DIA #1

1.1K 37 9
                                    

Kring!

Bunyi loceng menandakan waktu sekolah telah tamat mematikan lamunan aku. Sebahagian pelajar di dalam kelas 5 Azalea mula berpusu-pusu keluar dari kelas untuk menuju ke surau dan dorm.

Aku mengemas alat tulis yang berselerakan di atas meja sebelum menyimpan ia ke dalam beg sekolah yang berwarna beige.

"Afreen, jom la gerak!" laung seorang rakanku, Maryam Kashaf. Seorang gadis yang bertubuh kurus dan memakai kaca mata tebal.

"Kejap! Tunggu aku!" Aku pantas berlari ke arahnya dan dua orang lagi rakanku yang lain. Zara Sophia dan Syarifah Rehana. Mereka inilah kawan paling rapat aku sejak tingkatan satu.

"Kau menung apa tadi? Cikgu keluar pun kau tak perasan." soal Zara pelik. Aku hanya tersengih. Aku sendiri pun tidak tahu apa yang aku menungkan.

"Jom lah! Aku penat ni. Nak tidur." Kami berempat mula berjalan menuju ke aspuri atau nama panjangnya asrama puteri. Sejak wabak COVID-19 tersebar luas di serata dunia, peraturan di sekolah mula berubah sedikit.

Semua pelajar perempuan tidak perlu pergi ke surau untuk menunaikan solat sebaliknya kami hanya bersolat di dalam dorm. Sodorm. Manakala pelajar lelaki wajib solat di surau. Jadi, merekalah yang memeriahkan surau agar tidak sunyi.

Aku menaiki tangga hingga ke tingkat dua. Selepas lebih kurang lima langkah aku dan rakan-rakan ku tiba di hadapan dorm. Kasut kulit sekolah ditanggalkan sebelum disusun atas rak.

Salam diucapkan lalu aku melangkah masuk ke dalam dorm. Aku, Maryam dan Zara terus menghempaskan tubuh ke atas katil manakala Rehana bersiap sedia untuk mandi.

Sebagai orang yang lambat mandi, aku tak boleh relate dengan Rehana. Sebab biasanya aku akan nap selama 30 minit dan barulah mandi. Kan lebih menyegarkan.

"Reha, tidur lah dulu. Mandi tu esok-esok boleh buat." ujarku.

"Tak nak. Nanti aku jadi busuk macam korang." Dia terus masuk ke dalam bilik mandi yang berada di dalam dorm ini juga.

"Sampai hati dia cakap aku busuk! Aku wangi tau!" balas Maryam. Dia terus bangun dari baring lalu berdiri di hadapan pintu tandas. Dia menggunakan sepenuh tenaga mengetuk pintu tandas itu.

"WOI!! AKU TENGAH MANDI LA!!" laung Rehana.

"Apasal kau kata aku busuk ha?!" Pintu diketuk dengan lebih kuat. Aku dan Zara ketawa sehingga tak cukup nafas melihat drama dua orang itu. Ada-ada jelah.

"Okay okay. Kau tak busuk." Rehana pasrah.

"Hmm. Tahu pun. Dah la, aku nak tidur. Pukul enam kejut aku tau." Maryam terus melompat ke atas katil untuk tidur.

"ARGHHHHH!!!" jerit Zara sekuat hati.

"Woi pompuan! Yang kau menjerit ni apasal?" soal Maryam bengang. Masuk kali ni, dah ada dua orang yang mengganggu dia tidur.

"Crush aku accept aku!!" Zara memeluk iPhone X nya erat. Beberapa ciuman ikhlas dari hati juga turut diberikan pada iPhone itu.

"Siapa crush kau? Si Danny tu ke?" soal Maryam.

"Yeee!! Yang hensem tinggi lampai tu!!"

"Hmph! Tengkorak kau hensem. Muka macam tapak kasut aku je!" Maryam menekup mukanya dengan bantal. Lebih baik dia tidur.

"Afreen! Kau tengok Yam ni! Sampai hati dia kata crush aku tak hensem!" adu Zara.

