THAA || 8

10.6K 1.1K 201
                                    

"SEBAIK sahaja Eeya sah bergelar isteri kepada dia, Eeya bukan lagi ahli keluarga ni. Jawatan di AA Holding akan ditarik dan Afeeen yang akan gantikan Eeya. Malah, kad kredit dan akaun bank Eeya akan dibekukan serta merta!" Suara Dato' Sri Amran naik seoktaf. Sekali lagi, membuatkan banglo dua tingkat itu bergema dengan kuat.

Alva terdiam seribu bahasa. Sampai sebegitu sekali tindakan. Sampai tahap macam ini Dato' Sri Amran tak sukakan Anaqi. Begini sekali kepentingan Dato' Sri Amran dengan pilihan dia. Sinisan Alva makin terselah.

"Keputusan terletak di tangan Eeya. Pilih. Berkahwin dengan Tengku Adam dan segala yang ayahanda cakap tadi akan ditarik semula atau berkahwin dengan dia ni!" Jari ditunding ke arah Anaqi.

"Awak, benda boleh bincang," Datin Sri Ameelia bersuara setelah sekian lama berdiam diri. Juga terkejut dengan lontaran si suami. Begini rupanya orang yang dilayan jika perkahwinan tidak sama taraf dibanarkan dalam keluarga mereka.

"Ayahanda, tak akan sebab ni nak naik tangan dekat Eeya tadi? Apa yang Tengku Adam tu dah buat sampai ayahanda nak sangat dia jadi menantu ayahanda? Adib tak nak dia jadi adik ipar Adib. Jantan tak guna tu," Adib mencelah. Mujur saja suaranya juga tidak dinaikkam. Tindakan Dato' Sri Amran seolah mencabar kewujudan dirinya disitu. Dari dari mendiamkan diri dan berharap agar keadaan pulih seperti sedia kala. Tetapi harapanya kian memudar detik demi detik.

Dato' Sri Amran mendengus kasar.

"Kalau ayahanda nak sangat dia jadi keluarga kita,apa kata suruh Tengku Adam tu kahwin dengan bonda,"selamba Adib berkata. Sempat pula dia bergurau.

Datin Sri Ameelia memandang anak bujangnya. Bantal di tangan dibaling tepat ke arah Adib. Kepala digelengkan. Susah betul kalau ada anak yang tak reti nak serius ni.

"Bonda sakitlah!" Muka digosok-gosokkan. Habis hidung mancungnya penyet.

Datin Sri Ameelia menjeling si Adib. Fokusnya hanya pada Alva. Tak ada masa nak bermain dengan anak yang lagi seorang ni. Anaqi tahan tawa. Pandai cara Adib untuk menaturalkan keadaan. Namun macam tidak saja apabila melihat tiada sebarang garis senyuman di bibir Dato' Sri Amran.

Alva, hampir melepaskan tawa.

"You can't marry a man you just met Alva Areeya," sinis sekali suara Dato' Sri Amran.

"You can if it's true love," balas Alva.

Macamlah Alva tak tahu itu dialong Frozen. Mereka sama-sama menonton filem animasi tersebut, berkali-kali. Dialog dalam filem itupun sudah dihafal.

Kena betul dengan situasi Alva sekarang. Seraya bermain kening, Alva balas pandangan Dato' Sri Amran. Ha tercabarlah tu bila anak sendiri melawan cakap dia. Lawak ayahanda, lawak. Apalah jampi serapah Tengku Adam gunakan. Huh... mahu saja tawa ini terlepas. Riaknya tercabar amat.

"Yakin?" Dato' Sri Amran menyilangkan tangannya ke dada. Bibir diherot ke tepi. Gaya seperti dia adalah lelaki tua yang terkacak di dunia.

"Eeya yakin." Seratus peratus yakin. Malah dua ratus peratus keyakinan Alva sekarang.

"Baiklah,Anaqi saya amanahkan kamu jaga anak saya sebaiknya. Minggu depan kamu berdua kahwin," Dato' Sri Amran terus meluru ke arah tangga. Langkah dilajukan.

Tidak dia sangka anak perempuannya sanggup menolak tawaran untuk berkahwin dengan Tengku Adam dan memilih Anaqi. Dan, sanggup memilih untuk hidup susah daripada memilih harta yang sudah sedia ada. Tengku Adam ada segalanya malah lelaki itu mudah dibawa bincang.

Tak seperti Anaqi tadi, cuma diam setelah kenalkan diri. Perhatikan mereka bertekak tanpa memihak kepada sesiapa. Amarah dalam diri, setapak demi tapak melangkah menuju ruangan biliknya.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now