DIA #2

625 34 0
                                    

"Af, kau nak tahu sesuatu tak?" soal Maryam kepadaku. Tanganku sibuk menyiapkan kerja sekolah di dalam buku karangan bahasa Melayu.

"Tahu apa?"

"Pasal Nadeem." Aku terus angkat kepala memandang tepat ke anak mata Maryam. Ingin memberi tumpuan penuh.

"Asal dengan dia?"

"Kau ni cepat je kan pasal hal dia."

"Cakap la cepat Maryam." ujarku tidak sabar. Pasal crush mesti diutamakan.

"Nadeem ada tournament basketball dengan geng dia petang ni. Kau tak nak tengok ke?" soal Maryam. Mata aku terus bersinar-sinar setelah mendengar berita yang aku baru dapat. Ini peluang baik untuk aku nak support dia.

"Macam mana kau tahu? Kau pergi tengok sekali ke?" Berdas-das soalan aku berikan kepada Maryam. Dia sudah gulingkan anak matanya.

"Kau lupa ke aku ada adik kembar yang paling tak berguna sekali dalam dunia ni, si Khaliq? Dia kan member sekepala Nadeem." Aku menjawab dengan o yang panjang. Baru teringat pula.

"So, kau tengok sekali la tournament tu?"

"Haah. Terpaksa sebenarnya. Khaliq paksa. Dia suruh aku bawak botol dengan tuala sekali. Dia nak jeleskan budak junior." terang Maryam sambil buat gaya ingin muntah. Sebagai adik beradik yang saling menyayangi, dia mestilah tak mengaku adik kembar sendiri hensem.

"Aku nak ikut kau la."

"Eleh! Nak usya budak Nadeem la tu."

"Of- eh mana ada. Aku kenalah support team sekolah kita." nafi aku.

"Ye ye lah tu. Zara dengan Rehana pun join kita sekali tau. Diorang pun nak menggatal sekali lah tu." Maryam menjeling Zara dan Rehana yang berada di barisan belakang meja kami.

"Apa jeling-jeling?" soal Rehana.

"Tak ada apa apa."

"Ehem! Ehem! Test 1, 2, 3! Mohon perhatian Azaleans." Semua mata pelajar 5 Azalea memandang pemilik suara itu.

"Petang ni pukul 2.30 ada tournament basketball kat court tertutup. Sesiapa yang free boleh la datang bagi support kat kitorang." ujar Khaliq atau lebih dikenali sebagai mischievous boy dalam geng budak nakalnya.

"Satu lagi, kepada Maryam Kashaf binti Muhammad Kash, anda diwajibkan datang ke court. Kalau tak, aku gegar aspuri." Khaliq merenung tajam anak mata Maryam. Maryam pantas bangun dari duduknya lalu mengejar Khaliq di sekeliling kelas.

Semua pelajar 5 Azalea tertawa melihat telatah sepasang kembar tak seiras itu. Aku memandang wajah Nadeem yang sedang tertawa sambil menutup mulutnya. Dia nampak comel bila buat begitu.

Astaghfirullah Afreen!

Aku pantas mengalihkan pandangan setelah Nadeem perasan yang aku memerhati dia. Tanpa sedar, pipiku sudah mula memerah. Rasa macam jantung nak melompat keluar sebab teruja sangat.

Maryam duduk di sebelahku semula selepas dia berjaya menghadiahkan dua penumbuk padu di bahu Khaliq. Khaliq pula buat drama seolah-olah kena tembak satu badan.

Muhammad Fakhri Hakim atau nama panggilannya Kim, melayan sahaja drama Khaliq itu. Dah kalau namanya sekepala, memang begitulah perangai masing-masing. Serupa monyet.

"Geram betul aku dengan monyet tu!" ujar Maryam.

"Sabar Yam. Sabar. Bawak mengucap." Aku cuba untuk menenangkan dirinya. Selepas aku perhati Maryam dan Khaliq, mindset aku yang mahukan anak kembar terus berubah. Risau terbalik je rumah bila anak-anakku bergaduh.

"Get ready gaisek! Kita ada quiz addmaths lepas ni!" laung Tengku Fattah Asadel, geng budak nakal Khaliq juga. Yang aku peliknya, budak-budak nakal ni lah yang dapat A lurus setiap kali exam.

