DIA #11

292 19 0
                                    

"Masuk sebelum aku angkat kau." Aku terus melangkah masuk ke dalam perut kereta itu dengan wajah masam. Nadeem harini dah kenapa? Dah kena sampuk hantu dingin dia balik ke apa?

"Afreen, rumah kau kat mana?" soal Nadeem.

"Uhm...... KL?" Nadeem merenung aku seperti pemangsa ingin memakan mangsa.

"KL kat mana, Afreen?"

"Ni alamat rumah aku." Aku menunjukkan alamat rumah ku kepada Nadeem. Dia mengangguk lalu memberitahu seorang lelaki yang berada di tempat pemandu. Driver kot?

"Okay, Ad. Jom gerak rumah dia." Lelaki yang bernama Ad itu menekan minyak dan kereta inipun meluncur di atas jalanraya.

Aku dengan riak wajah konfius plus otak yang konfius melihat Nadeem yang kelihatan tenang dari cermin pandang belakang kereta.

~Suaveeee~

Aku menekan button hijau pada iPhoneku untuk menjawab panggilan telefon itu.

"Hello dik! Sorry sangat-sangat! Aku terlajak tidur nih!" ujar along. Aku mengepal penumbuk yang terasa ringan untuk dilayangkan pada muka along. Siap kau! Tunggu aku belasah kau kat rumah nanti!

"Tak apa. Member adik tumpangkan adik balik rumah." balas aku.

"Yey! Kata terima kasih kat member kau sebab dah memberi masa untuk aku tidur. Cau dik! Good night!" Tut! Panggilan ditamatkan. Kurang asam keping punya abang. Memang mati dia aku kerjakan kat rumah.

"Aku dah agak. Mesti abang kau tidur." ujar Nadeem. Aku mengendahkan kata-katanya. Tanganku memeluk tubuh. Ingin bersedia untuk tidur.

Walaupun perjalanan ke rumah aku tidak lah terlalu lama, aku tetap nak tidur. Malas nak layan mamat beku Nadeem tu. Hmph!

"Woi, bangun woi." Nadeem menepuk bahuku dengan menggunakan sebuah buku tebal. Aku terbangun dari tidur. Mataku terus menangkap wajah kacak Nadeem di hadapan mata. Indahnya ciptaan Allah!

"Afreen. Kita dah sampai lah." Nadeem memetik jarinya. Aku tersedar dari lamunan lantas keluar dari kereta itu. Loceng rumah aku tekan lalu pintu pagar rumah ku terbuka dengan automatik.

"Adik!" laung ibuku dari muka pintu. Aku terus berlari dan memeluknya erat. Tiga bulan di sekolah tanpa pulang ke rumah sangat membuatkan rasa rindu pada kedua ibu bapaku bertambah.

"Siapa lelaki tu?" soal ibuku. Jari telunjuknya terarah ke susuk tubuh Nadeem yang duduk di bawah terik matahari.

"Itu kawan adik. Dia yang hantar adik balik."

"Berdua je?" soal ibuku sangsi. Mula lah ibu mahu menyiasat aku macam detektif upahan.

"Tak. Ada driver dia sekali." balasku.

"Adik, kenapa tak ajak kawan tu masuk?" soal bapaku pula, Encik Huzair.

"Nadeem!" laung aku. Nadeem segera berlari ke arah aku.

"Assalamualaikum makcik, pakcik. Saya Nadeem. Kawan sekelas Afreen." ujar Nadeem lembut. Sopan santun betul mamat beku ni. Itupun sebab dia nampak pergerakan mata aku.

"Nadeem, jemputlah masuk. Biar makcik hidang makanan sikit untuk kamu." Ibuku dan Nadeem berjalan masuk ke dalam rumah. Tinggallah aku seorang diri di depan pintu. So now, aku jadi anak tiri pulak? Aduh!

"Ira!" Pemilik suara itu berlari ke arahku.

"Kau apasal lupa aku?" soal aku. Abangku, Hazim Arshad tersengih sambil garu kepala yang tidak gatal.

"Tak elok tau marah marah. Jom masuk." Hazim mengheret aku masuk ke dalam rumah. Aku terus pergi ke dapur untuk menolong ibuku apa yang patut. Nadeem yang berada di ruang tamu aku biarkan. Pandai-pandai lah dia jawab soalan cepumas dari bapak aku. Kihkih!

DIAWhere stories live. Discover now