DIA #4

428 24 0
                                    

Matahari pagi mula menyinari pagi yang indah ini. Langit yang kelihatan gelap juga sudah terang dek kerana terkena sinaran cahaya matahari.

Aku berjalan seorang diri masuk ke dalam kelas kerana rakan-rakanku yang lain pergi ke kantin. Almaklumlah, aku tak suka makan pagi. Jam tangan yang memaparkan pukul 7.15 aku kerling. Perhimpunan pagi akan bermula pada pukul 7.30, jadi aku masih punya masa untuk tidur.

Sejak dua menjak ini, fikiranku selalu terganggu dengan lukisan seorang gadis di dalam sketchbook Nadeem. Jealous? Tidak. Cuma tertanya siapakah gadis yang cantik itu.

Mataku terus menangkap figura Nadeem yang sedang membaca buku yang dikarang oleh penulis kegemarannya iaitu Teme Abdullah. Aku melangkah mendekati dia. Punggung dilabuhkan atas kerusi yang berjarak satu meter disebelahnya.

Aku perasan yang dia sedar akan kehadiranku tetapi hanya membuat riak wajah biasa. Mungkin annoyed dengan aku kot. Wahai crush, awak tak boleh annoyed dengan saya. Haha.

"Nadeem." sapaku. Dia seperti biasa akan membalas dengan 'hmm'. Gosh! Memang dah tak ada perkataan lain ke dalam otak genius dia?

"Saya nak tanya awak sesuatu. Tapi, kalau awak rasa soalan saya mengganggu awak, awak tak perlu jawab." Dia menutup buku yang bertajuk Kapal Terakhir di Dunia Episod Dua lalu diletak atas meja. Tangan kanannya menolak spek mata agar terletak elok di atas hidungnya yang mancung.

Kemudian, dia memeluk tubuh. Aku menarik nafas dalam lalu hembus. Rasa nervous mula menyelubungi diri.

"Siapa perempuan yang awak lukis dalam sketchbook awak tu? Before awak marah saya, saya nak mintak maaf sebab curi-curi tengok sketchbook tu. I'm sorry." ujarku. Dia memandangku sekilas sebelum alihkan pandangan ke papan putih.

"Kenapa kau kena tahu?" soal Nadeem dengan suara garaunya.

"Sebab.... saya kawan awak?"

"Benda tu tak ada kena mengena pun dengan hidup kau. Jadi aku rasa baik kau tak payah tahu." balasnya. Aku agak sedikit terkejut. Belum pernah dia bercakap lebih daripada sepuluh patah perkataan. New record!

"Oh okay. Tapi, saya nak cakap sesuatu. Walau apa pun ujian yang awak tengah hadap sekarang, ia bukan salah awak. Ini semua qada dan qadar Allah. Kita sebagai hamba, tidak mampu nak berbuat apa-apa melainkan reda." Riak wajahnya yang berubah sedih sedaya upaya disembunyikan agar aku tidak nampak.

Dia merenung aku dan mengangguk kecil.

"Kalau kau still nak tahu, cari Nafees. Dia boleh ceritakan dekat kau." Aku mengangguk lalu bangun dari duduk setelah ramai pelajar 5 Azalea mula memenuhi kelas.

"Terima kasih, Nadeem." Aku berlalu pergi ke tempat dudukku.

"Bukan main sakan kau berborak dengan dia." usik Maryam. Aku hanya tayang senyuman nipis. Fokusku sekarang adalah mencari hamba Allah yang bernama Nafees. Tapi kat mana aku nak cari dia? Aku rasa aku kena mintak tolong Maryam.

"Maryam."

"Apa?"

"Boleh tolong aku tak?" soalku sambil merenung anak mata Maryam penuh berharap.

"Tolong apa?"


















"Ni. Aku ada jumpa seorang pelajar tingkatan tiga nama Nafees. Nama penuh dia Nafees Quaid bin Abdul Malik. Sama tak dengan nama bapak crush kau tu?" soal Maryam. Aku pantas mengangguk. Tanganku merampas sehelai kertas yang bertulis maklumat Nafees.

Dari mana Maryam dapat benda alah ni, wallahualam. Hanya Allah dan dia je yang tahu.

Aku segera berlari turun tangga ingin menuju ke kelas Nafees iaitu 3 Azalea. Maryam juga tercungap-cungap mengejarku. Sorry Yam. Aku sebagai runner sekolah ingin memohon ampun.

DIAWhere stories live. Discover now