Kepada readers yang confuse, geng budak nakal mereka ni ada lima orang. Khaliq, Fattah, Kim, Hud dan Nadeem. Dalam geng mereka ini, Nadeem jelah yang paling senyap. Sesuai lah dengan gelarannya iaitu shy boy.

Fattah ialah kacak boy sebab dia ada ramai gila peminat. Kim ialah hyper boy manakala Hud ialah cool boy. Ketua kelas yang paling cool sekali.

Back to the story gais!

"Kau dah study Afreen?" soal Maryam.

"Dah. Waktu prep malam tadi."

"Asal kau tak ajak aku!!" Maryam memegang kedua belah pipiku. Dan tepat pada masanya, guru yang mengajar matapelajaran addmaths masuk ke dalam kelas kami. Maryam melentokkan kepalanya di bahuku, reda akan apa yang bakal terjadi.

Sorry Yam.













Aku, Maryam, Zara dan Rehana duduk di tempat duduk yang disediakan kepada penonton di tepi court basketball. Kami mengambil tempat di hadapan sekali agar tidak terganggu dengan bingit sorakan oleh para peminat.

Peminat-peminat semua ni pun bukan minat basketball, mereka minat pemain basketball itu adalah. Ehem! *cough* afreen *cough*

Aku sudah tidak sabar menunggu pasukan sekolah untuk masuk ke dalam gelanggang. Di antara kami berempat, aku dan Zara je yang teruja. Maryam pula sudah banyak kali menguap manakala Rehana sibuk dengan novel ilmiahnya. Untuk makluman, dialah yang paling agamawan dalam group kami.

Bunyi sorakan semakin kuat bergema selepas lima orang pemain daripada KTeM (Kolej Tengku Muazzam) melangkah masuk ke dalam gelanggang. Pada hari ini, mereka akan berlawan dengan pemain daripada Kolej Yayasan Jauhar.

Dari jauh, aku nampak wajah Nadeem cool sahaja. Langsung tidak gentar untuk menghadap lawannya. Aku terus tersenyum sendiri setelah melihat Nadeem yang kelihatan lebih tampan apabila memakai sleeveless shirt itu. Dengan headband berwarna hitam di kepalanya, menambahkan lagi kekacakan yang sedia ada pada dirinya.

"Woi. Sedar diri sikit. Kau usya anak teruna orang tu." tegur Maryam. Aku terus beristighfar beberapa kali sebelum menumpukan perhatian kepada game yang sedang berlangsung.

Selepas dua jam, kemenangan berpihak kepada team KTeM. Aku bersorak gembira. Seronok melihat Nadeem tersenyum nipis setelah menang. Dia ni memang kedekut senyum betul. Nak senyum tu, senyum jelah. Eh tiber marah pulok.

"Afreen, kau nak ikut aku tak pergi tengok diorang?" soal Maryam kepadaku.

"Uhm... boleh ke?"

"Boleh. Jom lah." Maryam menarik tanganku untuk dibawa ke restroom pemain KTeM. Jantungku mula berdegup tidak stabil. Nak bertentang mata dengan Nadeem pun dah buat aku macam cacing kepanasan, inikan pula nak jumpa dia depan-depan.

"Nah, Khaliq." Maryam mencampak sebotol air mineral kepada Khaliq.

"Thanks twinnie. Aku ingat aku kena gegarkan aspuri dulu untuk buat kau datang sini." ujar Khaliq saja mahu mengusik.

"Tak payah nak buat kerja gila lah bengong."

Aku melangkah menghampiri Nadeem yang sedang meneguk air botolnya.

"Congrats, Nadeem." ujarku. Dia angkat kepala memandangku dengan pandangan kosong lalu tarik senyum senget.

"Thanks." balasnya ringkas. Dia kemudiannya terus berlalu ke tandas untuk mencuci muka.

"Lek ah Afreen. Macam kau tak kenal Adeem tu macam mana." ujar Fattah dipersetujui dengan Kim. Aku hanya tayang senyuman yang dibuat-buat.

"Congrats guys. Af, jom lah balik aspuri." Aku mengangguk lantas mengikuti langkah Maryam keluar dari court tertutup itu. Aku faham. Nadeem bukanlah seseorang yang suka bercakap. So, aku tak ambil hati sangat. Hashtag stay qawi!
















jangan lupa vote yall! #stayqawi

DIAWhere stories live. Discover now