DIA #3

495 30 4
                                    

Aku menatap skrin iPhone 11 Pro sambil baring di atas katil. Hari Sabtu begini selalunya akan diisi dengan membuat kerja sekolah, basuh baju dan menghabiskan masa di media sosial.

Grrrr!

Perut yang berbunyi aku usap. Mataku beralih memandang tiga lagi rakanku yang lain. Maryam sedang video call bersama ibunya, Zara pula sedang sibuk spam intstagram story. Maklumlah, instafamous kenalah selalu update kat medsos. Nanti apa pulak peminat cakap.

Aku memandang Rehana yang sedang menyiapkan kerja sekolah addmaths sambil mendengar lagu. Kadangkala, aku berasa kagum dengan kerajinan dia yang jarang tangguh kerja. Untunglah, pandai.

"Korang, jom teman aku pergi kantin. Aku nak beli lunch lah." ujarku. Suasana dorm itu sepi tiada balasan.

"Korang!" Zara berpaling memandangku.

"Sorry Af. I'm really lazy right now. Suruh Maryam teman." Aku melihat wajah Maryam sambil menayang muka kesian. Mungkin dia akan terkesian lepas tengok muka aku.

"Maaf. Ibu perlu diutamakan." Aku mendengus kasar lantas bangun dari katil. Pintu loker aku buka. Tangan mengambil sehelai baju lengan panjang dan tracksuit berwarna hitam.

Beg dompet aku capai lalu aku terus melangkah keluar dari dorm itu. Perut yang mula mendendangkan lagu Siti Nurhaliza ini aku perlu isi.

Sampai sahaja di kantin, aku tepuk dahi. Punya ramai pelajar lelaki yang sedang beratur di kaunter manakala pelajar perempuan hanyalah sebilangan kecil sahaja. Macam mana ni? Takkan aku nak patak balik pulak?

Wajahku mula berubah gembira setelah melihat figura Kim yang sedang menjinjing beg plastik yang berisi makanan.

"Kim!" Kim melangkah ke arahku. Kepala diangkat tanda 'kenapa'.

"Tolong belikan makanan untuk aku." Aku tayang muka kesian buat kali kedua dalam hari ini.

"Sorry. Tangan aku dah penuh dengan makanan." Senyumanku mula pudar. Mungkin bukan rezeki perutku.

"Tapi, kau boleh mintak tolong Nadeem. Tu. Dia dekat situ." Bibir dijuihkan menunjuk ke arah Nadeem yang sedang duduk di bangku sambil memegang sebuah sketchbook. Aku angguk kecil kepada Kim sebelum menapak ke arah Nadeem. Aku berdiri di sebelahnya selama sepuluh saat sebelum bibirku mengucapkan sesuatu.

"Nadeem."

"Hmm." balasnya ringkas.

"Tolong belikan aku nasi putih dengan ayam masak merah boleh? Ramai sangat lah lelaki kat kaunter." ujarku. Dia berfikir sejenak kemudian meletakkan sketchbook ke atas meja.

"Duit?" soalnya. Aku menghulurkan sekeping not RM10 kepadanya lalu dia berlalu ke kaunter.

Angin yang bertiup agak kencang itu membuatkan helaian sketchbook Nadeem terselak ke helaian yang lain. Aku mendekati buku itu. Sebuah lukisan seorang gadis dalam lingkungan umurku yang sedang tersenyum lebar aku tatap. Sungguh cantik lukisan ini.

Tetapi, siapakah gadis ini?

Sekali lagi, angin kencang menyelak sketchbook itu ke muka surat lain. Kali ini, seorang lelaki yang sedang melompat ingin menjaringkan bola pula dilukis. Dari pandangan belakang, baju lelaki itu tertulis nombor 50 yang aku yakin ialah Fattah.

Sweet jugak Nadeem ni lukis gambar member.

"Ehem." Aku toleh kepala. Nadeem menghulurkan satu beg plastik berisi bekas polisterina dan baki duit aku tadi ke arahku.

"Thank you Deem." ujarku dibalas dengan senyuman nipis olehnya. Waktu ini, kaca matanya tidak melorot dari hidung kerana dia memakai contact lens.

Dia kembali duduk di bangku untuk menyambung lukisannya yang hampir siap sepenuhnya.

Aku mengeluarkan dua keping not RM1 dan dihulurkan kepada Nadeem. Dia memandang aku dengan riak wajah pelik.

"Ini sebagai upah sebab kau tolong aku." Dia mahu menolak tetapi aku lebih pantas memotong kata-katanya.

