DIA #26 - final.

391 21 0
                                    


Enam bulan kemudian.........

Nadeem bersiap memakai kemeja putih dan tuxedo hitam untuk majlis pelancaran lukisan terbarunya. Aku turut bersiap untuk mengikuti Nadeem ke galeri. Buat pertama kali setelah kami berkahwin, aku dan Nadeem pergi ke galeri bersama-sama.

"Sayang..... tolong ikatkan tali leher saya..." Aku pandang wajah cemberut itu. Kaki berdiri di hadapan Nadeem yang setinggi tiang. Tali lehernya aku ikat dengan kemas.

Aku menepuk bahunya setelah siap ikat. Pipi mulusnya aku cubit lembut.

"Thank you, penguin." Nadeem usap rambutku yang sudah di potong pendek paras bahu. Baru dua minggu lepas aku potong sebab rimas.

"I love you, Nadeem." Aku peluk pinggang Nadeem. Nak peluk leher tapi tak sampai. Itulah pasal. Siapa suruh kurang tinggi. Nadeem membalas pelukan aku.

"I love you too, my sweet little angel." Dahiku dia kucup. Kami berpelukan begitu selama sepuluh saat.

"Bila nak lepas ni sayang?" Aku dongak kepala, merenung sepasang anak mata hazel itu. Bibir aku cebik tanda merajuk. Kelopak mata sudah menampung cecair jernih yang hanya menunggu masa untuk runtuh.

"Tolong pakaikan tudung boleh?" soal aku. Nadeem tersenyum. Pelukan kami dileraikan. Dia mencapai tudung shawl yang sudah siap digosok atas katil kemudian berjalan semula ke arahku.

Dia dudukkan aku atas bangku. Tudung dililitkan atas kepala lalu dia pinkan agar tudung itu tidak bergerak. Aku tersenyum gembira setelah Nadeem selesai memfesyenkan tudung aku.

"Thank you, platypus." Aku cium pipi Nadeem. Nadeem senyum senang. Seronok lah tu dapat ciuman percuma daripada isteri tercinta pagi-pagi macam ni.

"Kenapa sayang manja sangat ni?" Nadeem tatap wajahku dengan riak penuh tanda tanya. Aku juga pelik. Sejak dua menjak ini, moodku tidak terurus. Sekejap nak bermanja, sekejap rasa macam nak marah. Aku pun confuse.

"Mana lah saya tahu. Bw—" Aku terus berlari ke tandas setelah rasa ingin muntah.

"Bwerkkk!" Aku muntah di dalam singki. Nadeem yang risau dengan keadaanku terus menghampiri aku. Dia mengusap belakang badanku sambil aku memuntahkan segala isi perut.

"Sayang okay tak ni?" soal Nadeem. Risau. Aku angguk walaupun kepalaku sudah mula sakit. Nadeem memapahku, membawa aku duduk di di atas katil. Tuxedo yang dipakai, dia letak atas kerusi.

"Sayang nampak pucat lah. Saya bawak awak pergi klinik ya?" Nadeem membelai rambutku. Ingin memujuk isterinya yang keras kepala ini. Siapa lagi kalau bukan aku? Hehe.

"Tak nak—"

"No. I'll bring you to the clinic. Full stop." Nadeem potong kata-kataku. Aku terpaksa akur. Kalau Nadeem dah speaking, itu bermaksud yang dia serious.

"Tapi, awak kan ada kerja......" ujar aku. Aku tidak mahu jadi punca yang akan membuatkan kerjaya Nadeem merudum.

"No sayang. I'm the artist, right? Jangan risau okay. Now, saya akan bawak awak pergi klinik untuk periksa. Mana tahu awak ada salah makan ke?" Aku mengangguk. Sebagai isteri mithali, aku kenalah akur cakap suami. Takut pula dari cium bau syurga, terus cium bau neraka. Astaghfirullah. Moga dijauhkan.






























"Tahniah, tuan dan puan. Isteri tuan sedang mengandung. Kandungan isteri tuan dah masuk sebulan."

Selepas mendengar kata-kata itu, Nadeem lah orang yang paling teruja di atas muka bumi ini. Katanya, tak sabar nak timang anak sendiri. Sejak itu juga, dia jadi overprotective terhadap aku. Aku nak minum pun, dia nak suapkan. Macam aku boleh terberanak pulak bila aku minum air.

DIAWhere stories live. Discover now