DIA #23

292 25 1
                                    

Tepat pukul 12 tengah hari, aku sah menjadi isteri kepada Nadeem Qawi. Jejaka yang membuatkan hatiku jatuh cinta padanya sejak kali pertama kami bertentang mata. Hingga aku langsung tidak dapat melupakan dia. Kerana rasa cintaku padanya tidak akan pudar walau aku tersakiti. Cewah!

Nadeem menyarungkan cincin ke jari manisku. Aku pula mencium tangannya lalu dia mencium dahiku. Gosh! Segala darah di dalam badanku menyerbu pipi gebuku membuatkan aku tidak dapat berhenti blushing.

Hud, sebagai photographer pada hari ini menangkap sebanyak mungkin gambar kami untuk dijadikan kenangan terindah dalam kamus hidup kami berdua. Usai menangkap gambar, kami berdua menikmati hidangan pengantin. Buat pertama kali dalam hidupku, aku rasa nervous untuk makan. Nak buat macam mana, suami aku hensem nak mati dengan baju melayu berwarna putih, rambut coklat beralunnya dan iris mata hazelnya. Omg! Hensem terok!

"Eat, penguin. Takkan tengok muka aku je dah boleh buat kau kenyang?" Anak mata Nadeem menatap wajahku. Aku terus alihkan pandangan. Lauk pengantin aku makan sambil tidak henti senyum. Nadeem sengih. Seronok la tu siksa jantung aku! Hmph!

"Nadeem, Afreen, pandang sini!" laung Hud. Nadeem menarik kerusiku mendekati dia. Hud menggunakan peluang itu untuk menangkap gambar kami bersama.

Ibu! Tengok ni! Nadeem suka menyakat dah datang balik! Tapi, sejujurnya aku suka lagi Nadeem yang kuat menyakat daripada dingin. Sebab yang dingin kadang buat aku sakit hati. Walaupun yang kuat menyakat buat aku sakit jiwa.

Selepas menikmati hidangan pengantin, aku dan Nadeem bersama-sama pergi berjumpa tetamu. Ucapan terima kasih diucapkan kepada tetamu yang hadir.

"Congrats, Afreen! Tak sangka kawan rapat aku dah kahwin. Huhu!" Maryam berpura-pura mengesat air mata palsu. Hashtag Maryam dan drama tidak boleh dipisahkan.

"Jangan bersedih, Yam. Aku setia tunggu kad jemputan hari perkahwinan kau." Aku mengusap belakang badan Maryam.

"Eh, Afreen. Ceritalah macam mana Nadeem boleh masuk minang kau. Korang ni senyap-senyap je kan. Tup tup dah naik pelamin." Zara si aunty onion pula menyoal aku.

"Afreen." suara itu membuatkan aku menoleh. Nadeem mendekati aku.

"Mama nak jumpa. Jom." Aku membuntuti Nadeem berjalan ke sebuah meja yang dikhaskan untuk ahli keluarga Nadeem. Aku lihat Nafees dan Naira sedang berebut sepotong kek manakala Uncle Malik sedang memujuk Aunty Qaysar.

Aku mengambil tempat di sebelah Aunty Qaysar. Tangannya aku usap perlahan.

"Terima kasih, Afreen. Sebab sudi kahwin dengan anak mama. Afreen jadi isteri yang baik ya. Kalau Qawi buli Afreen, cepat-cepat beritahu mama. Nanti mama cubit lengan dia." Matanya menjeling Nadeem yang berdiri di sebelahku. Aku ketawa kecil. Sempat lagi tu.

"Okay, mama. Mama jangan sedih lagi eh!" Aunty Qaysar mengesat air matanya. Aku bangun dari duduk. Kaki terus berjalan ke meja ahli keluargaku pula.

"Sampai hati kau nak bagi mama cubit aku eh..." Nadeem pandang wajahku. Mulutnya dicebik. Hilang terus kemachoan dia. Comel adalah!

"Haah. Padan muka kau!" Aku sengaja biarkan dia merajuk. Dia ingat aku nak pujuk dia ke? Hmph!

"Okay...... fine. Siap kau, penguin!"






























Selesai sahaja majlis perkahwinanku, aku dan Nadeem terus pulang ke rumah ibu bapaku. Nadeem kata esok baru kami akan pulang ke rumahnya. Lagipun, Nadeem nampak penat. Penat tayang muka dingin dia kot.

Yelah, kebanyakan tetamu tadi aku yang layan. Nadeem hanya berdiri di belakangku untuk tengok-tengokkan. Mungkin dia risau ada lelaki lain yang nak mengorat aku. Aku kan cantik. Hashtag yang penting confident.

Aku berdiri di luar beranda setelah habis mandi. Nadeem masih tidak masuk dalam bilik. Dia sibuk berborak dengan abang Hazim dan abah tadi. Borak bapak-bapak barangkali.

