DIA #20

291 18 0
                                    

Aku turun dari tangga perlahan. Tudung bawal putih yang berada di kepalaku senget benget. Jelas menunjukkan yang aku dipaksa keluar dari rumah hari ini.

"Ya Allah, Humaira! Apa tudung macam orang kena halau rumah ni?" Ibu mendekati aku. Tudungku yang senget diluruskan agar anak daranya kelihatan kemas dan cantik. Kalau tudung senget pun aku masih cantik jugak tau.

"Kenapa adik kena keluar dengan Mikail tu? Mak long pun satu. Pandai-pandai je buat janji temu untuk kami berdua. Kalau adik busy kelas macam mana?" Nafasku kencang menahan amarah yang terkumpul di dada.

Dia nak aku reject macam mana? Bawak dia pergi KLCC pastu malukan dia? Astaghfirullah. Jahat sangat tu, Afreen.

Aku beristighfar agar amarahku berkurang. Mood aku yang bagaikan sedang dilanda monsun membuatkan Hazim diam. Selalunya dialah orang yang paling kuat usik aku.

"Humaira keluar jelah dengan dia. Puaskan hati mak long kamu. Kalau bosan, suruh along ambil kamu balik." pujuk ibu sambil mengusap belakang badanku. Aku mengangguk.

Pin! Pin!

Aku mengeluh setelah kereta Mikail terparkir di hadapan rumah. Kaki melangkah malas keluar dari rumah. Sesekali aku menghentakkan kaki kuat pada lantai. Biar je patah. Tak payah la aku nak kena keluar dengan mamat ni.

"Assalamualaikum, mak ngah, pak ngah." Mikail menyalam tangan ibu dan abahku. Senyuman manis dihadiahkan kepada kedua ibu bapaku.

Aku bangun dari bangku setelah selesai menyarungkan kasut pada kaki. Nasib baik bukan dekat tangan. Kalau tak, dah lama aku tampar muka mamat tak reti malu ni.

Sabar, Afreen. Tenang.

"Jom Afreen." Mikail tersenyum kepadaku. Aku tayang riak wajah kosong. Inipun berkat menuntut ilmu dari Nadeem, si jejaka dingin.

Aku membuntuti Mikail masuk ke dalam perut kereta. Wajah tidak puas hati aku tayang. Biar dia sedar yang aku ni terpaksa ikut dia keluar rumah.

Kata mak long, kami kena luang masa berdua sebelum berkahwin. Supaya dapat mengenal hati budi masing-masing.

Wadefak dialah.

Astaghfirullah, Afreen!

"Afreen, pakai seatbelt tu. Nanti kalau accident, saya jugak yang risau." Mikail memandang wajahku.

"Tak payah risau. Aku doktor. Pandailah nak rawat diri sendiri." ujarku dengan nada sedingin ais di kutub utara. Tali pinggang itu aku tarik lalu dipakai.

Mikail hela nafas pasrah. Dia mula memandu kereta itu setelah aku memakai seatbelt. Perjalanan yang mengambil masa lima belas minit, diisi dengan suasana sepi dan sedikit pertanyaan dari Mikail. Aku pula menjawab setiap pertanyaan itu dengan satu patah perkataan sahaja.

Mikail memarkir kereta itu di tempat parking yang disediakan. Pintu aku dia buka persis lelaki gentleman. Terharu? Lambert lagi.

"Kita nak pergi mana dulu? Shopping or eating?" soal Mikail.

"Shopping." balasku. Perut yang lapar aku buat tidak tahu. Cepat kita shopping, cepat juga aku boleh balik rumah. Kan?

"Afreen." Panggilan dari Mikail aku buat tidak endah.

"Afreen, stop." Aku berhenti melangkah. Badan dipusingkan menghadap Mikail yang berwajah bengang itu.

"Awak ni kenapa?"

"Kenapa apa?" Soalan dia aku balas dengan soalan.

"Cuba lah muka tu senyum sikit. Ni tak. Masam macam baru lepas makan asam je." ujar Mikail.

"Okay." Aku tayang senyum palsu. Kaki terus melangkah menuju ke mana-mana kedai yang memikat hati untuk aku membeli belah.

"Afreen." Lenganku dia tarik agar aku berhenti melangkah.

"Apa pegang-pegang ni Mika?" Aku sorok tangan di belakang badan. Nasib baik aku tidak menjerit tadi. Mikail hela nafas berat. Tangan kanannya naik mengurut dahi.

