THAA || 33

10.8K 880 102
                                    

    TIADA lagi suara yang dingin, riak mukanya juga tidaklah sebeku dulu. Beku ke dulu? Entah malas ambil tahu. Suara seakan-akan menyesal tapi tidak boleh percaya sepenuhnya. Entah-entah ini tipu helah Tengku Adam. Bukan boleh percaya sangat.

Anaqi perhati lagi riak lelaki di hadapan.

"Boleh,"  sepatah membalas.

Jelingan dihadiahkan buat Tengku Adam sebelum tugasnya diambil alih Amin.

Amin senyum sekilas terhadap Tengku Adam. Tugasnya disambung.

Tengku Adam yang melihat Anaqi semakin jauh meninggalkannya pantas kakinya juga mengikut langkah Anaqi. Otak seolah-olah dapat menangkap apakah maksud disebalik perbuatan Anaqi tersebut.

Perlu ikut!

Setibanya di satu ruang yang senyap. Di mana ruang yang agak jauh dari tempat yang sesak sebentar tadi. Tengku Adam kaku berdiri. Matanya tertarik utnuk melihat sekujur tubuh yang nyenyak tidur sambil meletakkan kepala di atas meja yang beralaskan lengan. Matanya terpejam rapat.

"Duduklah," pelawa Anaqi acuh tak acuh.

Sambil tersenyum tawar, Tengku Adam menurut.

Pantas, Anaqi cuba untuk mengejutkan isterinya yang sedang diulit mimpi. Suruh tinggal, nak ikut. Itulah degil, dah kena tidur atas tangan. Kasihan. Nanti habis sakit segala sendi.

Tertidur pula di sini.

Rengekan kecil dari Alva membuatkan Tengku Adam melarikan anak mata untuk terus pandang. Takut-takut wanita itu tak selesa akan kehadiran dirinya secara mengejut.

"Sayang Anaqi, bangun boleh?"  kejut Anaqi lemah lembut. Tidak sopan rasanya apabila membiarkan Alva dalam keadaan sebegitu. Lagi-lagi dengan adanya lelaki bernama Tengku Adam.

"Kita dah nak balik ke?" Soal Alva sebaik sahaja mencelikkan mata. Syukurlah perasaan loya yang ada tadi sudah hilang sepenuhnya. Kini, Alva terlalu segar.

Anaqi menggeleng seraya tersenyum manis. Dalam hati memuji kecomelan si isteri yang baru sahaja mencelikkan mata.

Oh tak mahu balik lagi. Alva fikir mereka sudah mahu pulang.

"Kenapa tidur dalam keadaan macam ni? Boleh masuk dalam kereta kan?" Tanya Anaqi prihatin.

Seketika tangganya naik membetulkan tudung Alva. Senget.

"Tertidur," hihihi Alva sengih sumbing.

Lagi, kepala Alva digosok perlahan.

Alva meliarkan pandangan buat sekeliling. Tatkala tiba di bahagian hadapan, matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang. Susuk tubah seseorang yang sedang duduk memebelakangi kedudukan.

"Siapa tu? Macam mana dia boleh masuk sini?" Alva kerutkan dahi. Cuba untuk meneka siapa yang duduk di hujung bahagian.  Mata dikecilkan lagi.

Tubuh itu lantas memusingkan badan dan kepalanya menghadap mereka berdua. Sejurus itu, air muka Alva berubah menjadi tegang. Anaqi disebelah dipandang. Alva mengecilkan bebola mata sebagai tanda tidak berpuas hati.

Suka hati je bawa lelaki tak guna ni masuk. Apa tujuan dia. Haritu kata dah insaf dan kononya dah hidup bahagia. Sekarang ni kenapa datang sini? Anak dengan isteri dia tak marah ke? Heh!

Alva melihatnya dengan perasaan marah. Nafas yang dia keluarkan bunyi sedikit.  Geram...

"Kenapa Anaqi bawa dia masuk tempat kita?" Perkataan kita sengaja ditekankan untuk mengingatkan Tengku Adam di mana kedudukannya di dalam kafe itu.

"Dengar dulu dia nak cakap apa,"  belakang badan Alva digosok.

Agaknya Anaqi mahu berikan ketenangan buat Alva. Lambat! Alva tidak lagi dalam keadaan tenang. Tak kisahlah bila masa sekali pun. Kalau sudah berhadapan dengan lelaki bernama Tengku Adam Akhtar, di titik itulah Alva akan mengamuk. Jangan dibuat main dengan perasaan Alva. Selama ini, hidup cukup tertekan dengan kehadiran Tengku Adam. 

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now