DIA #14

267 17 0
                                    

"MERDEKA!!"

"KITA MERDEKA!!"

Usai sujud syukur, semua pelajar tingkatan lima berpusu-pusu keluar dari dewan Tengku Mukmin. Laungan seperti 'yey' dan 'alhamdulillah' kuat kedengaran. Ada sesetengah pelajar perempuan sudah mengalirkan air mata kerana terharu. Pelajar lelaki pula berlari lalu berpelukan sesama mereka.

Tidak kami sangka, kami dapat menghabiskan perjuangan menghadapi kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini. Aku, Maryam, Zara dan Rehana saling berpelukan. Perasaan gembira, terharu dan sedih bercampur-baur.

Aku berjalan ke arah Nadeem yang sedang duduk seorang diri sambil tersenyum nipis. Aku berdiri di hadapannya.

"Macam mana paper tadi?" soalku memulakan perbualan. Dia tarik senyum senget.

"Better than what I expected." balasnya mengundang tawa kecil daripadaku. Dia mengangkat botol airnya lalu diletak depan mata aku.

"Apa ni?" soalku bingung. Dia nak aku cermin kan diri guna botol ke? Tapi macam mana imej nak terpantul? Botol ni bukan ada cermin pun. Keluar lah segala fakta sains dari otakku.

"Fist bump. Kan haram kalau bersentuh dengan bukan mahram." Mulutku berbentuk o. Baru aku faham. Aku merapatkan muka penumbukku dengan botol itu.

"Lepas ini kau nak pergi mana?" soal aku. Nadeem menggosok dagunya dengan jari telunjuk dan ibu jari tanda gigih berfikir.

"I don't know. I haven't decide yet." Nadeem sengih. Aku mengangguk kecil tanda faham. Aku meliarkan pandangan melihat sebahagian pelajar lelaki sedang menconteng belakang baju rakannya sebagai tanda kenangan setelah habis sekolah nanti.

"Nadeem, kau tak nak conteng baju jugak ke?" soal aku. Nadeem pantas geleng kepala. Aku sudah mengagak jawapan itu terlebih dahulu.

"Kenapa?"

"Sebab diorang lukis tak cantik. Aku lukis lagi cantik." Aku tepuk dahi. Confident nya kamu anak muda. Aku gulingkan anak mata tanda menyampah. Nadeem pula ketawa kecil.

"Afreen. Come here." Aku mendekati tubuh Nadeem. Dia menyuruh aku menghulurkan tangan kananku. Aku hanya mengikut saja arahannya seperti kerbau cucuk hidung.

Nadeem mengeluarkan sebatang pen hitam yang dia selalu gunakan untuk melukis lalu dia melukis sesuatu atas lengan bajuku. Pada awalnya aku ingat dia melukis orang, rupa-rupanya dia lukis sekuntum bunga.

Yes. A flower. A sunflower.

Aku pernah membaca sebuah artikel berkaitan bunga matahari iaitu ia melambangkan umur yang panjang dan juga mewakili nasib yang baik untuk masa hadapan.

Is he trying to say good luck to me?

Nadeem tersenyum melihat hasil lukisannya. Pen itu disimpan semula ke dalam poket seluar.

"Apa maksud dia?" soal aku walaupun aku sudah tahu jawapannya. Biasalah, perempuan.

"Good luck for your future, Afreen Humaira." Senyuman nipis terlukis di wajahnya. Huh. Typical Nadeem Qawi.

Aku tersenyum malu. Sudah lah dia lukis bunga matahari di lengan bajuku, lepas itu dia sebut nama penuh aku pula. Rasa seperti mahu menjerit pula di sini. Ibu! Tengok Nadeem! Dia sweet sangat ibu!

"Kenapa lukis kat aku seorang je?"

"Cause you're the very first girl friend I ever had." Darah mula menyerbu pipiku setelah mendengar kata-kata Nadeem yang semanis madu itu.

DIAWhere stories live. Discover now