"Sorry tau kalau aku cakap ni. Danny tu memang tak hensem pun."

"HAHAHAHAHHAHAHA!!" Pecah ketawa aku dan Maryam serentak. Sehingga terguling-guling Maryam ketawa terhadap Zara.

"Reha! Tengok member dua ekor kau ni!"

"AKU TAKNAK MASUK CAMPUR." laung Rehana dari dalam tandas. Petang yang indah itu diisi dengan tawa kami berempat. Nasib baik warden tidak ada. Kalau tidak, pasti dorm kami akan digelar dorm paling bising abad ini.











Aku, Maryam, Zara dan Rehana berjalan bersama-sama untuk ke prep malam. Entah kenapa, hari ini tiba-tiba sahaja semua pelajar perlu prep di dalam kelas. Selalunya kami akan prep di dorm sahaja.

Aku sebagai murid biasa hanya menurut perintah. Maryam dari tadi sudah mencarut sebanyak mungkin kerana bengang dengan pengumuman last minute itu. Nasib baik dia sempat gosok tudung bawal hitamnya.

Setibanya di kelas 5 Azalea, beberapa orang pelajar sudah sampai terlebih dahulu. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan Maryam.

Aku pun tertanya jugak kenapa Maryam perlu ditempatkan sebelah aku. Mungkin kerana suara speakernya mampu mengejutkan aku daripada terbuai oleh lena kot. Almaklumlah, aku digelar Ratu Tidur oleh semua cikgu yang mengajar kelas ini.

Leherku dipanjangkan mencari kelibat jejaka yang aku cari dari tadi. Haa! Panjang umur dia. Jejaka itu melangkah masuk ke dalam kelas dengan rakan baiknya.

Spek mata yang terletak elok di batang hidung mancungnya menambahkan lagi kekacakan semulajadinya. Aku tersengih-sengih sendiri sambil melihat dia. Kalau orang lain nampak, memang orang akan cop aku gila. Atau angau.

"Woi. Usya Nadeem eh?" Maryam senggol bahuku.

Yes. Itulah nama crush aku.
Nadeem Qawi bin Abdul Malik.

"Mana ada." Aku pantas membuka buku teks Addmaths Form 5 yang berada di atas mejaku. Maryam tarik senyuman.

"Wahai Afreen Humaira, aku dah berkawan dengan kau sejak tingkatan satu lagi tau. Zaman budak hingusan. Kau memang tak boleh tipu aku. Kau tahu?"

"Yelah. Aku tengok dia je." Aku pasrah. Kalau dah berperang mulut dengan namanya Maryam Kashaf. Mohon undur diri. Kita takkan boleh menang.

"Kau setia betul crush kat dia. Tak bosan ke?"

"Entah la. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh tercrush kat dia." balas ku buntu.

"Cuba kau tanya hati kau. Kau rasa kau boleh crush kat dia sampai bila? Sampai mati? Sampai naik pelamin?" Kata-kata Maryam membuatkan aku berfikir sedalamnya. Ada benar juga kata dia. Kalau betul aku suka akan dia, kenapa aku tak luahkan?

'Hey Af. Kau muda lagi lah untuk kahwin.'

'Diamlah otak.'

"Afreen." Suara itu membuatkan aku kembali ke alam nyata.

"Ye?" soalku.

"Hari ini kau bertugas dengan Nadeem. Sapu sampah. Jangan lupa buat before balik asrama tau." pesan Hud, ketua kelas 5 Azalea. Aku balas dengan anggukan sebelum dia melangkah ke mejanya semula.

"Wow. Kau ada peluang la nak tatap muka dia sampai habis prep." usik Maryam.

"Hish. Sibuk jelah kau ni." Aku mengeluarkan sebatang pensil dari totebagku. Tanganku pantas menulis formula yang berguna ke atas sticky notes yang aku beli di Mr Diy.

Sebentar lagi aku perlu sapu sampah. Jadi lebih baik aku guna masa yang terluang untuk membuat ulangkaji subjek ini.

















sekian untuk bab satu. hope you guys enjoy reading this story. and, jangan lupa vote!

DIAWhere stories live. Discover now