THAA || 37

13.4K 946 263
                                    

Beberapa bulan kemudian,

    HADIRNYA permata membawa berkah dalam sesuatu institusi. Kehadiran mengubah status kehidupan. Kelahiran si kecil juga membawa pengalaman sebagai ibu dan ayah buat kali pertama.

Oh anak, kamu penyinar kehidupan. Kamu hadir mencerikan lagi hari yang sedia ceria.

Sinaran mentari yang menerangi bilik ward tersebut membuatkan Alva tersedar dari lena. Mata dibuka perlahan-lahan. Telapak tangan menghalang cahaya untuk terus masuk ke dalam kornea mata.

Sedar.

Dari katil, kelihatan satu susuk tubuh berdiri di tepi tingkap. Belakanh tubuh lelaki yang amat dikenali. Lelaki itu sedang berdiri termenung menghadap ke luar jenjela dari tingkap kamarnya sambil tangan disilangkan ke dada. Bibirnya pula jelas menayangkan senyuman kebahagiaan.

Dia yan layak digelar lelaki teragung.

Anaqi berpaling menghadap Alva yang terbaring di atas katil. Senyum manis tak lekang dari bibir. Dua buah troli yang menempatkan anak-anak mereka juga ditolak supaya mendekati si ibu. Selesai meletakkan kedua troli itu di sebelah katil, Anaqi  terus duduk di hujung posisi Alva.

Anaqi perhatikan gerak geri Alva. Bibir asyik tersenyum indah. Senyum kali ini mengubah  status dia dalam hidup.

"Bangun pun sayang Anaqi ni. Lama dia tidur ya. Kesian twins rindu dekat mummy dia orang," lembut  Anaqi mulakan bicara. Aura kebapaan sangat terserlah.

Mulutnya tidak berdaya untuk membalas. Hanya senyuman yang Alva mampu  diberikan. Alva tetap tersenyum walau dalam keadaan tak bermaya. Masih dalam keadaan kepeningan. Pun begini, lihat Anaqi sebagai orang pertama tatkala diri sedar, pusing di kepala beransur hilang.

"Sayang tengok, anak-anak kita," ucap Anaqi dengan nada yang teruja.

Teruja dengan kehadiran dua orang baharu dalam hidup mereka. Alva sendiri pun terkejut dengan apa yang berlaku. Manakan tidak, sewaktu mengandung perut sudahlah tak sebesar orang lain. Sekali pandang, Alva tak terlihat seperti ibu hamil. Jauh sekali untuk meneka ada dua kantung di dalam rahim.

Mereka sangka seorang, namun lahirnya dua. Pandai yang lagi seorang sembunyi. Tak mahu kehadiran dirinya ada hingga hari dia dilahirkan.

Alva alih pandang. Sisi mata mula menangkap sang kecil di dalam troli kecil. Senyum lagi.

Pipi mereka putih kemerah merahan sama seperti Alva. Iris mata pula mengikut warna iris Anaqi yang bewarna coklat gelap. Memang kembar seiras habisnya. Sebijik macam Alva dengan Adib semasa kecil.

Katil ditinggikan sedikit menggunakan alat kawalan yang telah disediakan. Alva bongkokkan badan supaya mendekat dengan si kecil. Bau yang sangat wangi menginggah di rongga hidung. Bau syurga.

Akhirnya, anak yang dinanti-nantikan lahir di dunia. Di ingatkan seorang tetapi Allah bagi kembar. Dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada yang Maha Esa.

Hari ini tepat jam 6:00 minit pagi, lahirnya seorang permata berharga dalam hidup Alva  dan Anaqi. Selang beberapa minit, lahir pula  permata kedua mereka. Kelahiran yang ditemani dengan azan subuh. Bunyi tangisan daripada mereka seiring dengan bunyi azan yang berkumandang. Hanya Allah yang tahu perasaan gembira ini. Segala kesakitan hilang serta merta apabila melihat anak yang sudah dilahirkan.

"Assalamualaikum anak-anak mummy," lembut Alva bersuara. Jari kecil mereka digenggam lembut.

"Hai, anak -anak daddy," suara Anaqi setelah lama berdiam diri melayan parasaan.

Alva tertawa dengar nada suara Anaqi. Nak juga menyibuk.

Pipi gebu kedua bayi tersebut dicium sekilas sebelum badan  kembali bersandar di kepala katil. Sakit badan bongkok lama-lama. Anaqi menjauhkan sedikit troli tersebut supaya ada ruang untuk dia duduk sebelah Alva .

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now