Angin sepoi sepoi bahasa meniup lembut rambutku yang panjang mengurai. Aku toleh ke belakang setelah mendengar bunyi pintu terbuka. Jelas terpampang tubuh Nadeem berjalan memasuki bilikku. Tapi, apa yang pelik adalah dia sudah mandi.

Nadeem menghampiri aku lalu berdiri di sebelahku. Bunyi cengkerik menemani kami buat seketika.

"Bila awak mandi?" soalku. Kalau nak tunggu Nadeem mula bicara memang lambat lagi. Mungkin aku dah berjambang waktu tu.

"Tadi. Saya mandi dekat bawah." balas Nadeem.

"Ooo.... okay......" Buat kali kedua kami ditemani sepi.

"I've told you before that I'll answer all your questions when we get married, right?" Aku angguk kepala.

"So, now you can ask me any questions. I'll answer them straight away." Nadeem senyum nipis. Otakku mula memerah soalan yang aku ingin tanya. Kalau diikutkan memang tak terkira soalan yang aku nak tanya. Jap. Nak fikir.

"Macam mana awak boleh jatuh cinta dengan saya?" Aku pandang wajah Nadeem. Dia sengih. Seperti malu-malu mahu menjawab soalanku.

Shy shy pulak abe Nadeem nih. Hehe.

"I started loving you since we were six." Membulat mataku mendengar kata-katanya. Enam tahun? Oh my god!

"Dua tahun lepas, saya kemas barang sebab nak pindah rumah. Lepas itu saya jumpa album tadika. And since that, I just realised that the one who was confessing to me is the one I've loved before. Kita pernah satu tadika dulu." Ingatanku mula kembali. Adakah Nadeem ialah budak lelaki yang hyper gila dulu waktu tadika? Omg! Aku baru ingat!

"Yes. Saya lah yang hyper dulu waktu tadika. Sampaikan cikgu pun penat nak diamkan saya." Nadeem ketawa kecil.

"Saya pun tak sangka yang saya sehyper itu. Sebab lepas arwah meninggal, saya terus jadi pendiam. Memang berubah 360 darjah. Mungkin sebab tu awak tak kenal saya." Nadeem ketawa lagi.

"Okay. Saya ingat. Next question......... lepas awak reject saya, awak kata yang awak tak ada dekat Malaysia. So, awak pergi mana waktu tu?" Aku pandang wajah Nadeem lagi.

"Saya pergi US untuk sambung belajar sampai graduate." balas Nadeem. Mulutku berbentuk o tanda faham.

"Now, giliran saya pulak untuk tanya awak." Nadeem tongkat dagu. Mata tajam menikam anak mataku. Hampir cair aku di situ.

"Hmm...... tanyalah." Aku balas renungan dia. Dia ingat aku tak kuat ke nak lawan mata dengan dia? Ini Afreen Humaira lah. Jangan pandang sebelah mata, okay?

"Kenapa jadi doktor? Kenapa tak jadi arkitek? Kenapa ikut bidang yang saya nak ambil? Kenapa—"

"Cop! Banyak sangat kenapa lah. Cuba bagi saya masa nak jawab satu-satu soalan." Aku potong ayatnya. Nadeem sengih. Dia usap tengkuknya. Aku tarik nafas dalam lalu hembus.

"Itu sebab.......... saya ikut awak. Hehe!" Aku sengih. Kedua-dua  belah tangan menekup muka aku yang sudah memerah. Malu woii!!

Nadeem mendekatkan wajahnya dengan mukaku. Tanganku dipegang membuatkan kami saling merenung satu sama lain. Jantungku laju mengepam darah ke seluruh badan. Ibu! Adik nak pengsan tengok mata cantik Nadeem!

"How can you love me so much, Afreen? What makes you love me so freaking much? Am I so important in your life?" soal Nadeem. Hembusan nafasnya dapat aku rasakan kerana jarak kami yang terlalu dekat. Aku speechless. Sepasang mata hazel itu aku tatap.

"Because you're half of my soul, Nadeem. I really can't live without you." ujarku. Nadeem senyum senang. Mulutnya didekatkan pada dahiku. Dia mengucup dahiku lembut.

"Thank you, Afreen Humaira. My angel, my queen, my soulmate, my favorite girl and my wife. Thank you for remaining loyal to me even though I once left you." Nadeem memegang daguku. Jarinya kemudian menolak helaian rambutku yang jatuh ke belakang telinga.

"You're the most beautiful thing in my life, Afreen Humaira. I will love you until death. And Insya-Allah we will continue our love in Jannah, my sweet little angel."































ok. nadeem sweet. author jeles nih! jangan lupa vote readers.

DIAWhere stories live. Discover now