"Awak ni dah kenapa? Cakap saya sikit pun awak taknak dengar! Saya dah lama bersabar tau dengan awak ni." Matanya tajam memandang wajahku.

"Okay, fine. Saya tak suka awak. Saya tak cinta awak. Dan saya tak nak kahwin dengan awak. Faham?" Aku membalas pandangan tajam dia. Dia ingat aku tak berani? Hmph! Ini Afreen Humaira lah.

"But, I want you!" Tangan dia pantas ingin merentap lenganku sebelum dia berhenti.

"Bro. Don't touch her." Aku pandang pemilik suara itu. Nadeem.

Aku berdiri di belakang badan Nadeem. Mikail yang sudah seperti ingin menggila, menumbuk wajah Nadeem tetapi Nadeem menahan tumbukan itu dengan mudah.

Semua orang di situ mula menumpukan perhatian kepada kami bertiga.

"Kau siapa? Jangan masuk campur dalam hal aku lah!" tengking Mikail. Ternaik bahuku mendengar tengkingan itu. Nadeem pula kekal tenang.

Stay cool and steady like Nadeem, guys.

"Tempat ni ada CCTV, bro. Kau nak aku bagi rakaman ni dekat pihak polis ke? Silap hari bulan kau meringkuk dalam penjara." ujar Nadeem. Mikail merenung aku tajam sebelum berjalan keluar dari mall itu. Orang ramai mula beredar dari situ setelah situasi terkawal.

Aku hela nafas lega. Nadeem berpaling memandang wajahku.

"You okay, Afreen? Did he hurt you?" Aku geleng kepala. Jelas terpancar riak wajah risau di wajah Nadeem.

"Come on. I'll treat you some good food."



























Aku menikmati makanan yang dipesan oleh Nadeem. Tiga hidangan yang berlainan jenis dipesan khas untuk aku. Nadeem pula hanya memesan segelas air jus epal.

Burb!

Aku sendawa setelah kekenyangan melantak makanan itu. Nadeem sedari tadi memerhati aku makan. Dia langsung tidak menoleh ke tempat lain.

"Dah kenyang?" soal Nadeem. Aku pantas mengangguk. Bibir tidak lekang mengukir senyuman.

"Do you want to tell me anything about what happened just now?" Nadeem jongket kening. Anak mata fokus memandangku. Aku telan liur perit. Aura dinginnya buat aku seram sejuk.

"He's my cousin. Dia ajak aku keluar tadi. Tapi itupun sebab aku terpaksa. Lepas itu, aku buat tak layan dia. Itulah dia macam geram dengan perangai aku tadi. Tak sangka pulak dia sampai berani nak naik tangan." terang aku. Nadeem tidak mengangguk dan menoleh. Hanya membalas dengan 'hmm'.

"Hazim mana? Kenapa dia tak ikut?" Nadeem menyoal aku lagi.

"Rumah." Aku dengar Nadeem melepaskan keluhan.

"Afreen, don't go out with him anymore. Sekali dia berani naik tangan, tak mustahil dia akan cederakan kau dengan lebih teruk. Be careful. Lain kali kalau nak keluar, ajak Hazim. Jangan keluar berdua-duaan macam tu." Aku angguk kepala tanda faham. Takut pula melihat wajah Nadeem yang serius semacam.

"Jom. Aku hantar kau balik rumah." Aku mengikut langkah Nadeem ke keretanya. Seorang lelaki berpakaian sut hitam mencampak kunci kereta lalu ditangkap oleh Nadeem. Siapa pulak mamat ni?

"Nadeem, siapa lelaki tu?" soal aku bila kami selamat masuk ke dalam perut kereta. Nadeem tidak menjawab sebaliknya dia menguatkan volume radio. Aku tayang muka tak puas hati. Sampai heart dia palaukan aku? Hmph!

"Thanks, Nadeem." ujarku setelah kami tiba di hadapan rumah aku.

"You're welcome. Kau nak beritahu sendiri atau nak aku tolong beritahu parents kau pasal apa yang jadi?" soal Nadeem. Tangannya disilangkan pada dada.

"Aku beritahu sendiri." Nadeem senyum nipis. Hormat akan keputusan aku.

"Dah. Masuk." Aku melangkah masuk ke dalam pintu pagar. Tangan dilambaikan pada Nadeem.

"Bye, Nadeem!"

"Bye."



























cliche lah bab ni. tapi, tak apalah. cau!

DIAWhere stories live. Discover now