang dia tak mahu.

"Itu aku! Aku yang biarkan dia terbuai dengan godaan lelaki tu. Aku boleh tarik dia, aku boleh rentap dia untuk selamatkan keadaan. Tapi apa yang aku buat? Aku tunjuk hebat. Aku lawan dengan orang Tengku Adam!"

Alva perhatikan Anaqi, pandangan penuh pelik.

Siapa Anaqi?

Lelaki itu berkata seolah dia nampak apa yang sedang berlaku. Tatkala itu, Anaqi bangun. Badan dipusingkan. Alva lihat, Anaqi sedia untuk mengambil langkah untuk berlawan.

"Aku lelaki tu! Aku yang pernah ada dengan dia suatu ketika dahulu. Aku nampak Tengku Adam heret dia! Aku nampak dia terbuai dengan Tengku Adam. Aku bodoh!" Amarah dihambur lagi.

Kerusi pelawat ditendang olehnya.

"Aku yang pernah ada dengan dia suatu ketika dahulu," ayat itu, Alva genggam sehabis mungkin.

Sedu sedan Anaqi membuang tangisan.

Alva mula turun dari katil. Mahu mendapatkan Anaqi yang sedang dilanda amarah.

Sampainya di belakang Anaqi, wanita ini terus mengusap belakang.

"Siapa Anaqi?" Itulah soalan yang Alva tanya. Bersama tangan yang menjalankan tanggungjawab untuk menenangkan keadaan.

Soalan yang buat Alva tertanya-tanya kedudukan Anaqi di masa lampau. 

Anaqi pusing, tubuh Alva dipeluk untuk sekali lagi. Kali ini hati Alva merayu, tolong jangan biar Anaqi rahsiakan lagi siapa dia di masa silam. Rahsia terlalu banyak, Alva sendiri tak dapat selongkar.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now