THAA || 25

10.9K 950 224
                                    

   ALVA masukkan satu  persatu baju dimasukkan ke dalam bagasi. Memandang percutian bukan madu kali pertama ini tidaklah terlalu lama, mereka putuskan untuk bawa satu bagasi sahaja.  Kali pertama dan kali inilah yang bakal menjadi kenangan terindah.

Alva masukkan lagi barang keperluan pula. Bahagian dalam bagasi disusun cantik-cantik. Baju pun bawa sikit saja. Bukannya apa, nanti di tepi pantai mereka mahu pakai baju ala-ala tepi pantai. Mereka mana ada baju sebegitu.

Solusinya... tepat! Mahu beli di sana. Alva dah cakap dekat Anaqi berkaitan baju itu dan Anaqi setuju. Alva apa lagi, makin sikit baju yang dibawa.

Tak cukup, boleh beli. Hihihi.

#adaudangdisebalikbatu
#shoping!

Sejak pulang dari kafe, bayang Anaqi langsung tidak nampak. Mereka sama-sama masuk ke dalam rumah tapi entah kenapa bila Alva mula kemas baju, Anaqi hilang. Merata cari, jawapannya tetap sama.  Bila Alva keluar, kereta tak ada.

Maknanya apa? Ini maknanya Anaqi keluar tanpa beritahu Alva.

Ish, nak ikut!

Alva cuba nak telefon Anaqi, tapi cuba teka apa yang berlaku?

Telefon itu  belum ada simkad! Telefon semata... Tapi adalah juga tadi  Alva ambil gambar berdua dengan Anaqi. Tidak Alva nafikan, gambar tu cantik!

Itu tak jadi masalah, yang jadi masalah sekarang adalah, mana suami Alva? Anaqi pergi  mana?  Alva nak tahu di mana keberadaan Anaqi bukannya kisahkan tentang gambar mereka tadi.

Huh... Alva ubah perasaan. Keluhan terbit dari bibir.

Kenapa ya? Perasaan suka berubah tanpa dipinta. Sesaat, Alva gembira. Sesaat kemudian diri terasa sedih. Bahkan di tiga saat akan datang, Alva dihantui rasa bersalah.

Bersalahlah dia? Layakkah dia untuk dapat segala benda seperti sekarang? Alva masih tertanya, apa yang buatkan Anaqi sayang dirinya hingga ke tahap begini.

Setiap kata yang Anaqi ucap, ada kala Alva tak dapat faham.

Tipu andai kata Alva tak gembira dengan percutian pertama ini. Tipu juga andai Alva kata Alva tak sedih melihat kejayaan sejauh ini. Mereka berdua usaha terlalu keras. Pagi petang, siang malam. Kerja dan kerja.

Susah senang sama-sama... 

Deruman enjin kereta Myvi hitam menerpa masuk ke dalam gegendang telinga. Itu mesti dah balik. Seronoklah Anaqi keluar tanpa Alva. Beritahu pun tidak.

Tak kira, Alva nak merajuk. Biarkan aje badan di posisi. Alva tak mahu berganjak.

"Alva sayang? Kenapa kemas?" Soal Anaqi sebaik sahaja tiba di hadapan masuk pintu bilik mereka.

Tika ini, Alva masukkan lagi semua benda tersisa. Saja. Acah-acah tak dengar.

"Sayang Anaqi? Hello, saya dekat sini. Awak dengar tak apa yang saya cakap sekarang? Saya tanya awak,"

Alva bangun, mahu ambil alat pengecas di hujung penjuru. Anaqi mengekori langkah Alva.

Tahu pun nak takut. Ikut aje ke mana Alva pergi. Sesekali, Alva mengerling Anaqi. Kemudian dijeling pula.

Merajuk! Nak ikut Anaqi keluar. Suka hati saja tak beritahu. Tiba-tiba hilang.

"Sayang Anaqi," bahu Alva  dipegang olehnya.

Alva angkat muka. Masih tak mahu bercakap.

Anaqi pandang Alva bersama kerutan halus. Anaqi angkat kening, Alva balas. Nak main-main agaknya. Alva sudahlah tengah dalam rajuk,

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now