"Aku tahu kau ikhlas dan aku pun ikhlas bagi duit ni. Belilah air ke untuk hilangkan haus sambil kau melukis tu." Dia menyambut huluran aku walaupun teragak-agak.

Aku kemudiannya terus berlalu pulang ke aspuri. Tanpa sedar, hatiku berbunga-bunga gembira. Tidak sangka pula boleh bertemu crush pada waktu sebegini.




















"Maryam, kau nak tau tak?" soalku. Maryam yang sedang menikmati nasi putih dan ayam kurmanya memandang aku.

"Tahu apa?" Aku tarik sengihan lalu mendekati telinganya untuk berbisik. Rahsia kami dua orang, orang lain mana boleh tahu.

"Aku jumpa Nadeem waktu kat kantin tadi." Dia memandangku dengan senyuman lebar. Tangan kirinya pula membuat thumbs up.

"Aku rasa korang berdua ni memang berjodoh la. Kat kelas jumpa, kat court pun jumpa. Tup tup hari ini kat kantin pun jumpa. Dah sah yang korang ni memang ditakdirkan bersama." Aku tersenyum mendengar kata-kata Maryam. Dalam hati sudahpun mengaminkan sebanyak mungkin agar mulut Maryam masin.

"Elele senyum senyum pulak! Aku telangkup kepala kau nanti baru tahu." Haa! Itulah aura kak long kawasan dalam diri Maryam Kashaf sudah terserlah.

Aku terus sambung makan semula. Kalau aura kak long kawasan tu dah keluar. Habislah, taik telinga aku akan cair sebab mendengar bebelan dia dua hari dua malam straight. Tapi bagus jugak, senanglah aku nak korek telinga nanti. Astaghfirullah, dah melalut.

"Zara, kau dengan Danny macam mana?" Aku memandang Zara setelah Maryam menujukan soalan itu.

"Macam tulah. Dia layan aku macam nak tak nak je. Tapi, dia kata dia accept. Aku pun konfius." Aku pun balas dengan meng'ooo'kan saja. Patutlah, selera Zara yang bagaikan membela hantu raya dah hilang malam ni.

"Syaiton punya lakik! Muka dah la macam jalan tar. Dah dapat awek cantik, layan macam sampah pulak. Kau bawak aku jumpa mamat tu biar aku smackdown dia." Aku pantas mengusap belakang badan Maryam agar dia tenang.

"Sabar Yam. Aku yang sepatutnya marah dalam hal ini." ujar Zara mengundang tawa kami empat sekawan.

"Wahai sahabat dunia akhirat aku, couple tu kan haram. Kenapa saudari masih mahu melakukan perbuatan yang haram? Allah sendiri mengatakan; dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk. Jikalau saudari benar sukakan seseorang, cuba luahkan dan tanya akan perasaannya pada diri kita pula. Dan kalau dia juga mempunyai perasaan yang sama, katakanlah pada jejaka itu untuk masuk minang kita bila habis sekolah nanti."

"Lagi satu, perkahwinan kan adalah benda yang mulia. Kenapa saudari mahu membina masjid dengan cara yang salah iaitu couple? Fikir-fikirkanlah. Saya tak mampu untuk memaksa saudari. Saudari sudah besar. Tahu untuk menilai sesuatu itu baik ataupun buruk."

Aku, Maryam dan Zara tersentak mendengar kata-kata daripada mulut naib pengerusi BADAR di hadapan kami. Rehana memang jarang bercakap, tapi sekali dia membuka mulut, kata-katanya sangat tajam menusuk jantung aku.

"Terima kasih atas teguran saudari Syarifah Rehana. Saya pun rasa macam tidak mahu untuk bercouple lagi. Daripada menyakitkan hati, baik saya fokus akan SPM." ujar Zara. Rehana tersenyum senang mendengarkan itu.

"Alhamdulillah saudari Zara Sophia. Semoga saudari sentiasa berada di dalam rahmat Allah yang Maha Esa." Kami berempat mengaminkan kata-kata Rehana.

"Thanks Rehana atas teguran. Aku pun ada crush dan aku memang dah berazam untuk tak nak couple. Mungkin kalau ada jodoh, Allah akan temukan kami dengan caraNYA sendiri." ujarku.

Kami berempat sambung berbual kosong sebelum bergerak ke aspuri untuk persediaan prep malam. Aku bersyukur sangat dikurniakan sahabat yang saling menasihati.

Alhamdulillah.

















jangan lupa solat teman teman!
sorry kalau bab ni bosan. hehe.

DIAWhere stories live. Discover now